Tuesday, August 11, 2009

Kenapa tak di Israel?

Sambil makan mata memandang ke arah TV yang memaparkan berita tentang banjir besar di Taiwan. Tiba-tiba si kakak yang dah berapa hari tak gi sekolah kerana demam campak bersuara...

"Ma, kenapa Allah tak bagi banjir tu kena kat Israel je?" Ops... terkedu kejap nak mencari jawapannya... tak sangka pula itu yang difikirnya... ingatkan tengok-tengok kosong je. "Ehm... Allah uji manusia dalam dua keadaan... dengan kesusahan atau kesenangan... Israel tu Allah uji diorang dengan kesenangan... Nak bunuh orang Palestin... takde masalah... senjata diorang canggih-canggih belaka. Diorang masih tak sedar jugak... patutnya kalau dah senang buat kebaikan. Jangan suka-suka hati bunuh orang tapi kalau tak reti-reti jugak... tunggulah balasan Allah nanti... lagi teruk!" Itulah saja yang terdaya dijawab... tips jawapan dari Al-Quran.

"Mama, kawan-kawan kakakkan ramai yang tak tahu lagi pasal boikot tu... Tadi petang kan ma... masa kawan-kawan kakak ikut kakak masuk dapur nak minum air, diorang nampak kertas boikot yang mama tampal kat peti ais tu... Diorang tanya kenapa budak tu nampak kepala je kat atas tanah tu...? Kakak cakap budak tu kena bunuh dengan zionis. Kakak bagitaulah diorang yang mama cakap seboleh-bolehnya kita jangan beli barang-barang ni sebab kalau kita beli jugak... maknanya kita tolong orang zionis beli peluru tembak kawan-kawan kat Palestin tu... Betulkan ma...?" Kakak menyambung celotehnya dengan panjang lebar. Mamanya ni hanya tersenyum sambil mengangguk-anggukkan kepala... "Young khalifah dah tahu tugas dia nampaknya", bisik hati kecil...

No comments: