Saturday, October 31, 2009

Promosi kempen "Anda Bijak Jauhi Zina"

Salam, kali ni nak berkongsi info tentang satu program proaktif dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada para remaja dan belia tentang akibat zina. Program ini dikendalikan oleh pihak Raudhatus Sakinah.

Ada baiknya juga kita bersama-sama cuba mempromosi program ini kepada pihak2 sekolah di kawasan masing-masing. Moga sedikit sebanyak menjadi bekalan amalan dari usaha kecil kita ni.



PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKSI REMAJA
ANDA BIJAK JAUHI ZINA
(BE WISE AVOID ZINA)

Disediakan untuk
REMAJA SEKOLAH MENENGAH / IPT

TEMA
* ADA APA DENGAN CINTA
* BERAPA HARGA DIRIMU
* TABIAT TAK PE REMAJA BINASA

Kandungan Program:
 Slot 1: Penciptaan Manusia dan Peranan mereka di dunia
o Slide show kejadian manusia
o Memahami tubuh badan dan Fungsi Sistem Reproduksi
o Hak dan Tanggungjawab Reproduktif
o Akibat apabila manusia menyimpang daripada tujuan asal penciptaan mereka

 Slot 2: Apa itu Cinta dan Seks ?
o Pengenalan cinta dan seks
o Akibat perangkap cinta
o Perlukah remaja bercinta di bangku sekolah?

 Slot 3: Akibat zina dan cinta terlarang
o Pengenalan penyakit kelamin STD, HIV dan AIDS
o Kesan dan risiko penyakit
o Kemurungan, bunuh diri
o Hamil luar nikah
o Teknik dan akibat Pengguguran
o Masalah sosial - anak tak sah taraf

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
Puan Munirah Binti Almubarak
Eksekutif Pentadbiran Raudhatus Sakinah
Lot 300.2 Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-41073379 / Fax : 03-41071754
HP: 0132526952
Website : wanita.jim.org.my

Raudhatus Sakinah @ http://rspusat.wordpress.com/

Contoh email promosi saya kepada pihak sekolah di kawasan setempat.

Assalamualaikum w.b.t,

Puan Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK.......,

Sukacita ingin saya mengemukakan satu cadangan kepada pihak sekolah. Atas rasa keprihatinan terhadap pelbagai gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja dan belia masa kini, di sini saya panjangkan satu kertas kerja bertajuk "Program Pendidikan Kesihatan Reproduksi Remaja, Anda Bijak Jauhi Zina" untuk pertimbangan pihak Puan.

Puan bolehlah menghubungi Puan Munirah Bt Almubarak melalui maklumat perhubungan yang telah disertakan di dalam kertas kerja tersebut sekiranya berminat.

Semoga kita sama-sama beroleh kebaikan di atas segala perbuatan 'amar makruf nahi mungkar' ini. Amin... InsyaAllah...

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Firman Allah s.w.t: Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” Mereka menjawab: “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.” (Surah al-A’raf [7]: 164)

Terima kasih.

p/s: Anda boleh mendapatkan softcopy kertas kerja ini yang disediakan oleh pihak Raudhatus Sakinah daripada saya jika berminat membantu mempromosi program ini.

Tuesday, October 27, 2009

Do & don't!

Diminta jangan bercium selama lima bulan

ANKARA - Menteri Kesihatan Turki, Recep Akdag meminta rakyat di negara itu untuk mengelak bercium atau berjabat tangan selama lima bulan, lapor sebuah akhbar di sini semalam.

Kenyataan itu dibuat selepas kes kematian pertama akibat virus selesema babi atau Influenza A (H1N1) dilaporkan berlaku di negara itu.

***

Seluar panjang haram di Aceh

GAMBAR fail menunjukkan beberapa wanita berjalan di Masjid Baiturrahman, Aceh.

BANDA ACEH - Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.

Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Sumber: Kosmo, 28 Okt 2009.

Monday, October 26, 2009

Gejala sosial, bagaimana nak atasi?

REMPIT

Dalam kes terbaru, seorang eksekutif lelaki berusia 24 tahun yang bertugas di KLCC menjadi mangsa apabila mangsa dipukul sebelum disamun sekumpulan lima Mat Rempit yang membelasah mangsa beramai-ramai.

Mangsa berkata, dalam kejadian jam 8 pagi Jumaat lalu, dia sedang berjalan ke tempat kerja melalui Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni, di sini.

Dia yang enggan namanya didedahkan berkata, suspek berusia 20-an dan menunggang motosikal menahannya dan bertanyakan sesuatu.

“Seorang daripada kumpulan lelaki terbabit muncul dari belakang sebelum mencekik leher saya,” katanya.

Menurutnya, suspek turut memukul dan menampar mukanya beberapa kali.

“Suspek merampas dompet duit dan telefon bimbit saya yang berjumlah lebih RM1,000 sebelum lari diri,” katanya yang membuat laporan polis selepas kejadian.

Sumber: Harian Metro, 27 Okt 2009.

Hmm... sekarang ni tak berapa ramai yang rajin nak conduct program2 untuk budak2 ni... yang nak buat masalahnya banyak! Mungkin boleh buat aktiviti gotong-royong bersih rumah warga emas ke, rumah anak yatim ke, rumah orang susah ke instead of program-program yang lebih bercorak hiburan dan suka-suka. Ataupun boleh je buat program untuk diorang menguji skill di litar ke... sama-sama kita fikir-fikirkan.

Sedang berlegar di fikiran

Sebentar tadi saya menonton Madrasah Salsilah Rasulullah di Astro Oasis. Kali ni berkisarkan kehidupan adik Fatimah di Mesir yang mempunyai pertalian darah Rasulullah s.a.w. Dapat dilihat masjid-masjid di sana dibuka selain ketika masuk waktu solat untuk aktiviti-aktiviti kerohanian seperti membaca dan menghafal Al-Quran, hadis2 dan sebagainya. Alangkah baiknya jika di Malaysia juga dipraktikkan begitu tapi apakan daya dunia sekarang terlalu menuntut kita untuk mengejar fulus demi survival hidup di dunia hingga adakala terleka untuk kumpul bekalan ke alam Akhirat... peringatan buat diri sendiri...

Sambil minum petang siang tadi, bercerita dengan hubby tentang blog wanita istimewa ini Ummi Roses yang begitu berani menegur anak2 remaja di KL pada satu ketika yang berkelakuan tidak senonoh dengan temannya. Begitu nekadnya beliau. Pada hemat saya, keberanian beliau itu disebabkan pengalaman beliau berhadapan dengan anak-anak remaja perempuan yang berada di bawah penjagaannya di Raudhatus Sakinah. Beliau tentu tidak sanggup melihat lebih ramai anak-anak remaja ini terjerumus dalam masalah yang sama. Tindakan beliau tentunya kerana berpegang pada prinsip "mencegah lebih baik daripada merawat". Dan saya sangat bersetuju.

