Friday, August 28, 2009

Children of Heaven

Sebuah kisah kehidupan 2 anak comel di Iran... iktibar buat diri...




Amanahnya si ayah dengan pekerjaannya sebagai pembancuh minuman di masjid. Walaupun ketiadaan gula di rumahnya dan di depannya pula bukan main banyak lagi gula tapi tak sedikitpun membuatkan dia untuk mengambil biar secubit gula di depannya.



How I really wish I can buy her and Ali a new pair shoes... :(













Iktibarnya...

Biar dalam kesusahan masih tak lupa bersedekah pada jiran tetangga...

Biar hati ingin sangat nak dapatkan semula kasut miliknya sendiri tapi bila melihat kesusahan orang lain, sanggup dipendamkan saja...

Si abang ada peluang mencuri mana-mana kasut semasa menyusun kasut-kasut di masjid tapi dia tidak kerana menjaga amanah...

Kasih sayang adik-beradik - si abang sanggup untuk dapat tempat ke3 kerana inginkan hadiah sepasang kasut untuk adik perempuannya. Si adik bersabar di atas kehilangan kasutnya dan tidak mengadu pada kedua orang tuanya...

Kasih sayang anak kepada ibubapa - sanggup keduanya bersusah payah asal tidak menyusahkan ibu ayah...

Kaya sungguh budi pekerti mereka biarpun miskin harta... muhasabah buat diri ini...

Wednesday, August 26, 2009

Mencari dan terus mencari

Sejak akhir-akhir ini hati begitu resah melihat segala 'kerosakan' yang berlaku di dalam dan luar negara. Kisah-kisah kezaliman, pembunuhan, rosak akhlak dan segala macam lagi amat menyesakkan dada. Saya rasa saya tahu kenapa saya lebih peka sekarang. Anak-anak saya semakin membesar, bukan bayi lagi... saya perlu memberi kebebasan kepada mereka untuk belajar hidup bermasyarakat tapi hati runsing... terlalu banyak kisah-kisah yang tidak enak didengar. Anak-anak diculik hingga tidak dapat dijumpai sehingga kini, anak-anak remaja yang semakin rosak akhlaknya, zina, buang anak dan segala macam 'kerosakan' lagi... sungguh merungsingkan!

Bagaimana ini semua boleh berlaku sedangkan rata-rata segala 'kerosakan' yang dilakukan oleh mereka yang punya agama! Tidak kira agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan pelbagai lagi. Bukankah masing-masing percaya agama menyeru umatnya berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan? Tapi realiti kehidupan amat berbeza! Kenapa? Apa masalahnya? Sesungguhnya saya hanya ingin hidup dalam keadaan yang aman dan tenang dan diharapkan biarlah berpanjangan hingga ke generasi umat manusia yang seterusnya sehinggalah ke hari Kiamat.

Semakin banyak yang saya kaji semakin jelas rasanya apa yang saya cari-cari selama ini. 'Kerosakan' yang berlaku dan dilakukan oleh seseorang manusia bukanlah disebabkan oleh ajaran agama yang dibawanya itu tetapi disebabkan oleh pengikutnya yang tidak betul-betul mengamalkan sepenuhnya apa yang diajar dalam agamanya. Ada yang Islam tapi tidak yakin dengan apa yang diajar dalam agama itu. Saya baca Al-Quran dengan fasih sekali tapi saya tak ambil hirau untuk memahami makna-maknanya! Pelik kan? Padahal saya seorang Islam!

Al-Quran datangnya dari kalam Allah s.w.t sendiri dan Allah Maha Mengetahui kerana Dialah yang mencipta seluruh isi alam dan hukum-hukum alam serta cause and effect dari sesuatu larangan atau suruhanNya. Jika sesuatu cause itu dilarang tentulah kerana effectnya tidak baik dan begitulah sebaliknya. Cause = Api, jika tidak berhati-hati effect = Kebakaran, cause = larangan meminum minuman memabukkan, jika tidak, effect = berlaku pembunuhan di luar sedar, kemalangan dan sebagainya. Cause = larangan berduaan-duaan bukan sesama muhrim, jika tidak, effect = berlaku zina, mengandung anak luar nikah, malu lantas buang bayi yang tidak berdosa!

Tuesday, August 25, 2009

Arak oh arak!

Nampaknya sekarang ini sedang heboh masing-masing memperkatakan tentang hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika.

Bagi diri saya sendiri, larangan meminum arak kerana hukumnya haram ini diketahui sayapun bak kata orang... secara diwarisi dari cerita orang dulu-dulu saja dan saya kurang peka bahawa bahawa larangan itu datangnya dari perintah Allah sendiri yang memberi nyawa kepada kita semua ini melalui sumber Al-Quran.

Syukurlah walau di dalam ketidakpekaan itu, saya memang tidak berminat dengan minuman arak. Saya tidak pasti apakah faktor yang mendorong mereka untuk meminum arak ini. Adakah kerana mereka merasakan tidak modenlah seseorang itu jika tidak meminumnya atau adakah kerana arak mampu menghilangkan kekusutan masalah yang dihadapi ketika itu... Atau... memang enak sangat rasanya? Entahlah...

Tertanya juga saya... apakah dengan mengikut aliran kemodenan mengikut definisi mereka itu maka seseorang itu dikira sudah canggih benar manakala untuk alasan keduanya, apakah lepas dah hilang mabuk masalahnya telah selesai sepenuhnya??? Maaflah kerana dari pemerhatian saya sepanjang hayat saya ini memang telah terbukti arak memang mendatangkan keburukan kepada manusia.

Makanya, pengajaran buat diri saya dalam suasana heboh orang berdebat tentang kisah Kartika ini adalah... saya perlu mainkan peranan saya sebagai seorang ibu yang menjadi guru pertama buat anak-anak saya untuk menerangkan hukum meminum arak ini dan keburukannya. Dengan harapan tidaklah saya dipersoalkan di akhirat kelak akan tanggungjawab yang diamanahkanNya terhadap anak-anak.

Dan... bukankah perjalanan hidup manusia itu sungguh misteri...? Kita tidak dapat meramal apa yang bakal dihadapi di masa hadapan. Jadi bukankah lebih baik saya mengambil pedoman yang telah diberikan direct dari Pencipta diri ini kerana tentunya Dia Maha Mengetahui akan segala kejadian dan cause and effectnya agar saya tidak terjerumus dalam kesulitan semasa menempuh kehidupan di dunia dan seterusnya di Akhirat kelak. Prinsip saya nampaknya seperti mudah tapi terbukti memberi ketenangan dalam hidup saya kini berbanding satu ketika dulu. Setiap orang punya zaman dark agesnya rasa saya dan tentunya saya tidak terkecuali!

Rasa saya juga, setiap manusia amat mementingkan keselamatan bagi diri mereka dan orang-orang yang disayangi... semoga saya dan keluarga serta kalian semua selamat menjalani kehidupan di dunia dan juga di Akhirat.

Sesungguhnya mencegah lebih baik dari merawat.

Antara blog lain dan komen2 yang dilayan...
* Tun Hisyamuddin
* CheDet
* Saiful Islam
* Lagi artikel

Monday, August 24, 2009

Program Didik Fitrah

Kalendar Program Didik Fitrah
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 28 Mac 2009
Program Didik Fitrah (REMAJA) 25 April 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 23 Mei 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (REMAJA) 27 Jun 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 25 Julai 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (REMAJA) 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 26 September 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (REMAJA) 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 21 November 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (REMAJA) 12 Disember 2009 (sabtu)
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 23 Januari 2010 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (REMAJA) 27 Februari 2010 (Sabtu)

Sumber: http://www.fitrahpower.com/program-didik-fitrah-pdf

Thursday, August 20, 2009

Marilah kita kembali...



The Little Ones

Oh, they’ve killed all the Little Ones
While their faces still smiled
With their guns and their fury
They erased their young lives.
No longer to laugh,
No longer to be a child,
Oh, they’ve killed all the Little Ones
While their faces still smiled

Now they’re burying the Little Ones
And making their graves deep
So the world cannot see
That tonight we may sleep
While they wash away the blood
The mothers all weep
Oh, they’re burying the Little Ones
And making the graves deep
Yes, they’re burying the Little Ones
And making the graves deep

But where will the devils go
When that day comes?
When the angels drag them out
To face The Little Ones

Oh they killed all the Little Ones
With their eyes open wide
There was no one to help them
On the day that they died
No bed to run under,
No cupboard to hide,
Oh they’ve killed all the Little Ones
With their eyes open wide

But they’ll be raising The Little Ones
With no sin to atone
In the light of high Heaven
They will sit on tall thrones
Where playtime lasts forever
And God’s Mercy never ends – They’ll be raising the Little Ones
And they’ll all be best friends
They’ll be raising the Little Ones
And they’ll all be best friends

Saudaraku yang dikasihi,

Palestin Memanggil Kita Pulang Kepada Islam

Sekali lagi, umat Islam sedunia dihidangkan dengan pusingan seterusnya kekejaman regim Zionis ke atas umat Islam dan manusia di bumi Palestin. Kekejaman yang melampaui batas fikiran manusia, yang tidak lain dan tidak bukan adalah untuk mengiyakan apa yang diamarankan oleh al-Quran, tentang fasad besar-besaran pusingan kedua yang dicetuskan oleh kaum Yahudi ini.
Firman Allah SWT:
“Dan telah Kami nyatakan kepada Bani Israil di dalam Kitab itu: “Sesungguhnya kamu akan melakukan kerosakan di bumi (Palestin) dua kali, dan sesungguhnya kamu akan berlaku sombong angkuh dengan melampau” [al-Israa' 17: 4]

Para ahli Tafsir kontemporari menyetujui bahawa kerosakan pertama yang dilakukan oleh orang-orang Yahudi ini adalah semasa mastautin mereka di bumi Yathrib. Mereka menguasai politik, ekonomi dan sosial di kota tersebut, bongkak dengan impian mereka bahawa Nabi akhir zaman akan diutuskan sekali lagi daripada keturunan mereka, dan seterusnya memanfaatkan kebodohan kaum Aus dan Khazraj lalu melaga-lagakan dua kelompok kaum Arab ini hingga berperang sesama sendiri, mencecah suatu tempoh yang amat panjang.

Kerosakan pertama ini mencapai kemuncaknya, apabila mereka secara rasmi menolak Kenabian Rasul akhir zaman, tatkala tibanya Muhammad bin Abdullah ke kota Yathrib di dalam peristiwa Hijrah. Meleset sekali impian mereka, bahawa Allah telah menetapkan bahawa kaum yang banyak membunuh Nabi dan Rasul ini hilang kebanggaan buta mereka, apabila penutup segala Nabi dan Rasul, diutuskan daripada kaum Arab berketurunan Ismail ‘alayhi al-Salaam, iaitulah Junjungan Mulia Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam.
Firman Allah SWT:
“Maka apabila sampai masa janji (membalas kederhakaan kamu) kali yang pertama dari dua (kederhakaan) itu, Kami datangkan kepada kamu hamba-hamba Kami yang kuat gagah dan amat keras serangannya lalu mereka menjelajah di segala ceruk rantau (untuk menyerang dan mengusir kamu); dan (sebenarnya peristiwa itu) adalah satu janji yang benar-benar berlaku” [al-Israa' 17: 5]

Misi menghadapi kaum Yahudi yang tidak pernah jemu menyebarkan kerosakan di muka bumi biar pun telah diberi peluang berkali-kali oleh Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam, disempurnakan oleh umat Islam dengan pengusiran mereka dari bumi Khaybar pada bulan Muharram tahun ke-7H.

Semenjak itu, kaum Yahudi hidup berpeleseran dan sukar diterima di mana-mana sahaja penempatan di muka bumi, di bawah mana-mana kuasa pemerintah, disebabkan oleh perilaku mereka sendiri yang tidak henti-henti mencetuskan fasad di muka bumi.

Namun, di sepanjang sejarah itu, kuasa pemerintah Islam jugalah, dengan keluasan rahmat dan toleransinya menghulurkan bantuan bersyarat kepada kaum Yahudi, termasuklah semasa mereka berdepan dengan pembunuhan beramai-ramai di bumi Andalus pada 1492 oleh kuasa Kristian. Kerajaan Islam Turki Othmaniyyah mempelawa mereka untuk mendapat perlindungan duduk di bawah pemerintah Islam, tetapi Yahudi tetap Yahudi, mereka menjadi duri dalam daging hingga akhirnya berperanan sebagai kelompok terpenting yang menjadi punca kepada kejatuhan kerajaan Turki Othmaniyyah. Yahudi Donme yang hidup talam dua muka, menjadi lubang kebocoran bagi negara Islam terakhir itu, hingga legasi Islam ribuan tahun, tamat secara rasminya pada tahun 1924.

Kejatuhan kerajaan Islam terakhir itulah, titik utama kepada terlepasnya bumi Palestin dari wilayah Islam. Sehingga kini, bumi Palestin itu terus bermandi darah, setiap anak yang dilahirkan, adalah seperti sudah tersurat bahawa mereka bakal menjadi mangsa kekejaman penjajah Zionis yang terus menerus membelakangkan kemanusiaan, menghancurkan apa dan siapa sahaja yang menghalang cita-cita mereka untuk menegakkan negara Zionis dari tebing Furat ke Sungai Nil.

Itulah ’sumbangan’ Yahudi.

Kerosakan demi kerosakan.

Dan Allah SWT telah menetapkan, bahawa kitalah pada hari ini yang berdepan dengan kerosakan besar-besaran pusingan kedua, sebagaimana yang telah dicatatkan di dalam ayat yang saya bacakan tadi.

Apakah tindakan kita? Apakah cukup dengan hanya menggelengkan kepala, menanti isu ini pudar daripada siaran media selepas seminggu dua, dan kemudian menggelengkan kepala lagi untuk pusingan yang seterusnya?

Sesungguhnya, kita mempunyai 3 bentuk tindakan yang menanti perlaksanaan.

Tindakan pertama, adalah dengan MENGECAM.

Kita boleh dan perlu untuk membuat kecaman. Membantah dan menyuarakan penentangan kita terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin. Sama ada kecaman itu dibuat dalam bentuk demonstrasi, ucapan, khutbah dan penulisan, kecaman mesti diteruskan.

Kecaman ini boleh menjustifikasikan sokongan dan kebersamaan kita dengan saudara-saudara seagama di bumi Palestin. Ia juga menjadi bukti terhadap kepedulian kita. Ia menjadi tanda bahawa kita bukan terdiri dari kelompok manusia yang disebutkan oleh Allah dengan perumpamaan buruk sebagai BINATANG TERNAK.
Firman Allah SWT:
“Dan Sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka Jahanam banyak dari jin dan manusia yang mempunyai hati (tetapi) tidak mahu memahami dengannya (ayat-ayat Allah), dan yang mempunyai mata (tetapi) tidak mahu melihat dengannya (bukti keesaan Allah) dan yang mempunyai telinga (tetapi) tidak mahu mendengar dengannya (ajaran dan nasihat); mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi; mereka itulah orang-orang yang lalai” [al-A'raaf 7: 179]

Binatang ternak tidak pernah peduli kepada pisau yang sedang diasah untuk menyembelihnya. Binatang ternak hanya memerhatikan rumput dengan penuh nafsu terhadap perutnya. Binatang ternak adalah perumpamaan kepada manusia yang diberi mata tidak melihat, diberi telinga tidak mendengar. Apa yang mereka pedulikan hanyalah lima rukun hidup iaitu MAKAN, MINUM, KERJA, REHAT dan KAHWIN.

Semoga dengan kecaman dan bantahan yang dibuat, menjadi saksi di hadapan Allah, bahawa kita adalah manusia, bukan binatang yang tidak punya rasa peduli dan peka.

Namun kecaman bukanlah tindakan yang terbaik oleh seorang mukmin.
Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda:
Daripada Abu Sa’eed al-Khudri radhiyallahu ‘anhu beliau berkata: aku mendengar Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam pernah bersabda: Sesiapa dari kalangan kamu yang melihat kemungkaran, maka hendaklah dia mengubahnya dengan tangannya. Andai tiada kemampuan untuk berbuat demikian, maka hendalah dia mengubahnya dengan lisannya. Dan jika beliau tidak mampu untuk berbuat begitu, maka hendaklah (dikecam) dengan hatinya. Dan demikian itu adalah selemah-lemah iman [Hadith riwayat Muslim]

Arahan Nabi Muhammad sallalaahu ‘alayhi wa sallam terhadap tindakan kita mencegah kemungkaran, bukan sekadar mengingkarinya dengan hati, atau menegahnya dengan lisan, tetapi bertindak dengan tangan untuk MENGUBAH keadaan. Tindak balas kita mestilah ada upaya untuk mengubah keadaan, dan kecaman masih jauh dari mampu mencetuskan perubahan itu.

Tindakan kedua yang mesti kita lakukan untuk bertindak terhadap kekejaman Yahudi di bumi Palestin adalah selepas MENGECAM adalah MENCEGAH.

Mencegah boleh berlaku dalam beberapa bentuk.

Cegahan pertama adalah pada usaha mengelakkan diri untuk menjadi mangsa kepada kemungkaran itu. Ia mungkin boleh diertikan sebagai tindakan untuk berhijrah meninggalkan tempat di mana kemungkaran itu berlaku.

Ia mungkin berupaya menyelamatkan diri kita buat sementara, tetapi ia tidak akan dapat menamatkan kemungkaran itu daripada terus menerus berleluasa. Dan segala puji bagi Allah, saudara kita di bumi Palestin tidak bertindak melarikan diri. Jika mereka tidak punya semangat yang kuat untuk mempertahankan diri dan maruah Islam, sudah pasti mereka bertempiaran lari menjadi pelarian di bumi asing.

Namun Allah anugerahkan bumi itu dengan manusia yang kental jiwa. Mereka terus bertahan. Biar pun hanya dengan lastik dan batu, berundur tidak sekali-kali! Sama ada menang, atau syahid fi sabillah.

Mencegah yang kedua pula, boleh diertikan dengan tindakan kita mengekang diri daripada menjadi sebahagian daripada kemungkaran itu. Kita harus bertindak untuk menghalang diri daripada menjadi sebahagian daripada kekuatan regim Yahudi di bumi Palestin. Dan tindakan ini boleh dijustifikasikan dengan kempen boikot.

Secara individu, kita boleh menyekat diri daripada menggunakan barangan dan perkhidmatan syarikat-syarikat yang menyumbang kepada kekuatan ekonomi regim Yahudi Zionis itu.
Firman Allah SWT berkenaan dengan hal ini:
“Kemudian, Kami kembalikan kepada kamu (Yahudi) kekuasaan untuk mengalahkan mereka, dan Kami perpanjangkan kepada kamu dengan banyaknya harta kekayaan dan anak pinak, serta Kami jadikan kamu kaum yang lebih ramai pasukannya” [Al-Israa' 17: 6]

Di era kerosakan kedua oleh kaum Yahudi ini, Allah SWT menjelaskan bahawa kekuatan mereka adalah hasil yang diperpanjangkan kepada mereka berupa harta kekayaan dan sumber tenaga manusia. Ayat ini amat jelas menunjukkan kepada kita, bahawa regim Yahudi Zionis hari ini menjadi kuat hasil sokongan luar yang mereka terima.

Sokongan itu tidak lain dan tidak bukan adalah daripada negara Polis Dunia iaitu Amerika Syarikat.

Laporan ifamericansknew menjelaskan bahawa regim Zionis yang menjajah bumi Palestin menerima bantuan di antara 10 ke 15 juta US Dollar sehari daripada Amerika Syarikat. Jumlah ini mengatasi jumlah keseluruhan bantuan Amerika Syarikat kepada negara-negara Amerika Latin, Sub Sahara Afrika dan Carribean.

Kekuatan utama rejim Zionis di Palestin adalah sokongan Amerika Syarikat. Negara kuasa besar dunia itu berupaya memanipulasi kewangannya sendiri untuk memberikan sokongan dan bantuan kepada rejim Zionis hasil kombinasi beberapa pihak, khususnya media di Amerika Syarikat yang tidak melapor, melapor secara simplistik, atau memberikan laporan yang salah, untuk mengawal kefahaman penduduk Amerika Syarikat tentang isu Palestin.

Maka tindakan memboikot barangan yang menyumbang kepada kekuatan ini, tindakan menghentikan penggunakan matawang Dollar Amerika Syarikat adalah tindakan mencegah yang boleh memberikan kesan kepada hal ini, jika umat Islam dan seluruh warga manusia yang prihatin bersatu padu menjayakannya.

Walau bagaimana pun, tindakan mengecam dan mencegah masih belum mencapai standard yang ditetapkan oleh Nabi Muhammad sallallaahu ‘alayhi wa sallam kepada kita. Bahawa kemungkaran mesti menerima tindak balas yang bersifat MENGUBAH.

Perubahan itulah yang mesti diperhatikan oleh kita semua.

Apakah kekalahan demi kekalahan yang menimpa umat Islam selama ini berlaku tanpa sebab?

Apakah kejatuhan kuasa Islam hanya disebabkan oleh faktor luar?

Sesungguhnya mencela kaum Yahudi yang melakukan kerosakan, tidak lebih daripada sekadar kata pepatah Melayu, SEPERTI MARAHKAN ANJING MENYALAK BUKIT. Yahudi dan kerosakan sudah sinonim, maka janganlah kita sekadar marahkan Yahudi, sebaliknya cerminlah diri kita, apakah yang sedang berlaku kepada umat Islam sendiri?

Kaum Muslimin rahimakumullaah,

Menjawab soalan ini, saya teringat kepada apa yang telah diungkapkan oleh Abu al-Hasan Ali al-Nadawi di dalam bukunya Ila al-Islam Min Jadeed (Kembali Semula Kepada Islam). Di bawah tajuk “Antara Ilusi dan Realiti”(Bayna al-Soorah wa al-Haqiqah), al-Nadwi telah memberikan suatu analogi yang sangat baik untuk difikirkan bersama.

Al-Nadwi membayangkan bagaimana seorang pemimpin hebat yang telah mati, dikenang oleh pengikutnya dengan membina sebuah patung yang besar dan amat menyerupai rupa pemimpin itu semasa hayatnya. Tetapi pada suatu hari, seekor burung datang bertenggek di atas hidung “pemimpin” tersebut dan melepaskan najisnya. Patung yang besar dan gagah itu tidak mampu berbuat apa-apa terhadap burung yang kecil itu, walaupun di kaki patung itu terpahat nama seorang pemimpin yang semasa hidupnya digeruni kawan dan lawan.

Mengapakah keadaan itu boleh berlaku? Mengapakah pemimpin yang hebat itu terhina hanya oleh perilaku seekor burung yang kecil?

Al-Nadawi mengulas analogi ini dengan mengemukakan konsep ilusi versus realiti.

Patung itu walaupun besar, gagah dan hebat, malah mewakili peribadi seorang pemimpin yang agung semasa hidupnya, adalah hanya “seorang patung”. Ia hanya sebuah gambaran. Sebuah ilusi. Manakala burung tersebut, walaupun kecil dari segi saiznya, ia adalah burung yang hidup. Burung itu walaupun kecil, namun ia adalah realiti.

Sunnatullah telah menetapkan bahawa realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Beginilah perihalnya kita ketika berhadapan dengan musuh.

Jika kita membuka lembaran al-Quran dan mengkaji tentang Yahudi, maka kita akan dapati bahawa keterangan al-Quran tentang karakter Yahudi amat selaras. Kelakuan penakut mereka yang hanya membolehkan mereka menyerang di sebalik tembok, sifat takabbur, dendam kesumat terhadap orang-orang yang beriman, semuanya menepati realiti. Maka orang-orang Yahudi hari ini adalah orang Yahudi sejati. Pertembungan kita dengan Yahudi adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Jika kita membaca al-Quran dan meneliti ayat-ayat tentang Nasrani, kita akan dapati bahawa orang-orang Kristian hari ini amat menepati watak mereka seperti yang digambarkan oleh al-Quran. Maka orang-orang Kristian hari ini adalah orang Nasrani sejati. Mereka adalah realiti. Pertembungan kita terhadap mereka adalah pertembungan kita dengan sebuah realiti.

Namun, jika kita amati keterangan al-Quran tentang ciri-ciri orang Islam dan Mukmin, apakah hasil pengamatan kita itu?

Al-Quran menjelaskan bahawa orang-orang Mukmin itu bersaudara. Al-Quran juga menjelaskan bahawa orang Mukmin itu saling menjadi pembantu kepada Mukmin yang lain. Orang Mukmin bersatu padu berpegang dengan tali Allah, mereka tidak berpecah belah ketika mendirikan agama, mereka pengasih sesama mereka dan keras terhadap Kuffar dan pelbagai lagi senarai ciri Mukmin yang diterangkan oleh al-Quran.

Namun, perhatikanlah realiti umat Islam hari ini. Berapakah jarak di antara diri idaman mereka seperti yang digambarkan al-Quran, dengan diri sebenar mereka di dalam realiti kehidupan?

Muslim ilusi berdepan dengan Nasrani realiti.

Muslim ilusi berdepan dengan Yahudi realiti.

Realiti sentiasa mengalahkan ilusi.

Ramainya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita sedikit, dan jumlah itu semakin sedikit apabila saudara-saudara kita berbondong-bondong murtad meninggalkan kita.

Kayanya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita miskin. Kita miskin jiwa, miskin daya juang dan kemiskinan itu semakin miskin apabila saudara-saudara kita tidak mampu mengawal jual beli harta mereka sendiri yang selama ini mengkayakan musuh.

Cerdiknya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita bodoh. Kita masih dibelenggu oleh persoalan-persoalan yang bodoh dan tidak langsung menghasilkan sebarang hasil. Kebodohan kita menjadi semakin bodoh apabila kita tenggelam dalam tajuk-tajuk debat sesama kita yang langsung tidak menggambarkan yang kita sedang berada di medan perang.

Bersatunya kita hanyalah sebuah ilusi. Hakikatnya kita berpecah. Hati-hati kita terlalu mudah untuk diungkaikan ikatannya. Penyakit hati kita sangat menjijikkan. Berpecah belah hanya kerana secawan kopi. Pecah belah rumahtangga, pecah belah jiran tetangga, pecah belah masyarakat sedesa, pecah belah antara negara, perpecahan kita dari hujung daun hingga ke akar umbi.

Ya, jika al-Quran yang menjadi pengukurnya, maka Yahudi di Palestin itu adalah realiti. Nasrani di Rumah Putih itu adalah realiti. Namun umat Islam yang mengelilingi Rumah Hitam di Masjidil Haram itu hanyalah ilusi. Dan ilusi akan terus dikalahkan oleh realiti.

Selagi kita tidak berusaha untuk membentuk diri menjadi Mukmin sejati, selagi itulah kita tidak akan diizinkan oleh Allah untuk melihat pembebasan Palestin dan Masjidil Aqsa.

Tragedi di Gaza adalah seruan Allah untuk kita kembali kepada Islam.

Islam yang tulen.

Ibu bapa didiklah anak menjadi Muslim, jangan dibiarkan mereka menjadi Yahudi, Nasrani atau Majusi.

Kenalkan kepada anak-anak kita apa itu Islam dan apa itu Jahiliyyah. Fahamkan mereka siapa Yahudi dan Nasrani dan mengapa mereka dikutuk Allah. Ajarlah anak-anak mencintai kebenaran, keadilan dan memusuhi kezaliman. Agar dengan jiwa tulen seorang putera Muslim dan puteri Muslimah, Yahudi tulen akan dikalahkan oleh Muslim tulen.
“Dan jika kamu kembali, maka Kami pula akan kembali ..” [al-Israa' 17: 8]

Kembalilah kepada Allah, agar Allah kembali kepada kita dengan bantuan dan kemenangan!

ABU SAIF @ www.saifulislam.com
Surau (Jumaat) al-Munir, Sri Kembangan
12 Muharram 1430H / 9 Januari 2009

Beruntungnya seorang ibu

Wanita sebagai Ibu
Submitted by ahnaf_87 on Friday, 15 May 2009

Sejarah tidak pernah mengenal adanya agama atau sistem yang menghargai kedudukan wanita sebagai ibu yang lebih mulia daripada Islam. Sungguh Islam telah menegaskan wasiat terhadap wanita dan meletakkan wasiat itu setelah wasiat untuk bertauhid kepada Allah dan beribadah kepada-Nya.

Ummi



Islam juga menjadikan berbuat baik kepada wanita itu termasuk sendi-sendi kemuliaan, sebagaimana telah menjadikan hak seorang ibu itu lebih kuat daripada hak seorang ayah, kerana beban yang amat berat mereka rasakan ketika hamil, menyusui, melahirkan dan mendidik. Inilah yang ditegaskan oleh Al Qur’an dengan diulang-ulang lebih dari satu surah agar benar-benar difahami oleh kita anak manusia. Sebagaimana firman Allah SWT:

“Dan Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang ibu bapanya; ibunya telah mengandungnnya dalam keadaan lemah yang betambah-tambah, dan menyusukannya dalam dua tahun. Bersyukurlah kepada-Ku dan kepada dua orang ibu bapamu, hannya kepada-Kulah kembalimu.” (Luqman: 14)

“Kami wasiatkan (perintahkan) kepada manusia supaya berbuat baik kepada dua orang ibu bapanya, ibunya mengandungnya dengan susah payah (pula). Mengandungnnya sampai menyusukannya adalah tiga puluh bulan….” (Al Ahqaf: 15)

Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW lalu bertanya,”Siapakah yang paling berhak saya layan dengan baik?” Nabi bersabda, “Ibumu,” orang itu bertanya, “kemudian siapa lagi?” Nabi bersabda, “Ibumu,” orang itu bertanya, “Kemudian siapa lagi?” Nabi bersabda, “Ibumu, – orang itu bertanya, “Kemudian siapa lagi?” Nabi bersabda, “Ayahmu. (HR. Bukhari Muslim)

Al Bazzar meriwayatkan, ada seorang lelaki sedang tawaf dengan menggendong ibunya, maka lelaki itu bertanya kepada Nabi SAW “Apakah (dengan ini) saya telah melaksanakan kewajiban saya kepadanya?” Nabi menjawab, “Tidak, tidak sebanding dengan satu kali melahirkan.”

Berbuat baik kepada ibu bererti baik dalam berinteraksi dan menghormatinya, merasa rendah di hadapannya, mentaatinya selain dalam kemaksiatan dan mencari redhanya dalam segala sesuatu. Sehingga dalam masalah jihad sekalipun, apabila itu fardhu kifayah, maka tidak boleh kecuali dengan izinnya, kerana berbuat baik kepadanya termasuk dalam perkara fardhu ‘ain.

Ada seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW, lalu ia berkata, “Wahai Rasulullah, saya ingin ikut berperang, saya datang untuk bermusyawarah dengan engkau.” Maka Nabi SAW bertanya, “Apakah kamu masih mempunyai ibu?” Orang itu menjawab, “Ya.” Nabi bersabda, “Tetaplah kamu tinggal bersamanya, sesungguhnya syurga itu berada di bawah kedua telapak kakinya.” (HR.Nasa’i)

Ada sebahagian sistem yang merendahkan kedudukan seorang ibu dan tidak menganggapnya penting, maka datanglah Islam memberikan wasiat kepada saudara ibu lelaki dan perempuan dan saudara ayah lelaki dan perempuan.

Di antara keajaiban Syari’at Islam itu adalah bahwa Islam itu memerintahkan kita untuk berbuat baik kepada ibu, meskipun dia musyrik. Sebagaimana yang ditanyakan oleh Asma’ binti Abu Bakar kepada Nabi SAW tentang hubungannya dengan ibunya yang musyrik. Maka Rasulullah SAW bersabda, “Ya, tetaplah kamu menyambung silaturrahim dengan ibumu.” (HR. Muttafaqun ‘Alaih)

Antara perhatian Islam terhadap seorang ibu dan haknya serta perasaannya bahawa Islam telah menjadikan ibu yang dicerai itu lebih berhak untuk merawat anaknya dan lebih baik daripada seorang ayah.

