Monday, February 22, 2010

Musibah keseronokan dunia!


LILY (kanan) membiarkan saja tindak tanduk bekas teman lelakinya kerana tidak mahu kehidupan rumahtangganya bergoncang.

“IA umpama malapetaka dalam hidup saya. Saya terpaksa mengorbankan hampir separuh gaji saya setiap bulan untuk diberikan kepada bekas teman lelaki.

“Jika saya lewat serahkan duit, dia mengugut akan menyebarkan gambar bogel dan rakaman aksi intim kami sewaktu bergelar kekasih, lima tahun lalu.

“Oleh kerana tidak mahu menanggung malu, saya terpaksa tunaikan permintaannya lebih-lebih lagi saya sudah bersuami sekarang,” ujar Lily, 27, wanita yang menjadi mangsa ugutan bekas teman lelakinya, R.

Sumber: Kosmo, 20 Jul 2009.

Alahai remaja...

Melihat pada senarai Orang Hilang di laman web PDRM, nampaknya hampir kebanyakan mereka yang hilang adalah terdiri dari anak-anak di dalam lingkungan umur belasan tahun...

Ada banyak kemungkinannya... sama ada mereka diculik atau mungkin juga atas kerelaan mereka sendiri kerana sudah kemaruk dengan cinta.



Betapalah kritikalnya kesan pada remaja berumur belasan tahun ini jika tidak dididik berpandukan pada agama dengan sempurna. Sesempurnanya...! Bukan tidak banyak kisah-kisah mereka yang beragama Islam tetapi cara hidupnya menunjukkan sebaliknya... Kata orang, lebih keBARATan dari orang BARAT! Salah agamakah...??? Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, segala kekurangan adalah kerana kelemahan diri sendiri. Ada yang berusaha untuk berubah, tak kurang juga yang hidup berpoya-poya, mati tak ingat! Wahai diri ini... muhasabah...

Betapa saya bersyukur kerana termasuk dalam golongan remaja yang berjaya melepasi segala tipu daya dan rengekan manja nafsu pada ketika itu... Syukur... syukur... syukur... manakan tidak... kerana saya juga pernah menempuh usia seperti anak-anak remaja itu dan memang bukan mudah untuk mengelakkan sesuatu yang menyeronokkan dan mengasyikkan... keseronokan dunia! :|

Firman Allah swt...
"Katakanlah keseronokan dunia ini hanya sebentar sahaja, manakala akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah An Nisa:77)

Firman Allah swt lagi...
"Apa yang ada pada kamu itu akan berakhir manakala yang di sisi Allah akan tetap kekal." (Surah An Nahl:96)

Rasulullah pernah bersabda...
Barang siapa hidup sebok memikirkan (laba) dunia maka nescaya Allah menyimpang perenangkan hidupnya Allah memporak-perandakan hartanya. Ia sentiasa akan merasa miskin (tidak puas-puas). Akan tetapi dunia tidak diperolehinya melainkan kadar yang telah ditentukan (oleh Allah). Barang siapa hidup mencari akhirat nescaya Allah bulatkan hatinya, Allah melindungi hartanya dan Allah jadikan hatinya sentiasa kaya manakala dunia pula akan diperolehinya dengan bersahaja.

Atau mungkin juga disebabkan suasana tegang di rumah mereka sendiri??? Wahai diri ini, teruslah bermuhasabah...

Obsesiku...

Adakalanya terasa seperti hilang fokus pada sesuatu perkara yang ingin dilakukan. Mungkin banyak sangat perkara yang nak dilakukan dalam satu-satu masa.

Antara yang dicita-citakan untuk dilaksanakan...
1) Nak bergerak aktif dengan kerja-kerja sukarelawan untuk kempen "Anda Bijak Jauhi Zina".
2) Memahami dengan lebih mendalam sistem yang diuruskan di pejabat walaupun di level sekarang saya perlu banyak mengasah skill pengurusan dan memotivasi orang lain. alahai... diri sendiri juga perlu dimotivasi adakalanya. :)
3) Menjalankan perniagaan Internet.

InsyaAllah semua ni dapat dilaksanakan dengan baik jika pandai menyusun waktu dengan baik. Setiap manusia sama saja diberikan peruntukan masa 24 jam sehari. Semuanya bergantung pada diri kita sendiri untuk memanfaatkan setiap saat yang diberikan Allah itu. Itulah yang akan cuba dilakukan setiap hari. Moga hari ini lebih baik dari semalam. Dan esok lebih baik dari hari ini.

Kenapa saya peduli?

Kebelakangan ni, heboh lagi terpampang di tv dan surat khabar tentang kisah-kisah buang anak. Yang paling melampau... bayi yang dibuang di dalam tong sampah dan dibakar! Allah... :(

Walaupun saya akui saya seorang yang agak tegas dalam mendidik anak, jiwa saya sebenarnya sangat mudah cair dengan anak-anak. Melihat wajah bayi-bayi yang dianiaya dengan begitu kejam membuatkan saya berfikir panjang. Apakah yang dapat saya sendiri lakukan dalam membantu menangani masalah sosial begini? Alhamdulillah dalam pencarian saya, saya telah terjumpa dengan blog Raudhatus Sakinah yang secara proaktif menyumbangkan tenaga dalam kempen mereka yang saya rasakan satu saluran yang sesuai dalam membantu menangani gejala tidak sihat ni.

Semoga gejala tidak sihat ini akan dapat dihapuskan terus dari bumi Malaysia yang tercinta ni... Amin...

Mari anak-anak



Pertama kali melihat video ini, dia terfikirkan sesuatu. Dia membayangkan jika salah seorang anak-anak comel yang menangis itu adalah anak-anaknya.

Sejujurnya dia berasa teramat sayu... walau apapun sebab tangisan mereka itu... sebagai ibu tentunya dia amat terharu... namun dia menjadi lebih sayu apabila mengenangkan betapa besarnya kesalahannya sebagai seorang ibu jika tidak dapat membimbing mereka ke jalan menuju Syurga...
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya mengkhianati amanah itu).” (Surah Al Anfal: 27)

Betapa dia insaf... Dia merasakan dia masih tidak menjadi seorang ibu yang terbaik untuk mereka... tapi dia memang sayangkan mereka... Sungguh...! Demi mereka dia akan terus berusaha... "Mari anak-anak mama, kita pegang tangan bersama-sama... Kita ikut jalan yang lurus itu!"
"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka, yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah At-Tahrim: 6)


Remaja & budaya hedonisme

Hedonisme – berasal dari perkataan Yunani iaitu hedon yang bermaksud "keseronokan".

Dari pengamatan penulis, budaya ini dilihat menepati strategi-strategi yang dirancang di dalam protokol-protokal Zionis seperti yang tercatat di bawah ini.

Protokol Keempat
Bangsa Yahudi mestilah menghapuskan segala bentuk kepercayaan agama serta mengikis daripada hati orang bukan Yahudi prinsip ketuhanan dan menggantikannya dengan perkiraan ilmu hisab serta lain-lain keperluan kebendaan. Fikiran orang bukan Yahudi mestilah dialihkan ke arah memikirkan soal perdagangan dan perusahaan supaya mereka tidak ada masa untuk memikirkan soal-soal musuh mereka. Akhirnya segala kepentingan akan jatuh ke tangan Yahudi.

Protokol Kesembilan
Yahudi akan mendirikan kerajaan diktator dengan membuat dan melaksanakan undang-undang yang tegas, iaitu undang-undang yang akan membunuh tanpa pengampunan. Yahudi akan merosakkan moral pemuda-pemuda bukan Yahudi dengan menanamkan teori-teori palsu dan ilmu-ilmu yang batil.

Protokol Ketigabelas
Bagi memastikan kejayaan usaha-usaha memonopoli dan mempercepatkan proses keruntuhan, maka bangsa Yahudi hendaklah menghapuskan golongan korporat dari bukan bangsa Yahudi di samping mengadakan spekulasi dan menyebarkan projek mewah, pesta-pesta serta pelbagai bentuk hiburan lain di kalangan bangsa bukan Yahudi kerana semua ini akan menelan kekayaan mereka. Untuk mengalih perhatian orang bukan Yahudi daripada memikirkan persoalan politik, maka agen Yahudi hendaklah membawa mereka kepada kegiatan-kegiatan hiburan, olahraga, pesta-pesta, pertandingan kesenian, kebudayaan dan lain-lain lagi.

Nota:
Protokol Yahudi telah dibawa ke pengetahuan umum pada tahun 1901M, apabila seorang wanita Perancis telah mencuri naskhah protokol ini daripada seorang pemimpin tertinggi Freemasonary. Wanita tersebut telah mencurinya di akhir muktamar rahsia (Jewish Masonic Conspiracy) yang diadakan di Perancis.

Di dalam naskhah asalnya tidak digunakan kalimah “Yahudi” kecuali di dalam dua tempat sahaja. Ianya hanya menggunakan perkataan “Kita” dan “Orang bukan Yahudi”. Protokol-protokol ini telah diterjemahkan ke bahasa Arab oleh Ust Mohd Khalifah Attunisi di bawah tajuk “Protokol Hukama Sohyuni”.