Alangkah baiknya jika anak-anak remaja ini dapat dipupuk minat mereka ke arah beramal kepada masyarakat seperti menziarahi golongan pesakit2 di hospital, bergotong royong di rumah-rumah anak yatim atau golongan warga tua dan sebagainya.

Alangkah banyak yang boleh dilakukan sebagai bekalan amalan tetapi entah kenapa diri sering saja lebih gemar tidak berbuat apa2 dan membuang masa... :(

Saturday, October 24, 2009

Hari mengenang nostalgia...

Hari ni bukan main giat lagi scan gambar-gambar kenangan kembara ilmu satu ketika dulu. Hubby menyakat... "kira hari ni hari mengenang nostalgia la ni..." sambil tersenyum sinis... mau tak sindir... sibuk scan gambar sampai terlupa nak bancuh kopi tuk dia... ;b

Friday, October 23, 2009

Bajet 2010

netbook dan broadband untuk pelajar universiti dgn bayaran RM50 sebulan selama 2 tahun.

Ayuh techno daie!

Thursday, October 22, 2009

1Ummah!

InsyaAllah... satu hari nanti impian akan tercapai. Perjalanan yang jauh menuju satu destinasi bermula dengan langkah pertama!

Penduduk Islam Sedunia 1.57 bilion

WASHINGTON - Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.

Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.

Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.

"Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.

Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.

Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.

Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.

Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.

Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.

Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta). - AP

Sumber: Kosmo, 9 Okt 2009.

Bayi Al-Quran

Pada hemat saya... memang Allah berkuasa membuat apa-apa saja... keajaiban ada di sekeliling kita memang telah sekian lama. Matahari, bulan, alam semesta, diri kita sendiri... tiada apa yang perlu dihairankan. Yang penting kita beriman pada-Nya dengan menuruti segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya yang terkandung di dalam Al-Quran. Selain berkempen 1Malaysia... ada lagi satu kempen yang perlu dihebah-hebahkan... "Kita bijak mendekati Al-Quran!"

Bayi al-Quran diserbu


SEORANG ulama mendukung Ali di rumahnya di Kizlyar pada Isnin lalu.

KIZLYAR - Seorang bayi ajaib, Ali Yakubov membawa harapan keamanan kepada penduduk Dagestan, wilayah selatan Rusia yang majoritinya orang Islam selepas kehidupan mereka terseksa akibat keganasan agama yang berlarutan.

Pada minggu ini, beratus-ratus pelawat berbaris panjang untuk melihat bayi berusia sembilan bulan itu selepas beberapa ayat suci al-Quran muncul pada tubuhnya pada setiap Isnin dan Jumaat sebelum hilang dan digantikan dengan ayat baru.

Pada setiap hari, kira-kira 2,000 pelawat daripada 20 juta penduduk Islam Rusia datang untuk melihat bayi ajaib itu.

Di luar kediaman ibu bapa bayi berkenaan iaitu Shamil Yakubov dan isterinya, Madina Yakubov, kedua-duanya berusia 27 tahun, orang ramai dilihat berdoa sambil mengucapkan kesyukuran kepada Tuhan.

"Allah melindungi Dagestan," kata Akhmed Khadzhy iaitu seorang pesara dari Khasavyurt, bandar di sempadan Chechnya selepas tiga orang maut dalam pertempuran antara pasukan keselamatan Dagestan dan militan Islam pada malam sebelumnya.


KULIT Ali yang mengandungi ayat al-Quran.

Berwarna merah jambu dan panjang beberapa sentimeter, ayat suci al-Quran bermaksud bersyukur kepada Allah jelas tertera pada kaki kanan bayi itu pada minggu ini, kata beberapa pemimpin Islam.

Sekumpulan wartawan asing yang melawat bayi itu dapat menyaksikan dengan mata mereka sendiri, satu huruf tiba-tiba muncul selepas ayat tersebut hilang.

"Keajaiban ini adalah isyarat Tuhan supaya kita tampil untuk membantu saudara seagama kita bagi mengembalikan keamanan," kata seorang pemimpin di Kizlyar, Sagid Murtazaliyev.

"Kita jangan lupa bahawa wilayah ini dilanda peperangan," jelasnya kepada pihak media yang diundang untuk menyaksikan keanehan itu yang disifatkan sebagai isyarat Tuhan.


ALI dikerumuni orang ramai di rumahnya.

Bukti keajaiban itu merupakan isyarat Tuhan turut diperkuatkan dengan fakta bahawa bapa bayi itu bertugas dalam pasukan polis dan sering menjadi sasaran pembunuhan militan Islam di Dagestan yang dikuasai Rusia.

Para pemimpin tempatan pernah memaklumkan kepada Presiden Rusia, Dmitry Medvedev bahawa mereka sukar membendung penentangan kumpulan-kumpulan militan Islam yang didalangi rangkaian Al-Qaeda.

Akibatnya, keamanan yang dinikmati selama beberapa tahun di wilayah Dagestan, Ingushetia dan Chechnya musnah susulan pengeboman berani mati dan serangan bersenjata terhadap pihak polis dan pasukan keselamatan. - Reuters

Sumber: Kosmo, 23 Okt 2009.

*****

Ayat al-Quran pada kulit bayi


SEBAHAGIAN ayat al-Quran pada kulit Ali.

MOSCOW - Pakar-pakar perubatan di Rusia bingung berikutan penemuan ayat-ayat suci al-Quran dan Arab pada kulit seorang bayi berusia sembilan bulan di Dagestan, Rusia, lapor sebuah akhbar semalam.

Ayat-ayat itu muncul pada belakang, tangan, kaki dan perut Ali Yakubov pada setiap malam Isnin dan Jumaat sebelum hilang tetapi diganti dengan beberapa ayat al-Quran baru dua kali seminggu.

Pakar-pakar perubatan Rusia menyatakan, mereka tidak tahu bagaimana fenomena itu boleh berlaku selepas perkataan Allah mula muncul pada dagu bayi tersebut ketika dia berusia beberapa minggu.


MADINA mendukung anaknya, Ali.

Namun, ketika mengulas mengenainya, pakar-pakar perubatan dan keluarga bayi itu mengaku bahawa ayat-ayat suci itu menjelma sendiri pada badan Ali dan bukan ditulis oleh manusia.

"Ali akan berasa kurang sihat manakala suhu badannya meningkat kepada 40 darjah Celsius setiap kali ia berlaku menyebabkan dia menangis," kata ibunya Madina Yagubova.

Kini, tempat Ali dilahirkan iaitu di Kampung Red Oktober, Dagestan menjadi tumpuan orang ramai yang mahu melihat keanehan itu.


SEPOTONG ayat al-Quran pada peha Ali.

Paparan mengenai kejadian aneh di Dagestan, wilayah selatan Rusia yang menjadi sasaran pertempuran antara tentera Rusia dengan pejuang-pejuang Islam itu turut dipaparkan di laman perkongsian video YouTube.

"Ali merupakan tanda kebesaran Tuhan. Kelahirannya di Dagestan bagi menyedarkan penduduknya supaya bersatu," kata seorang ahli parlimen di wilayah itu, Akhmedpasha Amiralaev. - Agensi

Sumber: Kosmo, 21 Okt 2009.

Akibatnya...



CARDIFF - Gambar seorang wanita mabuk dengan seluar dalamnya terlondeh sehingga di bahagian buku lali dan berjalan terhuyung hayang telah memberi kejutan berhubung budaya minum arak di Britain, lapor sebuah akhbar semalam.

Sumber: Kosmo, 23 Okt 2009.

Wednesday, October 21, 2009

Program Anakku Anak Soleh



Daftar kakak (anak sulung) untuk ikuti program ni. Mamanya dah daftar dulu baru tanya anak daranya. Mamanya seperti biasa menggunakan kuasa vetonya. Alhamdulillah kakak eager sangat nak join. Siap nak ajak kawan-kawan lagi tu :)

Monday, October 19, 2009

Perjalanan hidup



Dari mana?

"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)." (Surah Yaasin: Ayat 77)

Selingan fakta sains yang amat menarik!
The testicle lies inside the scrotum and produces as many as 12 trillion sperm in a male's lifetime, about 400 million of which are ejaculated in one average intercourse. Each sperm takes about seventy-two days to mature and its maturity is overseen by a complex interaction of hormones.

Sumber: Innerbody

Komen saya...
Wah! 400 million! Bayangkan dalam 400 million tu, kita pulak yang satu-satunya ni terpilih untuk membesar di dalam rahim ibu tercinta dan seterusnya dilahirkan ke dunia dan menjadi seperti diri kita sekarang ni!

Ya! Itulah kita! Kita sememangnya hebat kerana kita adalah seorang pejuang! Pejuang yang berjuang untuk mendapatkan peluang menghirup udara dunia yang percuma ni!

Soalan kedua yang bermain di minda...

Hendak ke mana pula?

"Sesungguhnya aku jadikan manusia sebagai khalifah di bumi." (Surah Al-Baqarah: Ayat 30)

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”(Surah az-Zariyat: Ayat 56-57)

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (sesaja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) ‘Arasy yang mulia”.(Surah Al-Mukminun: Ayat 115-116)

"Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya." (Surah Hud: Ayat 61)

Lagi persoalan yang bermain-main di minda...

Apakah perkara yang pastinya lambat-laun dihadapi oleh setiap manusia?

“Dan mereka berkata: Kehidupan ini tidak lain hanyalah kehidupan di dunia sahaja, kita mati dan kita hidup dan tiada yang dapat membinasakan kita melainkan masa.” (Surah al-Jaathiyah: Ayat 24)

“Dan tiadalah kehidupan di dunia ini melainkan senda gurau dan mainan belaka. Dan sesungguhnya akhirat itulah sebenarnya kehidupan, jika mereka mengetahui.” (Surah al-Ankabut: Ayat 64)

Yup! Mati! Mana ada manusia yang tak mati-mati bukan? Manusia yang paling lama hiduppun setakat 122 tahun je setakat ni.

Lagi fakta menarik!

Foto: Jeanne Calment.

The longest unambiguously documented lifespan is that of Jeanne Calment of France (1875–1997), who died aged 122 years and 164 days.

Sumber: Wikipedia

Soalan terakhir yang bermain di minda saya sekarang ini...

Apakah persediaan kita untuk menuju ke destinasi akhir kehidupan manusia ni?

"Sesungguhnya solatku, ibadatku, hidup dan matiku hanya kerana Allah Tuhan sekalian Alam."

"Hai sekalian manusia, bertaqwalah kepada Rabb-mu yang telah menciptakan kamu dari yang satu, dan daripadanya Allah menciptakan isteri (untukmu), dan daripada keduanya Allah memperkembang-biakkan lelaki dan perempuan yang banyak (ramai)! Dan bertaqwalah kepada Allah, yang dengan (mempergunakan) nama-Nya kamu saling meminta satu sama lain! Dan (peliharalah) hubungan silaturrahim! Sesungguhnya Allah selalu menjaga dan mengawasi kamu." (Surah An-Nisa' : 1).

Ehm... Nampaknya inilah kitaran hidup... last2 sekali berbalik ke soalan pertama... anak2 kita pulak yang dilahirkan. Mereka juga semuanya hebat... I love my 4 little Khalifahs! :)

Terima kasihlah kerana sudi membaca omongan kosong saya ni... Omongan kosong ke?

Rujukan saya lagi di laman web Science And Islam.


Sebenarnya saya sangat suka dengan video ni cuma di hujung-hujungnya tu ehmm... so-so... maaf... untuk education ya. Err... can somebody help me to cut that part?

Sokong TV Islam!

Saya sangat menyokong usaha murni pihak JAKIM ini. Memang telah terbukti minda manusia sangat mudah terpengaruh dengan apa yang dilihatnya hari-hari terutamanya pengaruh dari TV! Kalau hari-hari asyik disogokkan dan diperlihatkan dengan perkara-perkara yang melanggar hukum syariat, maka begitulah juga bentuk pemikiran yang akan terhasil dalam minda manusia! Tahniah JAKIM! Tak sabar menunggu penyiarannya dilaksanakan di seluruh Malaysia.


Prof. Madya Dr. Zulkiple Abd. Ghani

MEGA: Malaysia bakal memiliki TV Islam melalui TV JAKIM. Apakah ciri-ciri yang perlu ada di dalamnya?

DR. ZULKIPLE: Pertamanya kita bersyukur kerana telah sekian lama suara mewujudkan TV Islam, akhirnya idea tersebut kini mula mendapat perhatian. Jangan lupa bahawa di Iran usaha ini telah dimulakan sejak tahun 1979.

Kita boleh belajar dari mereka di mana-mana yang perlu. Berkaitan dengan ciri-ciri, paling kurang kita kena tengok tiga perkara penting.

Pertama, dari sudut falsafah dan dasarnya. Yang jelas ia akan menjadi panduan ke mana hala tuju TV Islam ini. Islam mengutamakan fikiran dan ilmu. Kita tidak boleh simplistik, dengan mengatakan biar penerbit menentukan. Mereka tahu apa yang perlu dibuat.

Jika kita banding ada TV dikendali secara free-enterprise, ada berbentuk public broadcasting malah ada berbentuk autoritarian. Kita kena tentukan dasar ini secara jelas.

Di peringkat permulaan ini, falsafah kita ialah TV Islam mesti menggambarkan Islam dalam erti kata sebenarnya. Dulu kita sebut Islam syumul atau Islam sebagai cara hidup.

Justeru sebagai alat atau seperti yang selalu disebut the medium is the message, TV Islam adalah gambaran tentang Islam itu sendiri. Islam yang mengutamakan kesejahteraan, keamanan dan kebahagiaan hidup.

Ia membawa kita kepada perkara atau ciri yang kedua, iaitu tentang pengisian program. Programnya tentulah juga bersifat komprehensif seperti dikehendaki oleh Islam.

Islam mengajar tentang prinsip berekonomi, beribadat, berpolitik, bersosial, berhibur dan semua aspek dalam kehidupan. TV Islam tentulah tidak setakat program membaca al-Quran atau memahami hadis-hadis walaupun ini antara yang terpenting.

Program boleh datang dalam pelbagai format dan tidak terhad kepada talk show atau forum sahaja. Malah kini kreativiti dan inovasi adalah satu tuntutan dalam persaingan merebut minat khalayak.

Juga kita kena lihat dari sudut model, yang ketiganya. Kita tahu kos mengendalikan sebuah stesen TV bukan murah. Ia memerlukan jutaan ringgit, juga sumber tenaga mahirnya.

Jadi kita kena fleksibel dalam perkara-perkara tertentu, misalnya tentang iklan dan kreativiti. Kita kena tentukan beberapa kriteria yang memenuhi kehendak Islam, di mana kita tidak berkompromi dalam perkara pokok tapi kita membuka ruang seluas-luasnya untuk kreativiti.

TV Jakim itu nanti pastinya menimbulkan skeptism. Adakah bentuk hiburannya nasyid dan qasidah sahaja?

DR. ZULKIPLE: Kita tahu sebab selama ini bila disebut rancangan 'agama' TV kita sudah dibentuk sejak sekian lama. Misalnya kita mula TV dengan bacaan al-Quran dan tutup dengan doa.

Juga kita macam sudah sebati dengan format forum dan ceramah. Satu yang mesti kita sedar ialah bagaimana kita perlu branding baru. Kita bukan lagi menumpang waktu siaran tapi mengendalikan sebuah stesen sendiri.

Sudah tentu TV Islam ini akan mempunyai kategori rancangannya sendiri. Kita akan ada berita, rancangan bersifat informasi, hiburan, program realiti, drama, dokumentari malah program juga perlu disusun untuk setiap lapisan umur dan minat khalayak. Apa pun kita perlu bermula dan menambah baik dari semasa ke semasa.

Ada juga yang beranggapan penelitian dari segi etika dan ketepatan berita mengikut Islam di mana tidak membenarkan ruangan seperti gosip dan sensasi akan menyebabkan TV kehilangan penonton?

DR. ZULKIPLE: Sebenarnya ruang berkarya untuk TV Islam cukup luas. Kita tidak boleh melihat kepada beberapa praktik negatif seperti gosip liar, fitnah dan adu domba.

Kita kena bina sebuah model yang mengutamakan kesejahteraan, perpaduan dan saling hidup bersama dengan keadaan rukun damai. Fitrah manusia cenderung kepada perkara-perkara yang baik.

Kita tahu persaingan merebut minat khalayak adalah terlalu sengit kini dengan puluhan rangkaian yang ada. Setiap rangkaian ada peminat tersendiri. TV Islam memang perlu bersaing dengan satu standard yang tinggi.

Kita cukup positif bahawa khalayak yang mengutamakan tamadun, ilmu, etika perlu dibentuk dan menjadi kelompok terbesar dalam negara kita.

Apabila dilancarkan kelak, ini membuka lembaran baru bagi Malaysia dalam mempelopori TV Islam. Bagaimana usaha ini dapat diperhebatkan untuk manfaat negara-negara di bawah Persidangan Negara-negara Islam (OIC)?

DR. ZULKIPLE: Seperti yang saya sebutkan, Iran sebagai sebuah negara OIC telah memulakan usaha ini sejak sekian lama.

Mereka melalui fasa jatuh bangun yang kita boleh pelajari dan laksanakan apa yang sesuai di negara kita. Malah banyak pengalaman itu ditulis oleh para sarjana mereka.

Misalnya mereka berjaya menerbitkan filem-filem yang memenangi anugerah antarabangsa, tapi masih dalam lingkungan syariat. Kita memang boleh menggembleng sumber-sumber yang pelbagai di negara OIC. Kita perlu belajar bagaimana mewujudkan sebuah production house seperti Hollywood yang mampu membekalkan penerbitan-penerbitan berkualiti dalam acuan kita sendiri.

Seperkara yang menghantui TV Islam adalah tentang pengiklanan. Mampukah ia bertahan dan apakah akan ada mereka yang mahu mengiklan di TV itu nanti?

DR. ZULKIPLE: Sebenarnya pengendalian sebuah stesen TV mempunyai strukturnya tersendiri. Kita perlu fahami bagaimana untuk bersaing secara sihat dan boleh bertahan (survive).

Iklan adalah sebahagian dari sumber pendapatan bagi stesen TV dan ia perlu di sokong oleh entiti perniagaan kita. Ia adalah berdasarkan konsep menang-menang, bukan setakat untuk memberi sahaja tanpa 'pulangan'.

Pun begitu, saya percaya di peringkat permulaan ini, strategi-strategi tertentu telah difikirkan untuk memastikan TV Islam di bawah kendalian Jakim boleh muncul sebagai saluran alternatif.

Malah dengan pengendalian yang bijak, disokong pula oleh khalayak yang matang, ia akan menjadi titik sejarah baru bagi negara kita.

Jangan lupa kita juga perlu belajar bagaimana rangkaian lain seperti al-Jazeera mampu ke peringkat antarabangsa.

Sumber: Utusan

Chicken pox menyerang lagi!

Seorang lagi mangsa terbaru telah dikenalpasti dijangkiti chicken pox iaitulah dia my hubby. Habis bengkak-bengkak mukanya. Seriyau jugak menengoknya. Macam manalah kalau kena kat diri sendiri? Sabarlah ye hubby...

Pesanan buat diri sendiri dan hubby tersayang...
Dari Abdullah r.a katanya: “Aku datang mengunjungi Rasulullah s.a.w ketika beliau sakit, lalu kusentuh Baginda seraya berkata “Ya, Rasulullah! Demammu bertambah teruk.” Jawab Baginda, “Memang demamku sama dengan dua orang kamu.” Kataku pula,“ semoga anda mendapat pahala berganda pula.” Jawab Baginda : “Semoga!” Kemudian sabda baginda pula: “Tidak ada seorang Muslim yang ditimpa cubaan berupa sakit dan sebagainya melainkan dihapuskan Allah Taala dosa-dosanya seperti pohon kayu menggugurkan daunnya.”

Anas r.a berkata, Rasulullah bersabda “Bahawa besarnya sesuatu balasan itu menurut besarnya sesuatu bencana ujian, dan bahawa Allah apabila mengasihi sesuatu kaum diuji mereka, kemudian sesiapa yang menerima ujian itu dengan reda, maka dia akan beroleh keredhaan Allah, dan sesiapa yang bersikap keluh kesah serta benci menerima ujian itu, maka dia akan mendapat kemurkaan daripada Allah.” (Riwayat At-Tirmidzi dan Ibnu Majah)

Sunday, October 18, 2009

Life is about making choice...

Life is about making choice...


Foto: fadhlyoke


Foto: thegreenhead

Madu atau racun??? Apa ke halnya aku nak minum racun???


Foto: Minaq Jinggo


Foto: Pembina N9

Nak gi konsert ke ceramah? Hish apa ke soalannya ni? Tentulah tengok konsert lagi syiok!


Sekadar gambar perhiasan dunia.


Foto: Hizbut Tahrir

Pakaian tutup aurat atau yang ketat lagi terdedah? Err... tutup aurat? Ergh... rimas... panas!!!


Foto: info-jariah.blogspot.com


Foto: puadede.com

Gotong royong di rumah anak yatim atau merempit di jalan raya? Remp-It la lagi syiok... menang dapat hadiah awek cun...

Syurga atau Neraka??? Hmm...

Katakanlah, "Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu..." (QS 5:100)

"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." (QS 79 : 37-41)

Allah berfirman dalam Quran: "Tiap-tiap yang bernyawa pasti akan merasakan mati.Dan sesungguhnya pada hari kiamat sajalah disempurnakan pahalamu. Barangsiapa dijauhkan dari neraka dan dimasukkan kedalam syurga,maka sungguh ia telah beruntung, Kehidupan dunia itu tidak lain hanyalah kesenangan yang memperdayakan." (Surah Ali Imran : 185)

Allah Taala berfirman yang bermaksud: “Dan (sebaliknya) sesiapa yang berada di dunia ini (dalam keadaan) buta (matahatinya), maka ia juga buta di akhirat dan lebih sesat lagi jalannya” (Surah al-Israa’ :72)

Wajah-wajah generasi pewaris ummah

Sedih mengenangkan bahawa beginilah suasana persekitaran yang akan ditempuhi oleh anak-anak. Hanya usaha membekalkan mereka dengan iman sajalah yang mampu mengawasi langkah-langkah mereka. Diri ini akan terus berusaha sedaya-upaya dan kepada Allah sahajalah diri ini berserah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu". (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Wahai diri ini! Wahai mereka yang sedang memegang kekuasaan! Kita sama-sama punya amanah!
"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia ubah dengan tangannya, jika tidak sanggup, maka dengan lidahnya, jika tidak sanggup juga dengan hatinya,tetapi itu adalah selemah-lemah iman. (Hadis riwayat Muslim)

Jadikan Al-Quran panduan hidup kerana di dalamnya terkandung segala jawapan kepada setiap persoalan hidup di dunia ini.

Laksanakanlah hukum dari ketetapan Allah agar terhindar dari segala punca kepada kerosakan akhlak yang melanda di mana-mana saja sekarang ini.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hakamnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. (Surah Al-Baqarah:208)


Allah SWT berfirman: "(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah al-A'la: 16-17)

TIGA gadis Melayu menari atas meja sebuah pusat hiburan di KL Sentral dalam intipan wartawan Kosmo! baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Pengunjung sebuah pusat hiburan di KL Sentral seolah-olah ingin menunjuk handal apabila tanpa segan silu meneguk arak serta melakukan tarian aksi lucah di atas meja yang dituang arak dan dinyalakan api.

Mereka yang rata-ratanya gadis Melayu, berpakaian seksi berdiri di atas meja penerima pesanan dan mula menari dengan aksi menggiurkan mengikut irama muzik yang rancak.

Melihat akan gerak-geri tarian mereka, perbuatan gadis terbabit seolah-olah meniru budaya Patpong yang terdapat di Thailand.

Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana pusat hiburan terkenal dan beroperasi sejak hampir dua tahun itu boleh menjalankan perniagaannya melebihi masa yang ditetapkan, seolah-olah pengusahanya 'kebal' daripada tindakan undang-undang.

Umum sedia maklum, semua pusat hiburan hanya dibenarkan beroperasi hingga pukul 3 pagi tetapi pemilik premis itu dengan selamba melanjutkan perniagaannya sehingga pukul 5 pagi.

Difahamkan, premis tersebut bukan sahaja dikunjungi oleh golongan remaja yang inginkan kehidupan bebas.

Seorang pengunjung yang jelek dengan gejala itu telah membawa wartawan Kosmo! meninjau premis berkenaan baru-baru ini

Dia yang ingin dikenali sebagai Faris, 30-an memberitahu, kegiatan seperti itu bukan lagi satu keganjilan bagi warga kota kerana pengunjung di kalangan orang Melayu yang datang ke situ dianggap sebagai orang yang dihormati dan mempunyai cita rasa tinggi.
Katakanlah, "Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu..." (QS 5:100)

"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." (QS 79 : 37-41)

Tak sanggup rasanya menanggung bala bencana dari-Nya. Tak mustahil jika kita asyik terleka!

Saturday, October 17, 2009

Anak haram bercambah



Anak haram bercambah
Oleh NAZARALI SAERIL dan ASMIZAN MOHD SAMIRAN
metahad@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Amalan seks bebas di kalangan remaja pada masa ini boleh dianggap memasuki zon kritikal apabila data dikumpul daripada dua rumah perlindungan wanita di Lembah Klang mencatatkan 2,701 kes kehamilan luar nikah sejak 1996 sehingga September lalu.