Ada seorang wanita bertanya, “Wahai Rasulullah, sesungguhnya anakku ini dahulu saya yang mengandungnya, dan susuku menjadi minumannya dan pangkuanku menjadi tempat ia berlindung. Tetapi ayahnya telah menceraiku dan ingin mengambilnya dariku, maka Nabi SAW bersabda kepadanya’ “Engkau lebih berhak (untuk merawatnya) selama engkau belum menikah.” (HR. Ahmad)

Umar dengan isterinya yang dicerai pernah mengadu kepada Abu Bakar tentang anak lelakinya yang bernama ‘Ashim, maka Abu Bakar memutuskan untuk memberikan anak itu kepada ibunya. Kemudian Abu Bakar berkata kepada Umar, “Baunya, ciumannya dan kata-katanya lebih baik untuk anak itu darimu.” (HR. Sa’id)

Hati seorang ibu

Kedudukan ibu yang telah diperhatikan oleh Islam dengan sepenuh perhatian ini dan yang telah diberikan untuknya hak-hak, maka dia juga mempunyai kewajiban, yakni mendidik anak-anaknya, dengan menanamkan kemuliaan kepada mereka dan menjauhkan mereka dari kerendahan. Membiasakan mereka untuk taat kepada Allah dan mendorong mereka untuk mendukung kebenaran dan tidak menghalangi mereka untuk turut berjihad kerana mengikuti perasaan keibuan dalam hatinya. Sebaliknya dia harus berusaha memenangkan seruan kebenaran daripada seruan perasaan.

Kita pernah melihat seorang ibu yang beriman seperti Khansa’ di dalam peperangan Qadisiyah. Dialah yang mendorong empat anaknya dan berpesan kepada mereka untuk berani maju ke depan dan teguh menghadapi peperangan dalam kata-katanya yang mantap dan menarik. Ketika peperangan belum selesai, sudah ada pemberitahuan bahwa semua anaknya telah syahid, maka Khansa tidak gusar ataupun berteriak-teriak, bahkan dia berkata dengan penuh redha dan yakin, “Segala puji bagi Allah yang telah memberi kemuliaan kepadaku dengan gugurnya mereka di jalan-Nya.”

Rujukan : ISMA Mesir & Korea Islamic Malaysia Student

Wednesday, August 19, 2009

Kartika yang terasing!

Lega hukuman semakin hampir
Oleh: AZLI ADLAN (azli.adlan@kosmo.com.my)


Kartika dengan ditemani bapanya ketika mengulas hukuman sebat yang bakal dilaluinya di Kuala Kangsar semalam.

KUALA KANGSAR - "Saya lega kerana semakin hampir untuk dijatuhi hukuman sebat yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa berdosa saya."

Namun kata wanita itu, dia dan keluarga keliru kenapa hukuman sebat itu perlu dilakukan di Penjara Kajang.

"Selepas ditahan adakah saya akan ditempatkan di Penjara Kajang bersama tahanan lain kerana saya bukan banduan," kata Kartika.

Bagi Kartika Sari Dewi Shukarnor, dia juga berpendirian seperti bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib untuk menjalani hukuman secara terbuka.

"Saya tidak akan berasa aib dan bersedia untuk disebat di khalayak ramai agar matlamat hukuman tersebut untuk memberi teladan kepada orang ramai tercapai," kata ibu kepada dua orang anak itu.

Sumber: Kosmo, 20 Ogos 2009.

Buat Kartika... semoga dirahmati Allah s.w.t dalam kehidupan ini dan kehidupan seterusnya. Orang yang tak mengerti mungkin akan melabelkan anda sebagai seorang yang pelik tapi bukankah yang pelik itu lebih beruntung?

Sekurang-kurangnya beliau mengakui kesilapannya... Peringatan buat diri sendiri...
"Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka..." (An-Nisa:108)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Islam muncul pertama kali dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagialah orang-orang yang terasing tersebut. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa al-ghuraba (orang terasing) ini?” Rasulullah SAW bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang melakukan perbaikan ketika manusia sudah rosak.”" [HR at-Thabrani dalam al –Kabir]



Islam yang muncul pertama kali dalam keadaan terasing... betapa bilangan mereka yang sedikit tetap berusaha melindungi Rasulullah dari disakiti kaum musyrikin. Semoga diri ini dapat meneladani mereka...

Perempuan Berkalong Sorban

Yang baik jadikan teladan, yang tidak elok jadikan sempadan. Bagaimana nak kenal mana yang tak elok? Silalah merujuk petunjuk Al-Quran dan Hadis serta SunnahNya. Dan kita usahakan dekati mereka yang arif. Manusia diberi akal... gunakanlah dengan sebaiknya.



Monday, August 17, 2009

Pendidikan anak menurut Islam

happy info sharing to all moms out there... :)

Mendidik Anak Menurut Islam
Written by Husein Ar Rasyid
Monday, 16 July 2007

Matlamat umum
Firman Allah s.w.t bermaksud: " Hai orang-orang yang beriman, peliharalah dirimu dan keluargamu dari api neraka, yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak mendurhakai Allah terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan. " (Surah at Tahrim:6)

Matlamat Khusus

Menjadikan anak-anak pemimpin yang beriman dan bertaqwa, seperti firman Allah SWT bermaksud:

1. " Dan orang-orang yang berkata : Ya Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami isteri-isteri kami dan keturunan kami sebagai penyenang hati (kami), dan jadikanlah kami imam bagi orang-orang yang bertaqwa. " ( Surah al Furqaan : 74 )

2. " Dan sesungguhnya aku khuatir terhadap mawaliku sepeninggalku, sedang isteriku adalah seorang yang mandul, maka anugerahilah aku dari sisi Engkau seorang putera yang akan mewarisi aku dan mewarisi sebahagian keluarga Yaakub dan jadikanlah ia, ya Tuhanku, seorang yang diredhai " ( Surah Maryam : 5 –6 )

Tidak semua manusia boleh mencapai matlamat khusus ini. Namun memadailah jika ia dapat mencapai matlamat umum di atas.

Pendidikan keimanan sebagai asas

1. Iman adalah asas pembentukan peribadi dan syakhsiyyah Islamiyyah. Firman Allah s.w.t bermaksud :-

" Sesungguhnya orang-orang yang beriman hanyalah orang-orang yang beriman kepada Allah dan Rasul-Nya kemudian mereka tidak ragu-ragu dan mereka berjihad dengan harta dan jiwa mereka pada jalan Allah, mereka itulah orang-orang yang benar ". ( Surah Al Hujurat : 15)

2. Iman adalah asas pembentukan keluarga. Firman Allah s.w.t bermaksud:-

" Sesungguhnya orang-orang mukmin adalah bersaudara, kerana itu damaikanlah antara kedua saudara kamu dan bertaqwalah kepada Allah, supaya kamu mendapat rahmat ". (Surah Al Hujurat: 10)

Sabda Rasulullah SAW:

(Bermaksud) " Sesiapa yang berkahwin bererti dia telah menyempurnakan sebahagian daripada deennya, maka dia hendaklah bertaqwa dengan sebahagian yang masih tinggal ". (Riwayat Thabrani)

3. Iman adalah asas pembangunan fizikal dan harta benda. Firman Allah s.w.t bermaksud:-

" Maka apakah orang-orang yang mendirikan bangunan di atas dasar taqwa kepada Allah dan keridhaan(Nya), itu yang baik, ataukah orang-orang yang mendirikan bangunannya di tepi jurang yang runtuh, lalu bangunannya itu jatuh bersama-sama dengannya ke dalam neraka Jahanam? Dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang zalim ". (Surah At Taubah : 109)

Iman yang perlu dipupuk adalah iman yang bersifat waqi'i dan munazzim.

Justeru itu, selalulah berkata kepada anak-anak :-

"Berimanlah kepada Allah!",

"Ingatlah kepada Allah!",

"Takutlah kepada Allah!",

"Cintalah kepada Allah!",

"Bertaqwalah kepada Allah!".

Selepas itu hubung dan kaitkan iman anak-anak dengan:

1. Amalan harian, syakhsiyyah, akhlak dan ibadah yang mereka dilakukan.

2. Kesudahan hidup manusia di akhirat nanti. Keadaan syurga dan neraka.

3. Sejarah Islam dan contoh-contoh lalu serta pengiktibarannya.

4. Alam dan ciptaan-ciptaan Allah SWT yang sangat hebat.

(Keempat-empat metod ini adalah metod pendidikan yang popular digunakan oleh Al Qur'an).

Ingatlah bahawa iman anak-anak perlu dipupuk supaya ia subur, segar dan kuat. Pada masa yang sama ia juga perlu dipupuk supaya melahir dan menjanakan natijah yang betul. Melahirkan natijah yang betul dalam syakhsiyyah anak-anak adalah suatu `kemahiran' yang perlu dipupuk sejak kecil sepertimana memupuk anak-anak bercakap dengan bahasa yang betul.

Mengajak dengan lembut, menguatkuasakan yang ma'ruf dan menangkis kemungkaran

Firman Allah SWT bermaksud:

" Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebaikan, menyuruh kepada ma'ruf dan mencegah daripada mungkar : mereka itulah orang-orang yang beruntung " ( Surah Ali Imran : 104)

Daripada ayat ini dapat difahami akan:

1. Mengajak kebaikan kebaikan

Mengajak anak-anak kepada kebaikan dilakukan dengan bijaksana, hikmah, lembut dan dengan perasaan kasih sayang.

2. Penguatkuasaan yang ma'ruf

`Penguatkuasaan' yang ma'ruf dalam rumahtangga sering disalahertikan sebagai pendidikan menggunakan rotan dengan tangan-tangan yang kasar lagi keras. Tidak dinafikan, penggunaan rotan juga adalah satu wasilah pendidikan terhadap anak-anak tetapi Islam telah menetapkan bahawa ia adalah wasilah yang terakhir setelah menggunakan pelbagai wasilah yang lain. Itu pun mengikut adab-adab tertentu seperti tidak mencederakan anak-anak, digunakan pada bahagian tertentu, dengan kekuatan tertentu dan dengan bilangan tertentu.

Penguatkuasaan yang ma'ruf dalam rumahtangga berlaku apabila kita menjadikan perkara-perkara ma'ruf seperti solah, adab kepada ibu bapa, adab berpakaian, adab makan, adab belajar dan sebagainya sebagai PERATURAN-PERATURAN dalam rumahtangga. Anak-anak dididik agar ia memahami hakikat peraturan- peraturan itu. Mereka diasuh agar menyedarinya, menghormatinya dan mengikutinya. Anak-anak akan merasai nikmat mengikuti peraturan-peraturan Islam itu apabila selalu dihubungkan dengan iman atau taqwa kepada Allah SWT, sepertimana sering dilakukan oleh Al Qur'an dalam mentarbiyyah generasi awal. Sifat sabar, pema'af dan istimrariah adalah penting dalam hal ini untuk mendapatkan natijah yang tabi'i.