Apa tujuan mereka? Tidak lain dan tidak bukan tentunya kerana hasrat tamak mereka yang ingin menguasai seluruh dunia melalui agenda New World Order mereka.

Adakah sesiapa yang dapat nafikan akan peranan penting generasi muda sebagai bakal pemimpin di masa hadapan? Seperti kata Imam Al-Ghazali "Sekiranya kamu ingin melihat masa depan sesuatu bangsa, maka lihatlah generasi mudanya." Dapatkah kita membayangkan bagaimana wajah-wajah kehidupan di dunia ini di masa hadapan jika generasi muda hari ini yang diharapkan bakal memimpin tetapi rosak pemikiran dan akhlaknya? Dengan terhasilnya generasi muda seperti ini akan melicinkan perancangan mereka untuk mengawal manusia yang telah berjaya mereka lalaikan dengan dunia keseronokan ini dengan mudah sahaja!

Lihat sajalah wajah-wajah generasi muda hari ni yang terumbang-ambing dan terjerumus di dalam gejala-gejala tidak sihat seperti seks di luar nikah, seks di luar tabii, ketagihan arak dan dadah, merempit dan terlalu tenggelam di dalam dunia keseronokan hiburan.

Bilakah agaknya kita semua pemimpin, ibu bapa malah anak-anak remaja itu sendiri akan tersedar? Tidakkah kita bimbang jika di atas kelewatan kita untuk sedar dan bertindak, segalanya telah terlambat! Atau mungkinkah juga protokol ketigabelas itu telahpun berjaya dilaksanakan ke atas diri kita sendiri? Tidakkah kita sedar atau mungkinkah kita tidak ambil kisahpun akan peperangan minda yang dilaksanakan ke atas diri kita. Sesungguhnya perang saraf ini lebih hebat kesannya dari perang fizikal yang melukakan dan mencederakan diri kita. Peperangan ini bukan lagi antara agama atau kaum atau negara tapi peperangan ini antara mereka yang bercita-cita besar untuk menguasai seluruh dunia dan mentadbir dunia mengikut kehendak nafsu mereka sendiri dan menjadikan yang lain-lainnya tunduk di bawah kekuasaan mereka. Sama-sama kita mengambil iktibar dan melihat dengan mata hati.

Firman Allah yang bermaksud: "Dan tidaklah penghidupan dunia itu melainkan permainan dan kelalaian. Dan sesungguhnya negeri akhirat adalah lebih baik bagi orang yang berbakti. Oleh itu tidakkah kamu mahu berfikir." (Surah Al-An'am, ayat 32)

Dunia ini diibaratkan sebagai permainan dan melalaikan. Permainan itu akan tamat apabila tiba masanya. Kesenangan dan kemewahan dalam erti kata sebenarnya ialah kesenangan dan kemewahan di akhirat yang kekal selama-lamanya.

Hal ini jelas daripada firman Allah yang bermaksud: "Dan sebutlah (ingatlah) nama Tuhanmu serta sembahyang. Tetapi kamu lebihkan penghidupan dunia, pada hal akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah Al-A'la, ayat 15, 16 dan 17)

Saranan bacaan lanjut:
1) Ehoza.
2) Probiotik Team

ANTARA IMPIAN DAN KENYATAAN

Ketika lepas bebas di alam remaja
Impianku tidak mengenal batasan..
Aku ingin MENGUBAH DUNIA.

Bila usia meningkat dewasa
Dan aku semakin matang
Kusedari…
Rupanya dunia tidak akan berubah
Lalu aku bataskan jangkauan..
Memadailah jika..
Aku dapat MENGUBAH NEGARA
Namun ini juga tidak kesampaian.

Di usia senja..
Pilihan terakhirku ialah..
Untuk MENGUBAH KELUARGA
Dan mereka yang terdekat
Malangnya…
Mereka juga tidak mampu ku ubah.

Kini…
Di perbaringan menanti maut
Baru ku sedari..
(Mungkin buat kali pertama)
Andainya dahulu yang pertama ku ubah..
Adalah DIRI SENDIRI..
Dengan menunjukkan teladan yang baik
Pasti aku dapat MENGUBAH KELUARGA.

Lantas…
Dengan sokongan..
Dan dorongan semangat mereka
Aku pasti mampu MENGUBAH NEGARA.

Dan siapa tahu…
Mungkin juga…
AKU MAMPU MENGUBAH DUNIA!

ABU SAIF
www.saifulislam.com