Jika diambil kira statistik rumah perlindungan lain di seluruh negara, kes yang tidak dilaporkan dan kejadian buang bayi yang berlaku hampir setiap hari, angka sebenar remaja hamil luar nikah pasti meningkat berlipat kali ganda.

Pengasas Pusat Kebahagiaan Wanita dan Remaja (Kewaja), Yahya Mohamed Yusof, berkata sejak beliau membuka rumah perlindungan itu 21 tahun lalu yang secara khusus menguruskan kebajikan wanita hamil luar nikah, secara purata 191 bayi tak sah taraf dilahirkan di Kewaja setiap tahun atau 16 bayi sebulan.

“Lebih membimbangkan, ketika jumlah kes yang saya kendalikan meningkat, usia wanita hamil luar nikah itu makin menurun kerana ada yang baru berusia 15 tahun,” katanya.

Bagi Yang Dipertua Baitul Fiqh, Juhaidi Yean Abdullah, secara purata pihaknya menguruskan lapan hingga 10 wanita hamil luar nikah setiap bulan dan sepanjang lima tahun kewujudannya rumah perlindungan itu menguruskan 220 kes wanita hamil luar nikah.

“Yang dikesalkan, ketika kami beri bantuan kepada wanita hamil luar nikah dengan matlamat utama bagi mengelak mereka menggugurkan kandungan atau membuang bayi, ada yang cuba ambil kesempatan.

“Ini terbukti apabila seorang wanita berulang kali datang kepada kami apabila hamil luar nikah enam kali. Dia akhirnya kami serahkan kepada pusat pemulihan akhlak untuk tindakan lanjut. Ia kes kronik, tetapi kami tidak boleh berbuat apa-apa jika empunya diri tidak mahu mengubah sikap,” katanya.

Juhaidi berkata, bukan mudah menjaga sekumpulan hamil luar nikah dalam satu masa tetapi pihaknya sanggup memikul tanggungjawab itu demi kepentingan anak yang bakal lahir.

Menurutnya, antara bantuan Baitul Fiqh kepada wanita hamil luar nikah ialah mengurus proses kelahiran di hospital dan pendaftaran kelahiran bayi.

“Kami turut membantu mencari ibu bapa angkat untuk bayi itu dengan prosedur ketat. Setiap permohonan disaring dengan mengambil kira latar belakang, pendapatan dan pengetahuan agama,” katanya.

Sementara itu, Yahya menekankan kerjasama seluruh anggota masyarakat bermula daripada pemimpin, guru, agensi penguat kuasa dan ibu bapa untuk menghentikan percambahan anak luar nikah di kalangan masyarakat negara ini.

“Trend wanita lahir anak luar nikah kini sangat membimbangkan kerana ia dianggap perkara biasa dan bukan lagi hal besar. Bayangkan, hampir setiap hari secara purata saya terima dua panggilan telefon berkaitan masalah hamil luar nikah.

“Sampai satu tahap Kewaja terpaksa tolak permintaan mereka untuk mendapatkan bantuan dan perlindungan kerana kami tidak lagi mampu. Namun mereka tetap mendesak dan ada yang merayu,” katanya.

Ditanya punca meningkatnya kes kehamilan luar nikah, Yahya, 45, merumuskan masalah keluarga menjadi penyebab utama.

“Ibu, ayah, adik beradik dan keluarga hidup dalam penuh kejahilan. Penghayatan agama entah ke mana dan ada ibu bapa menyalahkan anak kerana ‘tidak pandai jaga’ yang bermaksud boleh melakukan hubungan terlarang tetapi jangan sampai mengandung. (Ya Allah, janganlah aku termasuk dalam golongan ibubapa yang begini. Mohon dijauhi...)

“Kesudahannya, walaupun bertaubat dan menyesal, suasana kehidupan seperti itu menyebabkan mereka kembali terjebak. Apa pun, kes berulang seperti ini tidak banyak,” katanya.

Beliau mencadangkan satu peraturan yang membuatkan sesiapa saja takut untuk terbabit dengan seks bebas sehingga mengandung anak luar nikah diwujudkan.

“Sebagai contoh, mana-mana pasangan yang dikesan melakukan hubungan seks selain suami isteri, tidak kira sama ada yang beragama Islam atau dengan pasangan berbeza agama, mereka perlu dihukum. (Tegakkan hukum Allah!)

“Operasi seperti mencegah lumba haram atau dadah juga perlu diselitkan dengan siasatan sama ada yang terbabit dengan gejala negatif itu melakukan seks bebas. Tangkap dan hukum mereka, baru timbul perasaan takut,” katanya yang kini menguruskan 61 wanita hamil luar nikah di pusat perlindungan kelolaannya.

“Dan janganlah kamu mendekati zina; Sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang amat buruk.” (Surah Al-Isra’:32)

serupa tapi berbeza?




1 Malaysia...


1 Kalimah Syahadah...

Simbolnya serupa namun inspirasinya berbeza dalam suasana yang juga berbeza. Hmm...

Friday, October 16, 2009

Mendidik anak taat syariat

Ditulis oleh Farid Ma'ruf di/pada Februari 4, 2007

Menjadi orangtua pada zaman globalisasi saat ini tidak mudah. Apalagi jika orangtua mengharapkan anaknya tidak sekadar menjadi anak yang pintar, tetapi juga taat dan salih. Menyerahkan pendidikan sepenuhnya kepada sekolah tidaklah cukup. Mendidik sendiri dan membatasi pergaulan di rumah juga tidak mungkin. Membiarkan mereka lepas bergaul di lingkungannya cukup berisiko. Lalu, bagaimana cara menjadi orangtua yang bijak dan arif untuk menjadikan anak-anaknya taat pada syariah?