Tugas untuk menghormati dan menegakkan perkara-perkara ma'ruf ini adalah tugas semua anggota isi rumah secara kolektif. Sesungguhnya Islam adalah din yang lengkap dengan pelbagai peraturan untuk kehidupan manusia dalam segala aspek. Mematuhi peraturan Islam di dunia luar yang luas bertitik tolak daripada dunia rumahtangga.

Rumahtangga yang lepas-bebas tanpa peraturan adalah umpama sebuah negara yang ada pemimpin, tetapi tidak ada perlembagaan dan undang-undang.

3. Menangkis kemungkaran

Menangkis kemungkaran adalah satu proses yang perlu berlaku secara berterusan lantaran pada hari ini jahiliyyah menyerang anak-anak secara berterusan melalui pelbagai wasilah dan kesempatan. Setiap kali kemungkaran itu masuk, ia perlu ditangkis dengan cara memberi kefahaman, kesedaran dan mengajak anak-anak untuk meninggalkannya.

Oleh itu kemungkaran tidak boleh dibiarkan menular masuk ke dalam rumahtangga melalui t.v., majalah, radio, video, gambar-gambar dan seumpamanya. Juga tidak boleh dibiarkan masuk melalui salah laku ibu bapa atau pendidik sendiri.

" Kamu adalah bapa atau ibu atau pendidik yang telah diberikan hak oleh Allah dalam lingkungan kamu. Maka kamu boleh menggunakan hak itu dalam konteks ini. "

Amalan harian ibu bapa (atau pendidik)

1. Ibu bapa sebagai mithal 'amali

Sabda Rasulullah SAW:

(Bermaksud) " Sesungguhnya kamu sekelian tidak akan sanggup mempengaruhi manusia dengan hartamu, maka dari itu pengaruhilah mereka dengan wajah yang manis dan akhlak yang baik ".

2. Mu'alajah Al 'Uyub

Mengikis 'aib (mualajah al-uyub) perlu sentiasa berjalan dalam kehidupan keluarga. Sifat –sifat keaiban akan sentiasa muncul dalam tindakan anak-anak, tetapi semua itu untuk kita perbaiki dengan penuh hikmah dan sabar.

Ibnu Qudamah dalam 'Minhajul Qoshidin' menjelaskan : ' Sesungguhnya Allah SWT ketika mengkehendaki kebaikan pada hambaNya, Dia akan paparkan aib-aib dirinya. Barangsiapa yang telah memiliki basirah, maka aib-aibnya tidak akan menakutkannya. dan tatkala ia tahu aibnya, dia tetapkan kaedah penyembuhannya.'

3. Menghubungkan anak-anak dengan mathal a'LA (contoh yang tinggi)

Anak-anak, sejak kecil sentiasa memerlukan watak sebagai contoh untuk mereka ikuti. Hubungkanlah mereka dengan contoh-contoh dalam sejarah Islam seperti para ambiya', para sahabat, mujahid-mujahid Islam dan sebagainya. Sungguh malang, anak-anak pada hari ini telah dihubungkan dengan pelbagai watak yang merosakkan, dalam media massa yang mereka kagumi dan ikuti.

4. Menghubungkan anak-anak dengan matlamat yang waqi'i ('real')

Kemampuan anak-anak adalah berbeza antara satu sama lain. Setiap anak perlu dihubungkan dengan matlamat atau cita-cita yang munasabah dengan kemampuan dan potensi yang ada padanya agar dia tidak kecewa dan bersemangat untuk mencapainya.

5. Melibatkan anak-anak dalam perbincangan dan bertukar-tukar fikiran

Berbincang dan bertukar-tukar fikiran akan menyubur serta menajamkan aqal, mera'i kemerdekaan jiwa dan mewujudkan kemesraan serta jambatan hati yang kukuh antara ibu bapa dan anak-anak.

Tidak Boleh Ditangguh Lagi...

Anak-anak membesar dengan cepat dan pantas. Jahiliyyah pula sedang menyerang dari pelbagai sudut. Fitrah anak-anak begitu rakus menyerap segala pengajaran yang berlaku terhadap mereka. Kita sudah kesuntukan masa. Segeralah mentarbiyyah mereka. Seandainya kita tidak mentarbiyyah mereka atau menangguhkannya, maka pihak lain akan mentarbiyyah mereka.

`Buah' yang akan dipetik pada akhirnya adalah samada anak itu akan menjadi kawan atau menjadi lawan.

Saya Tidak Mampu ! (Antara Cita-Cita Dan Hakikat)

Cita-cita adalah matlamat yang ingin kita capai dalam pendidikan anak-anak. Hakikat pula adalah hakikat kemampuan yang ada pada kita.

Kita perlu perhatikan antara cita-cita dan hakikat. Atau, dengan perkataan lain, antara matlamat yang ingin dicapai dan kemampuan yang ada.

Cita-cita kita dalam pendidikan anak-anak ialah kita ingin melahirkan anak-anak yang memiliki syakhsiyyah yang lengkap dalam segenap sudut samada dari segi keimanan, pemikiran, da'wi mahu pun haraki. Manakala kita lihat pula kepada kemampuan yang ada, maka terdapat jurang yang jauh. Jurang inilah yang memberi peluang kerja dan jihad, agar kita sampai kepada cita-cita tersebut.

Di dalam keadaan kita yang serba kekurangan, maka setiap keinsafan dan keikhlasan untuk berkerja dan menyumbang bagi melahirkan anak-anak yang soleh adalah sangat kita kehendaki, hargai dan kita harapkan diberkati Allah SWT.

Sekurang-kurang kemampuan yang ada pada kita, InsyaAllah kita masih mampu untuk membaca Al Qur'an dan Hadith serta makna-maknanya di hadapan anak-anak. Perlakukanlah ia sekerap mungkin dalam suasana kasih sayang, tanpa rasa jemu atau dengan melawan rasa jemu. InsyaAllah selepas itu kita akan merasai semakin mampu untuk memperkatakan Islam dan mendidik anak-anak dengan Islam.

Kesilapan Yang Dicairkan Oleh Iman Dan Taqwa

Anak-anak dibesarkan oleh tangan-tangan ibu bapa dan para pendidiknya. Tangan manusia adalah tangan yang tidak bebas daripada kesilapan. Mungkin di hari-hari yang lalu kita telah banyak melakukan kesilapan. Mungkin di hari-hari yang lalu kita telah mencederakan jiwa dan pemikiran anak-anak. Maka ubatikanlah kembali dengan iman dan taqwa. InsyaAllah iman dan taqwa akan dapat mencairkan kembali kesilapan yang lalu. Iman dan taqwa dapat menampung kembali kekurangan-kekurangan yang lalu.

Para sahabat awal Rasulullah SAW menerima tarbiyyah Rasulullah setelah umur mereka meningkat dewasa. Mereka telah melalui zaman kanak-kanak yang penuh dengan jahiliyyah. Keunggulan iman dan taqwa telah mengubati sejarah mereka yang hitam.

Hayatilah Firman Allah s.w.t bermaksud :-

" Hai orang-orang yang beriman, kiranya kamu bertaqwa kepada Allah, nescaya Dia akan memberikan kepadamu furqaan dan menghapuskan segala kesalahan-kesalahan mu dan mengampuni (dosa-dosamu). Dan Allah mempunyai kurnia yang besar " ( Surah al Anfaal : 29 )

InsyaAllah kita masih lagi belum terlewat.

Ingatlah !

" Wahai manusia, bertaqwalah kepada Rabmu dan takutlah suatu hari yang mana seorang bapa tidak dapat menolong anaknya, dan seorang anak tidak dapat menolong bapanya sedikit pun. Sesungguhnya janji Allah adalah benar maka janganlah sekali-kali kehidupan dunia memperdayakan kamu, dan jangan pula penipu (syaitan) memperdayakan kamu dalam mentaati Allah ". ( Surah Luqman : 33)

Husein Ar Rasyid

Sumber: Haluan Tarbawi

Kejar dunia, kejar akhirat

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".

Contoh paling ketara...




KEGEMBIRAAN Nik Nur Madihah (kanan) yang dipeluk oleh Mariani di hadapan rumah baru mereka di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa semalam.

KOTA BHARU - Bagi pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, tiada yang lebih baik untuk dijadikan hadiah kepada keluarga menyambut Aidilfitri selain mendapat rumah baru.

Hajat yang sudah terpendam sejak di bangku sekolah untuk menghadiahkan rumah kepada keluarga yang dahulunya menghuni pondok buruk di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa kini tertunai apabila dia menerima kunci rumah banglo setingkat berharga RM130,000 semalam.

"Saya telah berjanji nak menghadiahkan rumah kepada keluarga selepas bekerja nanti tetapi tak sangka Tuhan menunaikan hajat saya itu lebih awal.

Sumber: Kosmo, 18 Ogos 2009.

Tumpang gembira melihat ganjaran nikmat yang diterima hasil dari kesabaran mereka. Somehow, sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan semua... jangan pula kita sampai lupa diri setelah menerima nikmat yang diberikan malah sepatutnya lebih mendekatkan diri pada Yang Memberi.

Rumahku Syurgaku

Tak lama lagi impian untuk memiliki rumah sendiri akan menjadi kenyataan, InsyaAllah... Tak sabar rasanya... Minggu lepas baru saja selesai finalize design yang saya dan suami impikan. Bukan main lama lagi masa diambil untuk finalize design rumah ni je... Bukanlah sebab besar benar sampai ke tahap istana tapi nak menyusun ruang-ruangnya tu. Mesti naik pening designer melayan kerenah kami. Maaflah ye... almaklum, rumah nak duduk lama... mesti nak puas hati... :)

So, minggu ni pelan rumah akan dihantar ke majlis untuk mendapat kelulusan. Harap-harap tiada masalah.

Sebolehnya nak sangat rumah ni naik dalam tahun ini juga. Moga dipermudahkan. Amin...

Sunday, August 16, 2009

Langkah cegah H1N1

Cegah influenza A(H1N1)
Amalkan mencuci tangan dengan betul

Mencuci tangan adalah kaedah terbaik untuk mencegah kejadian jangkitan penyakit berjangkit.

7 Langkah Mencuci Tangan dengan Air dan Sabun

1. Basahkan tangan anda dan ratakan sabun dengan sempurna
2. Gosok kedua-dua tapak tangan
3. Gosok setiap jari dan celah jari
4. Gosok kuku di tapak tangan
5. Gosok belakang tangan dan celah jari
6. Cuci tangan dengan air bersih
7. Keringkan tangan dengan kain bersih atau tisu

Amalkan Mencuci Tangan:
1. Selepas bersin/batuk/menghembus hidung
2. Selepas menyentuh permukaan objek yang terdapat di tempat-tempat awam seperti kaunter tiket, kaunter pertanyaan, tombol pintu (door knob), rel tangga, pemegang tangan dalam pengangkutan awam (bas/keretapi/LRT)
3. Selepas berjabat tangan dengan individu yang mengalami gejala selesema
4. Bila-bila masa tangan anda kotor

Gejala sosial sana sini

KOTA BHARU 16 Ogos - Remaja berusia 15 tahun yang dirogol bapa tirinya sebelum ditikam dan disimbah asid di sebuah ladang di Felda Aring Enam, Gua Musang, 9 Ogos lalu, kini beransur pulih.

Utusan, 17 Ogos 2009.

--------------------------------------------------------------------

PUTRAJAYA - Trend pelajar sekolah khususnya di peringkat menengah terjebak dalam penagihan najis dadah semakin membimbangkan apabila data Agensi AntiDadah Kebangsaan (AADK) mendapati tahun ini sahaja bilangan penagih muda itu ialah 306 orang, meningkat berbanding beberapa tahun lalu.

Untuk perbandingan, jumlah kes pelajar yang menagih dadah di sekolah pada 2008 ialah 159 orang manakala pada 2007 hanya 117 orang.

Ketua Pengarah AADK, Datuk Abdul Bakir Zin berkata, para pelajar berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

"Tahun ini di Kelantan sahaja kami dapati lebih kurang 60 orang pelajar sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar (PIP) yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran," katanya di sini semalam.

Beliau berkata, melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

Menurut Abdul Bakir, kebanyakan pelajar tersebut menggunakan dadah tradisional khususnya ganja.

Sumber: Kosmo, 8 Sept 2009.

Friday, August 14, 2009

Risaunya jika tersalah cakap



Situasinya gini...
Memang ketika tu dibuka ruang untuk semua bercakap tentang satu isu yang perlu diputuskan. Setelah berfikir panjang... nak cakap ke tak nak cakap...? Instinct terasa perlu juga bercakap kerana ruang untuk bercakap ketika tupun ada kaitannya dengan amanah yang dipikul dalam tugas. Cuba relate situasi isu yang dibincangkan tu dengan satu panduan seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Saya bukanlah pakar agama tapi bolehlah sedikit-sedikit... memahami terjemahan Al-Quran buat panduan hidup sendiri.

Rasanya niat dah ikhlas semasa memberikan pandangan tu tapi kenapa hati masih terasa tak tenang pula... Bukanlah berdebat sampai tak ingat diri cuma masih terasa seperti tersalah cakap je. Apakah fakta yang diberi tak diterangkan dengan baik...?

Apakah panduannya jika kalian sudi membantu... :|

Wednesday, August 12, 2009

Ustaz Asri pergi tak kembali

Al-Fatihah buat Ustaz Asri Rabbani... semoga Allah mencucuri rahmat ke atas dirinya. Amin...



(Iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “Sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” [al-Baqarah 2: 156]



PERGI TAK KEMBALI

Setiap insan pastikan merasa
Saat perpisahan terakhir
Dunia yang fana akan ditinggalkan
Hanya amalan yang akan dibawa

Terdengar sayup surah dibaca
Sayu alunan suara
Cemas di dada lemah tak bermaya
Terbuka hijap di depan mata

Selamat tinggal pada semua
Berpisah kita selamanya
Kita tak sama nasib di sana
Baiklah atau sebaliknya

Amalan dan taqwa jadi bekalan
Sejahtera, bahagia pulang…kesana

Sekujur badan berselimut putih
Rebah bersemadi sendiri
Mengharap kasih anak dan isteri
Apa mungkin pahala dikirim

Terbaring sempit seluas pusara
Soal bicara terus bermula
Sesal dan insaf tak berguna lagi
Hancurlah jasad dimamah bumi

Berpisah sudah segalanya
Yang tinggal hanyalah kanangan
Diiringi doa dan air mata
Yang pergi takkan kembali lagi

- Rabbani -


Foto keluarga Allahyarham Ustaz Asri Rabbani. Bersama isteri Nor Jannah Shahdan, 38, dan enam anak, Mohd Nasimuddin, 15; Mohd Fathi, 14; Nor Afikah, 12; Mohd Ilham, 10; Sofiyah Munawarah, 6, dan Hamidi Rabbani, 4.

Pesan seorang ayah bernama Asri yang sempat dititipkan buat anak-anak kesayangannya... dipetik dari blog Allahyarham sendiri...

Anakku...
Jagalah ALLAH nescaya DIA menjagamu
Dirikanlah solat moga dirimu selamat
Peliharalah hukum Tuhan; pasti DIA melindungimu

Anakku...
Cintailah Nabimu
Kasihanilah Rasulmu
Ingatilah Baginda
Saat orang melupakannya
Menghinanya dan berpaling darinya
Itulah bukti siapa ummatnya
Siapa khianatinya...
Mudah-mudahan dirimu
Beroleh syafaat uzmah
Di sini dan di sana nanti

Anakku...
Renangilah lautan ilmu yang tidak terbatas
Jika mampu selamilah ke dasarnya
Tapi ingat... selalulah berserah kepadaNYA

Anakku...
Ilmu mampu menjagamu
Menyelamatkanmu
Ilmu jalan menuju bahagia dunia akhirat
Ilmu menuntunmu saat kegelapan
Ilmu adalah harta yang tak pernah berkurangan

Anakku...
Tiada ertinya segala amal ibadahmu
Jika melukai hati ibumu walau seguris cuma

Anakku...
Akan hilang keberkatan hidupmu
Andai bergetar hampa naluri seorang ayah...

Macam-macam ada...!

Bagaimana ya nak mengurangkan atau menghapuskan sama sekali gejala sosial yang macam-macam ada di sekeliling hidup kita ni? Ada sahabat berseloroh... "Kalau semuanya baik-baik belaka, kosong pulak NERAKA tu nanti!" Jawab saya... "Apa salahnya NERAKA tu kosong. Ehh... mana boleh kosong pulak NERAKA tu... kan SYAITAN penghuni tetapnya... so biarlah regu-regu dia je dalam NERAKA tu... manusia kalau tak join lagi ok pe..." Tambah saya berloyar buruk. ;)

So, back to the issues... antara punca-punca yang dikenalpasti dari pemerhatian sendiri...

Rogol, zina dan buang anak...
Wanita-wanita yang kebanyakannya cenderung ke arah menyeksikan diri mereka termasuklah yang bertudung.


Foto: Awek Tudung

Lelaki yang tak kuat imannya memang mudah naik nafsu jahatnya jika melihat wanita-wanita seksi seperti ni. Mulalah mereka nak buat hal. Satu situasi... wanita yang merelakannya... termengandung dan seterusnya 'terbuang' anak. Hahh?! Satu situasi lainnya... secara paksaan. Mungkin keadaan masa tu tidak sesuai untuk melampiaskan nafsu jahatnya so nafsu jahat tu dipendam dulu hingga satu masa yang sesuai... mungkin kerana inilah juga tidak kira kanak-kanak atau wanita bertudung tetap dikerjakannya!

Ragut, rompak...
Berpunca dari masalah ketagihan dadah. Si penagih perlukan wang untuk membeli dadah bagi melepaskan gian. Makanya, mereka sanggup berbuat apa saja walaupun terpaksa membunuh! Pengangguran juga boleh tahan menjadi penyebabnya.

Rempit...
Bosan tak tahu apa nak buat, mudah terpengaruh dengan rakan-rakan, konon-kononnya sukakan cabaran, tertarik pula dengan ganjaran yang dipertaruhkan. Kalau bernasib baik menang, dapatlah ganjaran wang atau gadis cantik atau kedua-duanya sekali! Tapi malang kalau... dapatlah mereka ganjaran lubang kubur!


Foto: Janelabu

Penyelesaiannya...?
Rogol, zina dan buang anak? CCTV?
Ragut, rompak? CCTV?
Rempit? CCTV

Setakat ni, telah terbukti tidak berkesan sangatpun... dah dirogol, dah dibunuh, bayi dah dibuang, dah kena ragut dan rompak barulah bergegas pak polisinya datang... Malangnya, dah terlewat... Tak salahkan pak polisi ya sebab memang tak terkejarpun! Teringat komen seorang pendengar di radio IKIM.fm... Britain merupakan negara yang terbanyak pemasangan CCTVnya tapi didapati masih jugak tinggi kadar jenayah yang berlaku di sana. Wallahu'alam...

Kata orang... mencegah lebih baik dari merawat...

Rogol, zina dan buang anak?
SEMUA WANITA janganlah suka benar menyeksikan diri... nanti siapa jugak yang susah... kita kaum wanita dan anak-anak perempuan kita jugak yang susah... :\ Apa tujuan ditayang-tayangkan tu agaknya hanya empunya diri yang tahu tapi yang pastinya...
"Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian." (Hadis riwayat Muslim)



Ragut, rompak?
Perangi dadah habis-habisan! Yang mana yang sudah terjerat dan dalam proses pemulihan... boleh juga sediakan aktiviti yang menjana ekonomi untuk mereka dan pusat pemulihan yang dihuni mereka. Yang pandai bertukang, melukis... bantu mereka promosi dan jual hasil kreativiti mereka di luar...

Rempit?
Banyakkan aktiviti-aktiviti sihat dan berfaedah... ada yang menganjurkan aktiviti sihat tapi dalam masa yang sama menggalakkan pula percampuran lelaki dan perempuan... mahunya silap-silap balik pula ke masalah pertama tadi! Sia-sia... :(

Pencegahan paling mujarab...
Sabda Rasulullah saw, "Tidak berIMAN seorang pencuri ketika dia mencuri dan tidak berIMAN seorang penzina ketika dia berzina."

Sabda Nabi saw, "Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI". (HR. Bukhari dan Muslim)

"Hai orang-orang yanq berIMAN, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (Surah An Nuur: 21)

Semoga para pemerintah negara pemikul amanah agama mengambil langkah-langkah penting menyediakan persekitaran yang baik supaya IMAN kita terus terpelihara... Al-maklumlah... IMAN kita ni macam juga The Eyes of Malaysia... kejapnya naik, kejapnya turun. :|

Boikot Israel! Selamatkan Palestin!

Boikot Israel! Selamatkan Palestin!!
Wan Muhammad Wan Ibrahim

Anda dan seisi keluarga serta rakan-rakan dijemput hadir dan menyertai konvoi untuk memberikan sokongan terhadap program...

BOIKOT ISRAEL!!! SELAMATKAN PALESTIN!!!