Asah Akal Anak untuk Berpikir yang Benar
Hampir setiap orangtua mengeluhkan betapa saat ini sangat sulit mendidik anak. Bukan saja sikap anak-anak zaman sekarang yang lebih berani dan agak ’sulit diatur’, tetapi juga tantangan arus globalisasi budaya, informasi, dan teknologi yang turut memiliki andil besar dalam mewarnai sikap dan perilaku anak.
“Anak-anak sekarang beda dengan anak-anak dulu. Anak dulu kan takut dan segan sama orangtua dan guru. Sekarang, anak berani membantah dan susah diatur. Ada saja alasan mereka!”
Begitu rata-rata komentar para orangtua terhadap anaknya. Yang paling sederhana, misalnya, menyuruh anak shalat. Sudah jamak para ibu ngomel-ngomel, bahkan sambil membentak, atau mengancam sang anak agar mematikan TV dan segera shalat. Di satu sisi banyak juga ibu-ibu yang enggan mematikan telenovela/sinetron kesayangannya dan menunda shalat. Fenomena ini jelas membingungkan anak.
Pandai dan beraninya anak-anak sekarang dalam berargumen untuk menolak perintah atau nasihat, oleh sebagian orangtua atau guru, mungkin dianggap sebagai sikap bandel atau susah diatur. Padahal bisa jadi hal itu karena kecerdasan atau keingintahuannya yang besar membuat dia menjawab atau bertanya; tidak melulu mereka menurut dan diam (karena takut) seperti anak-anak zaman dulu.
Dalam persoalan ini, orangtua haruslah memperhatikan dua hal yaitu: Pertama, memberikan informasi yang benar, yaitu yang bersumber dari ajaran Islam. Informasi yang diberikan meliputi semua hal yang menyangkut rukun iman, rukun Islam dan hukum-hukum syariah. Tentu cara memberikannya bertahap dan sesuai dengan kemampuan nalar anak. Yang penting adalah merangsang anak untuk mempergunakan akalnya untuk berpikir dengan benar. Pada tahap ini orangtua dituntut untuk sabar dan penuh kasih sayang. Sebab, tidak sekali diajarkan, anak langsung mengerti dan menurut seperti keinginan kita. Dalam hal shalat, misalnya, tidak bisa anak didoktrin dengan ancaman, “Pokoknya kalau kamu nggak shalat dosa. Mama nggak akan belikan hadiah kalau kamu malas shalat!”
Ajak dulu anak mengetahui informasi yang bisa merangsang anak untuk menalar mengapa dia harus shalat. Lalu, terus-menerus anak diajak shalat berjamaah di rumah, juga di masjid, agar anak mengetahui bahwa banyak orang Muslim yang lainnya juga melakukan shalat.
Kedua, jadilah Anda teladan pertama bagi anak. Ini untuk menjaga kepercayaan anak agar tidak ganti mengomeli Anda—karena Anda hanya pintar mengomel tetapi tidak pintar memberikan contoh.
Terbiasa memahami persoalan dengan berpatokan pada informasi yang benar adalah cara untuk mengasah ketajaman mereka menggunakan akalnya. Kelak, ketika anak sudah sempurna akalnya, kita berharap, mereka mempunyai prinsip yang tegas dan benar; bukan menjadi anak yang gampang terpengaruh oleh tren pergaulan atau takut dikatakan menjadi anak yang tidak ‘gaul’.

Tanamkan Akidah dan Syariah Sejak Dini
Menanamkan akidah yang kokoh adalah tugas utama orangtua. Orangtualah yang akan sangat mempengaruhi tumbuh dan berkembangnya sendi-sendi agama dalam diri anak. Rasulullah saw. bersabda:

Setiap anak dilahirkan dalam keadaan fitrah. Ibu dan bapaknyalah yang menjadikannya Yahudi, Nasrani, atau Majusi. (HR al-Bukhari).

Tujuan penanaman akidah pada anak adalah agar si anak mengenal betul siapa Allah. Sejak si bayi dalam kandungan, seorang ibu bisa memulainya dengan sering bersenandung mengagungkan asma Allah. Begitu sudah lahir, orangtua mempunyai kesempatan untuk membiasakan si bayi mendengarkan ayat-ayat al-Quran. Pada usia dini anak harus diajak untuk belajar menalar bahwa dirinya, orangtuanya, seluruh keluarganya, manusia, dunia, dan seluruh isinya diciptakan oleh Allah. Itu sebabnya mengapa manusia harus beribadah dan taat kepada Allah.
Lebih jauh, anak dikenalkan dengan asma dan sifat-sifat Allah. Dengan begitu, anak mengetahui betapa Allah Mahabesar, Mahaperkasa, Mahakaya, Mahakasih, Maha Melihat, Maha Mendengar, dan seterusnya. Jika anak bisa memahaminya dengan baik, insya Allah, akan tumbuh sebuah kesadaran pada anak untuk senantiasa mengagungkan Allah dan bergantung hanya kepada Allah. Lebih dari itu, kita berharap, dengan itu akan tumbuh benih kecintaan anak kepada Allah; cinta yang akan mendorongnya gemar melakukan amal yang dicintai Allah.
Penanaman akidah pada anak harus disertai dengan pengenalan hukum-hukum syariah secara bertahap. Proses pembelajarannya bisa dimulai dengan memotivasi anak untuk senang melakukan hal-hal yang dicintai oleh Allah, misalnya, dengan mengajak shalat, berdoa, atau membaca al-Quran bersama.
Yang tidak kalah penting adalah menanamkan akhlâq al-karîmah seperti berbakti kepada orangtua, santun dan sayang kepada sesama, bersikap jujur, berani karena benar, tidak berbohong, bersabar, tekun bekerja, bersahaja, sederhana, dan sifat-sifat baik lainnya. Jangan sampai luput untuk mengajarkan itu semua semata-mata untuk meraih ridha Allah, bukan untuk mendapatkan pujian atau pamrih duniawi.

Kerjasama Ayah dan Ibu
Tentu saja, anak akan lebih mudah memahami dan mengamalkan hukum jika dia melihat contoh real pada orangtuanya. Orangtua adalah guru dan orang terdekat bagi si anak yang harus menjadi panutan. Karenanya, orangtua dituntut untuk bekerja keras untuk memberikan contoh dalam memelihara ketaatan serta ketekunan dalam beribadah dan beramal salih. Insya Allah, dengan begitu, anak akan mudah diingatkan secara sukarela.
Keberhasilan mengajari anak dalam sebuah keluarga memerlukan kerjasama yang kompak antara ayah dan ibu. Jika ayah dan ibu masing-masing mempunyai target dan cara yang berbeda dalam mendidik anak, tentu anak akan bingung, bahkan mungkin akan memanfaatkan orangtua menjadi kambing hitam dalam kesalahan yang dilakukannya. Ambil contoh, anak yang mencari-cari alasan agar tidak shalat. Ayahnya memaksanya agar shalat, sementara ibunya malah membelanya. Dalam kondisi demikian, jangan salahkan anak jika dia mengatakan, “Kata ibu boleh nggak shalat kalau lagi sakit. Sekarang aku kan lagi batuk, nih…”