Tempat : Lobi Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Anjuran : COMPLETE MALAYSIA (COALITION OF MALAYSIAN NGOs AGAINST PERSECUTION OF PALESTINIANS)

Siapa dijangka hadir :
1. Adik Muhammad Al Haj Moussa (Seorang remaja Palestine yang kudung kedua-dua kaki angkara kekejaman Israel)
2. George Galloway (Ahli Parlimen dari Britain dan Pejuang Hak Asasi Manusia)
3. Artis-artis : Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Louisa Chong, Muadz dll

* Jualan Amal T-shirt Boikot Israel RM25 (dewasa) RM20 (kanak-kanak)
* T-shirt PERCUMA untuk pelajar kolej/universiti (sila bawa Kad I.D. Pelajar)
* Aktiviti Konvoi Kereta & Motosikal Berkuasa Tinggi
Route 1 : DBKL - NKVE - Stadium Shah Alam
Route 2 : DBKL - KESAS - Stadium Shah Alam
Route 3 : DBKL - Federal Highway - Stadium Shah Alam

Untuk Pendaftaran Konvoi, hubungi:
En. Ahmad Yusri (019 - 244 5523)
En. Idris Mohamad (016 - 293 6523)
(Bayaran RM20 setiap kenderaan akan dibekalkan pelekat kereta, bendera & minuman)

Atau SMS:
ON KONVOI NAMA NO. K/P EMAIL NO. PLAT KENDERAAN hantar ke 019-2445523 atau 016-2936523

Atau emel ke azrabanu@gmail.com
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

(www.completemalaysia.com)

Sumber: JIM

Tuesday, August 11, 2009

Kenapa tak di Israel?

Sambil makan mata memandang ke arah TV yang memaparkan berita tentang banjir besar di Taiwan. Tiba-tiba si kakak yang dah berapa hari tak gi sekolah kerana demam campak bersuara...

"Ma, kenapa Allah tak bagi banjir tu kena kat Israel je?" Ops... terkedu kejap nak mencari jawapannya... tak sangka pula itu yang difikirnya... ingatkan tengok-tengok kosong je. "Ehm... Allah uji manusia dalam dua keadaan... dengan kesusahan atau kesenangan... Israel tu Allah uji diorang dengan kesenangan... Nak bunuh orang Palestin... takde masalah... senjata diorang canggih-canggih belaka. Diorang masih tak sedar jugak... patutnya kalau dah senang buat kebaikan. Jangan suka-suka hati bunuh orang tapi kalau tak reti-reti jugak... tunggulah balasan Allah nanti... lagi teruk!" Itulah saja yang terdaya dijawab... tips jawapan dari Al-Quran.

"Mama, kawan-kawan kakakkan ramai yang tak tahu lagi pasal boikot tu... Tadi petang kan ma... masa kawan-kawan kakak ikut kakak masuk dapur nak minum air, diorang nampak kertas boikot yang mama tampal kat peti ais tu... Diorang tanya kenapa budak tu nampak kepala je kat atas tanah tu...? Kakak cakap budak tu kena bunuh dengan zionis. Kakak bagitaulah diorang yang mama cakap seboleh-bolehnya kita jangan beli barang-barang ni sebab kalau kita beli jugak... maknanya kita tolong orang zionis beli peluru tembak kawan-kawan kat Palestin tu... Betulkan ma...?" Kakak menyambung celotehnya dengan panjang lebar. Mamanya ni hanya tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala... "Young khalifah dah tahu tugas dia nampaknya", bisik hati kecil...

Program 'Gemilang Ramadhan'

Hebahan

Tarikh: 16 Ogos 2009 (Ahad)
Tempat: Masjid Seberang Jaya, SPU, P.Pinang
Waktu: 8.30 pagi - 1.00 tgh
Anjuran: PEMBINA Pulau Pinang

Hubungi: Syikin 0194756447

1001 wajah ibu





Apa ke pengecut benau askar ni ye??? Takkan dengan wanita dan anak-anak kecil tupun nak acu senapang?????! Musykil... Apa yang dia nampak agaknya pada mereka ni...? Harimau? Agaknya kot... teringat kisah Abu Jahal yang nampak Rasulullah s.a.w diapit 2 ekor harimau ketika berjumpa dengannya untuk minta pulangkan harta yang dirampas dari sorang pemuda Nasrani yang mengadu hal itu pada Rasulullah padahal isterinya Abu Jahal tak nampak pulak! Tak ingat di mana saya membacanya... nantilah saya cari apa nama bukunya...

Ini dia nama bukunya Perisik Kota Saba' sebuah buku cerita kanak-kanak di bawah siri Young Islamika.





Assalamualaikum,

Alhamdulillah malam semalam, Selasa 24.3.09 saya dapat mendengar penyampaian dari Puan Rasya Al Adlouni (Ummu Muhammad) yang merupakan isteri kepada As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi di Masjid Negeri Shah Alam.



Melihat kepada kekuatan ucapannya dengan suaranya yang begitu bersemangat sambil berdiri terasa seolah-olah yang berucap itu adalah As Syahid Dr Abdul Aziz Ar Rantisi sendiri. Itulah tarbiyah yang telah dilaksanakan oleh Dr Abdul Aziz kepada isterinya yang akan meneruskan usaha-usaha dakwah dan jihad di Palestin walaupun beliau telah pergi menemui Allah swt dalam keadaan "Hidup Dan Mendapat Rezeki DariNYA".

Puan Rasya Al Adlouni adalah simbol kegigihan wanita Gaza yang telah membuktikan bahwa semangat dan kekuatan wanita yang beriman benar-benar boleh kita jadikan contoh tauladan bagi kaum wanita di negara2 umat Islam lain. Walaupun umurnya sudah 55 tahun dan kini mempunyai 20 orang cucu, beliau masih mampu berdakwah dan menyampaikan kebenaran tanpa ditimpa oleh perasaan lemah dan gentar. Marilah kita menelusuri jejak dan kekuatan wanita2 di Gaza yang sentiasa melahirkan pejuang2 dan mujahid2 yang akan membebaskan bumi Palestin dari penjajahan
Israel.

Inilah kisah sebuah bangsa di atas sejengkal Tanah Suci. Penduduk Syam yang merangkumi Palestin, Lebanon, Syria dan Jordan memang penduduk yang mempunyai sifat keteguhan. Banyak peristiwa yang pernah berlaku di sana dan akan banyak lagi yang kelak akan berlaku di sana di akhir zaman ini. Semua kita harus belajar dari peristiwa ini terutama umat Islam. Semua segi harus menjadi pelajaran termasuk dari sisi kemanusiaan sebagai wanita.

Tahun baru 2009 dimulai dengan kisah duka bagi umat Islam iaitu peperangan di Gaza. Pemandangan yang sangat memilukan. Namun Allah swt menjadikan peristiwa Gaza bukan sekadar untuk menjadi tontonan television dan bualan para wartawan untuk bulan tersebut.



Apa yang kita dengar dari berita:

1. Seorang ibu dari keluarga Samouni di Gaza melahirkan anaknya di tengah-tengah suasana pengeboman.

2. Seorang wanita mengatakan: "Tidak, tanah ini milik kami, apapun yang mereka lakukan tanah ini milik kami, kami akan tetap menentang mereka (Yahudi)."

3. Seorang wanita muda pergi ke kedai roti untuk membeli roti dan terpaksa beratur berjam-jam di tengah-tengah ledakan bom di Gaza. Ketika ditanya oleh wartawan mengapa ia tetap pergi ke kedai roti padahal ia dalam keadaan tidak selamat, ia menjawab: "Tinggal di rumahpun kami dibom sedangkan saya perlu membeli roti untuk keluarga di rumah, jadi saya perlu laluinya juga. kita hanya mati sekali."

4. Selama 22 hari perang, Israel berjaya membunuh 600 orang anak-anak Gaza dari lebih 1,300 mangsa yang meninggal, tapi selama masa itu pula lahirnya 3,500 bayi baru. Ramai wanita Gaza yang melahirkan kembar samada kembar dua atau kembar tiga.

Sungguh luar biasa, hanya sehari sesudah kedua pihak menyatakan gencatan senjatanya masing-masing, polis lalu lintas sudah bertugas di jalan-jalan di Gaza, bahkan sekolah dibuka kembali kurang dari seminggu sesudah itu. Para murid saling menyapa ketika pertama kali berjumpa: "Hai kamu masih hidup ya?"

Wilayah ini sudah tidak mempunyai bangunan parlimen, tidak mempunyai balai polis (walaupun anggota polisnya bertugas) dan seluruh bangunan pemerintah sudah hancur dibom bahkan masjid-masjid dan hospital serta sekolah tidak luput dari pengeboman.

Infrastrukturnya boleh dikatakan sudah hancur tetapi ternyata struktur masyarakatnya tidak hancur, sistem sosialnya tidak terhapus bersama bangunan-bangunanny a. Solat berjamaah tetap dilaksanakan di tengah-tengah hujan bom di antara runtuhan bangunan dan masjid. Bahkan masjid mengumpulkan dana dari sebahagian jama'ah yang masih mempunyai sesuatu untuk disumbangkan kepada jiran tetangganya yang lebih memerlukan. Inilah sebuah bangsa yang mempunyai daya tahan yang amat tinggi.

Jangan lupa, sebelum peperangan, Israel sudah mencekik Gaza dengan sekatan selama hampir 2 tahun dan itu menyebabkan semua penduduk Gaza mengalami kekurangan makanan kerana sukarnya untuk mendapatkan bahan makanan di samping harganya yang melambung tinggi.

Dengan berita-berita seperti di atas kita telah mendapatkan gambaran betapa anak-anak Palestin dari generasi ke generasi telah ditempa oleh ujian berat dengan pelindung mereka yang tetap teguh yang terdiri dari para ibubapa terutama para ibu yang tetap menggenggam prinsip kesabaran di tengah-tengah ujian yang amat berat itu.



Kita boleh meninjau beberapa kriteria yang menambah kesabaran mereka iaitu:

1. Tidak lemah mental mereka
2. Tidak lemah penampilan mereka
3. Tidak lemah aktiviti mereka

Dari berita-berita yang diterima, para wanita Gaza tidak lemah mental mereka dan tidak akan mengalah kepada penjajah Israel, di mana kebanyakan mereka berpandangan bahwa perjuangan menentang penjajahan tetap akan diteruskan. Tidak ada yang gementar ketakutan ketika mendengar deruan pesawat pengebom di atas kepala mereka. Jika ditanya, mereka berkata dengan nada tegas bahwa mereka tidak takut kepada tentera Israel dan akan melawan dengan senjata alat dapur, jika berhadapan secara terus. Inilah di antara tanda tidak wujudnya kelemahan mental di kalangan mereka.

Selain itu mereka tidak lemah penampilan di mana nampak jelas bahwa mereka tetap tegak ketika diwawancara oleh para wartawan, bahkan mereka masih boleh menyuarakan kekecewaan mereka kepada para pemimpin Arab yang tidak membantu mereka. Bahkan ada yang menunjukkan tangan ke arah kamera. Sikap tubuh mereka jelas menunjukkan bahwa mereka tidak lemah penampilan walaupun sesetengahnya dalam keadaan cedera dan menanggung kesakitan.

Mereka juga tidak lemah dalam aktiviti mereka di mana walaupun tersisa sedikit kesempatan, mereka terus menjalankan aktiviti mereka samada ke pasar berjual beli, memakamkan ahli keluarga dan kerabat sehingga sempat pula bersilaturahim sesama saudara mereka di pasar. Di tengah-tengah aksi pengeboman, mereka sanggup beratur untuk membeli roti dengan mempertaruhkan nyawa mereka. Bahkan ada
seorang ibu yang melahirkan anak di tengah-tengah pengeboman dengan hanya dibantu oleh ibunya dengan menggunakan lilin di malam hari.

Berikut adalah beberapa kesimpulan yang dapat dibuat:

1. Wanita Gaza adalah wanita yang sabar, ujian apapun yang menimpa tidak membuatkan mereka gentar ketakutan berbeza dengan wanita Yahudi di Selatan Israel yang sehingga perlu dibawa ke hospital kerana "stress" atau tekanan mental menghadapi roket2 Hamas.

2. Ketabahan mereka ternyata didasari oleh iman dan ketaqwaan kepada Allah swt. Kita melihat mereka mengekang perasaan kesedihan mereka dengan berdoa mengangkat tangan kepada Allah swt mengutuk kekejaman Israel ketika menghadapi keadaan di mana rumah mereka hancur dan ahli keluarga yang terkorban.

3. Kuatnya keganasan dan permusuhan Yahudi justeru membuatkan mereka tetap tegak, teguh dan menentang. Penentangan wanita Gaza bukan dengan mengangkat senjata, tetapi dengan menunjukkan keteladanan dalam sikap berani menghadapi kenyataan peperangan yang keras dan kejam ini di hadapan anak-anak mereka.

Nampak dari raut wajah mereka yang meskipun terurai dengan airmata tapi tetap berwajah tegar manakala anak-anak mereka menatap setiap bentuk bahasa badan ibu-ibu mereka.

Pendidikan apa lagi yang terbaik dan paling efektif selain dari pendidikan menzahirkan keteladanan dalam kesabaran?.



Cubalah kita amati bahasa tubuh mereka ketika diwawancara oleh para wartawan, baik semasa perang mahupun sesudahnya di mana keadaan mereka cukup tenang ketika menceritakan pengalaman mereka.

Kaum wanita di Gaza tidak sesekali menyukai peperangan, namun jika peperangan merupakan takdir bagi bangsanya, kaum wanitalah yang memikul beban berat sebagai mangsa korban. Merekalah yang pertama sekali merasakan sukarnya hidup seharian di tengah-tengah suasana perang bermula dari persoalan mencari keperluan sehari-hari hingga kepada usaha menenangkan anak-anak mereka yang ketakutan.

Belum lagi ditambah dengan jumlah mangsa korban utama sebagaimana di Gaza ini kerana senjata perang Israel sentiasa mengejar wanita dan anak-anak walaupun di tempat-tempat penginapan mereka..

Bagi bangsa yang terjajah dan dizalimi seperti ini, masa depan bangsanya terletak di bahu mereka. Kaum wanita Gaza tidak seharusnya menunjukkan kelemahan mental, ketakutan yang menimbulkan perasaan menyerah kepada musuh atau kelemahan aktiviti yang menyebabkan mereka tidak lagi dapat bergerak menjalani kehidupan mereka.

Jika sikap-sikap kelemahan tersebut yang dilihat oleh anak-anak mereka pada hari ini, maka kita dapat bayangkan bahwa dalam masa 10 tahun ke hadapan, wilayah yang sekarang ini bernama Gaza mungkin akan berdirinya bandar-bandar pelancongan Israel dengan nama Yahudi sebagaimana nama Ashdod, Ashkelon, Sderot, Kiryat Shimona dan lain-lain.

Ini kerana jika mereka (kaum wanita Gaza hari ini) lemah, maka anak-anak mereka akan tumbuh menjadi penakut dan mempunyai sikap mudah menyerah tetapi Alhamdulillah sekarang mereka tetap teguh dan InsyaAllah sampai hari Qiamatpun bangsa Yahudi tidak akan dapat merasa tenang dengan kezalimannya kerana akan sentiasa ada yang menentang mereka dari satu generasi ke generasi Palestin yang
baru.

Inilah yang seharusnya kita belajar daripada mereka.

Sumber: PEMBINA

Projek SMART-STAIL

Jom kita sama-sama tambah saham akhirat...

Bantu Kami Mencapai RM2.5 Juta Bagi Pendidikan Islam

SMART - Sek Men Arab Tahfiz
STAIL - Sek Tahfiz Al Islah


Sumbanglah walau RM1

Bagi merealisasikan pembinaan Kompleks Pendidikan STAIL-SMART, kami memerlukan dana sebanyak RM2.5 juta. Oleh itu kami telah, sedang dan akan melakukan perkara-perkara berikut agar dana tersebut berjaya didapati:

1. Jualan wakaf bangunan
2. Menerima dan menguruskan zakat yang boleh mendapat pelepasan cukai
3. Menganjurkan ibadah korban dan aqiqah di Kemboja
4. Menganjurkan ibadah umrah
5. Menerima sumbangan
6. Menjual buku-buku agama, air zam zam, sos, serta produk HPA
7. Menguruskan buku Yasin khas untuk hadiah majlis perkahwinan
8. Menerima tempahan percetakan
9. Menganjurkan pakej motivasi untuk sekolah dan IPT

Akaun Maybank (Sek Men Arab Tahfiz - SMART) - 557447202508
Akaun Bank Islam (Sek Tahfiz Al Islah - STAIL) - 07043011010032

Kami amat mengharapkan agar orang ramai dapat membantu kami mencari dana pembinaan kompleks ini melalui cara-cara di atas. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi individu-individu berikut:

* Ustaz Ahmad Fahmi b Abu Bakar - 013 4881601
* Budiyanto b Unggun - 019 5235592
* Mohd Syarifuddin b Che Li - 013 4476556
* Nurul Huda Ghazali - 04 5732622

Sumber: projektahfiz.blogspot.com

Bila ibu boleh memilih



Anakku,
Bila ibu boleh memilih
Apakah ibu berbadan langsing atau berbadan besar kerana mengandungkanmu
Maka ibu akan memilih mengandungkanmu
Kerana dalam mengandungmu ibu merasakan keajaiban dan kebesaran Allah
Sembilan bulan nak, engkau hidup di perut ibu
Engkau ikut kemanapun ibu pergi
Engkau ikut merasakan ketika jantung ibu berdetak kerana kebahagiaan
Engkau menendang rahim ibu ketika engkau merasa tidak nyaman,
kerana ibu kecewa dan berurai air mata

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu harus operasi caesar,
atau ibu harus berjuang melahirkanmu
Maka ibu memilih berjuang melahirkanmu
Kerana menunggu dari jam ke jam, minit ke minit kelahiranmu
Adalah seperti menunggu untuk memasuki salah satu pintu syurga
Kerana kedahsyatan perjuanganmu untuk mencari jalan keluar ke dunia
Sangat ibu rasakan
Dan saat itulah kebesaran Allah menyelimuti kita berdua
Malaikat tersenyum di antara peluh dan erangan rasa sakit ,
Yang tak pernah bisa ibu ceritakan kepada siapapun
Dan ketika engkau hadir, tangismu memecah dunia
Saat itulah… saat paling membahagiakan
Segala sakit & derita sirna melihat dirimu yang merah,
Mendengarkan ayahmu mengumandangkan azan,
Kalimat syahadat kebesaran Allah dan penetapan hati tentang
junjungan kita Rasulullah di telinga mungilmu

Anakku,
Bila ibu boleh memilih apakah ibu berdada indah, atau harus bangun
tengah malam untuk menyusuimu,
maka ibu memilih menyusuimu,
Kerana dengan menyusuimu ibu telah membekali hidupmu dengan
Titisan-titisan dan tegukan-tegukan yang sangat berharga
Merasakan kehangatan bibir dan badanmu di dada ibu dalam pelukan ibu,
Adalah sebuah rasa luar biasa yang orang lain tidak bisa rasakan

Anakku,
Bila ibu boleh memilih duduk berlama-lama di ruang rapat
Atau duduk di lantai menemanimu menempelkan puzzle
Maka ibu memilih bermain puzzle denganmu

Tetapi anakku
Hidup memang pilihan
Jika dengan pilihan ibu, engkau merasa sepi dan merana
Maka maafkanlah nak
Maafkan ibu… Maafkan ibu
Percayalah nak, ibu sedang menyempurnakan puzzle kehidupan kita
agar tidak ada satu kepingpun bahagian puzzle kehidupan kita yang hilang

Percayalah nak....
Sepi dan ranamu adalah sebahagian duka ibu
Percayalah nak...
Engkau adalah selalu menjadi belahan nyawa ibu.
dan kau adalah permata hati dalam keluarga kita..



(Adaptasi puisi hati Ratih Sanggarwati)

Monday, August 10, 2009

Ikhtiar tangani H1N1

Forwarded by a friend...

JUST A SMALL BUT MEANINGFUL INFO FROM ME TO YOU AND YOUR FRIENDS... MY PERSONAL EXPERIENCE OF H1N1 SINCE IT PRACTICALLY HIT US LIKE A TIME BOMB.....

My staff was crying herself sick on Tuesday morning...was told that her son was confirmed of H1N1 in his Uni at Kangar, Perlis... worse was that when he was bedridden 2 days the warden didnt even bother to sent to hospital till his dad came fm KL and with his friends assistance brought him to GH Kangar....

No one bothered in the hospital and he was put in the normal ward for another 2 days!!! (imagine the amount of people he has infected!!) .....after 2 days and his eyes were turning yellow and saliva greenish...he was put in quarantined room...

Called his mom to say...minta maaf and ampun la dosa dia, etc...she practically fainted just telling me the story.. cant do much cos she x have enough money to go to the north with the father...

First thing we did was made her call the hospital and insist that they sent him to Sg.Buloh Hospital or any other hospital in KL since they seemed to be more alert and more equipment...they refused of course...so I sent her off to Kangar the same day to solve the problem.

Whilst this was happening, SUBHANALLAH, I had a call from one Ustaz who was in town to "help cure" another H1N1 child in Shah Alam....and was told this simple prescription by him.....of course kena redha pada ALLAH and niat dengan sesungguh nya... selawat 3x...

EAT MINIMUM 6 GREEN APPLES A DAY AND FRESH ORANGE JUICE
for those with sore throat please blend the apples and keep on taking till your fever disappear and your symptoms are gone... I cannot explain it but the child in Shah Alam was ok too after taking this tip...

ALHAMDULILLAH... my staff's son was given the apple juice for the whole day on Monday/Tuesday and dengan kuasa ALLAH he was out of the fever yesterday Wednesday... She called me and was crying on the phone to say that her son was out of ICU and was able to eat normally... All these happened within just 4 days today (thursday 6 august)...

This is just to share with my fellow sisters and brothers and hope this small info could assist others as well, INSYA'ALLAH! !!!!!!!!! No harm in trying and kuasa ALLAH anything can happen!!!