Peran Lingkungan, Keluarga, dan Masyarakat
Pendidikan yang diberikan oleh orangtua kepada anak belumlah cukup untuk mengantarkan si anak menjadi manusia yang berkepribadian Islam. Anak juga membutuhkan sosialisasi dengan lingkungan tempat dia beraktivitas, baik di sekolah, sekitar rumah, maupun masyarakat secara luas.
Di sisi inilah, lingkungan dan masyarakat memiliki peran penting dalam pendidikan anak. Masyarakat yang menganut nilai-nilai, aturan, dan pemikiran Islam, seperti yang dianut juga oleh sebuah keluarga Muslim, akan mampu mengantarkan si anak menjadi seorang Muslim sejati.
Potret masyarakat sekarang yang sangat dipengaruhi oleh nilai dan pemikiran materialisme, sekularisme, permisivisme, hedonisme, dan liberalisme merupakan tantangan besar bagi keluarga Muslim. Hal ini yang menjadikan si anak hidup dalam sebuah lingkungan yang membuatnya berada dalam posisi dilematis. Di satu sisi dia mendapatkan pengajaran Islam dari keluarga, namun di sisi lain anak bergaul dalam lingkungan yang sarat dengan nilai yang bertentangan dengan Islam.
Tarik-menarik pengaruh lingkungan dan keluarga akan mempengaruhi sosok pribadi anak. Untuk mengatasi persoalan ini, maka dakwah untuk mengubah sistem masyarakat yang bertentangan dengan nilai-nilai Islam mutlak harus di lakukan. Hanya dengan itu akan muncul generasi Islam yang taat syariah. Insya Allah. []

Rujukan: Baiti Jannati

Thursday, October 15, 2009

Bagaimana masa depan anak-anakku

Sekejap tadi aku cuba mencari2 berita tentang Palestin. Entah bagaimanalah keadaan mereka di sana. Lemahnya imanku yang sekadar berupaya membenci dalam hati. Sekali-sekala timbul persoalan, kenapa aku rasa seperti aku terlalu banyak membuang masa dalam hidup ini. Aku hanya sibuk di lingkungan keluarga dan kerjaya. Hati terasa ingin sekali berbuat sesuatu demi ummah tapi ada sesuatu yang membelenggu langkah kakiku. Malas? Berada di comfort zone? Aku hanya mampu berdoa Allah menerima usaha kecilku dalam cuba mendidik diri sendiri dan anak-anak-anak agar sentiasa mengemudi hidup demi mendapat redhaNya jua. Entah di manalah aku jika Allah tak sudi meminjamkan nafas ini kepadaku.

Melihat perbahasan di PWTC tadi, hati berasa teramatlah kecewanya. Tidak ada aku mendengar mereka itu membawa usul melaksanakan kaedah mencegah segala penyakit-penyakit sosial di sekeliling. Yang ada, merawat! merawat! merawat! Jika H1N1 bersemangat benar dengan laungan "Mencegah lebih baik dari merawatnya"!

Ya Allah, ya Tuhanku, sayu aku melihat wajah anak-anakku di kala nyenyaknya tidur mereka. Sebagai ibu, akan kucuba sedaya upayaku untuk menerapkan iman ke dalam jiwa mereka dan juga aku. Harapanku agar iman itulah yang menjadi CCTV dalam mengawasi setiap langkah mereka dalam kehidupan dengan persekitaran yang tak begitu kondusif ini. Bimbangnya aku...

Aku sedar jika bala menimpa seperti di Padang Sumatera itu, semuanya akan menerima akibatnya. Cuma yang sekadar aku mampu terbuat, cuba mempersiapkan diri sendiri dan insan-insan tersayang pada sebarang kemungkinan jika suatu hari Allah mendatangkan balasanNya kerana sebahagian yang tidak ingin kembali kepada ajaranNya di dalam Al-Quran. Ya Allah, aku mohon ampun padaMu. Kasihanilah kami semua, ya Allah. Bukakanlah hati-hati kami untuk sentiasa mengingatiMu dan mentaati perintahMu. Moga biarlah di saat-saat menghadapi sakaratul maut, tiada lagi sesalan kerana tidak sempat mengumpul bekalan amalan. Amin ya Allah...

Wednesday, October 14, 2009

Alahai Adi Putra...



Akulah Adi Putra
Melayu tdk penah lupa
duduk tahun satu rasanya tersiksa
tiada siapa peduli
tetapi aku bisa bedakan
ilmu Allah bagi dan ilmu diajar guru bermula dengan
‘A’, ‘B’, C ,’one’, ‘two’, ‘three’, ‘alif’, ‘ba’, ‘ta’
di mana trillion di manakah billion,
di mana tafsir Al Quran
di mana doa2 para nabi para wali
untuk apa aku disini
aku berfikir rasional aku berfikir international
pandai aku bijak aku comel aku hanya untuk ditonton diuji dan dipuji
aku malu alangkah ruginya mereka
untuk apa semua ini
di mana mata hati mereka
pujian biar bertempat
marah bila bersopan
kurang ajar biarlah berbudi bahasa
tersirat mereka tak nampak
tersurat sahaja mereka lihat
di mana silapnya
Rasulullah memimpin ummah
hebatnya baginda
pimpinlah aku
doakanlah aku
aku punya cita-cita
aku punya idola
barangkali aku kecil mereka
hanya ketawa

Allah maha perkasa
tahfiz Al Quran itu hebat
Hafaz Yaasin itu penerang hati
matematik itu tunjang ilmu

ayuh bangsaku bangunlah
kita bertemankan islam
kita penuhkan ilmu didada
kita jadikan melayu paling hebat di persada dunia
bersamaku adi putra
akulah modal insan
anak melayu jati
wawasan 2020
takkan melayu hilang di dunia
pantang melayu menderhaka pada sultannya
pemuda harapan bangsa
pemudi tiang negara
mengapa bersembunyi diri di balik ibu pertiwi
sejengkalpun tanahairku dijajah
biar putih tulang jangan putih mata

Rujukan: iluvislam

Monday, October 12, 2009

Pedagogi anak Muslim

Seperti yang telah dijanjikan, saya sediakan ringkasan kepada pedagogi anak Muslim yang sangat penting diterapkan pada diri anak-anak kita yang saya petik dari sebuah buku bertajuk ”Pedoman Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam” karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan. Sama-samalah kita berusaha menunaikan tanggungjawab kita kepada anak-anak amanah dari Allah s.w.t kepada kita sebagai ibubapa. Moga-moga menjadi bekal untuk akhirat kelak.

1) Tanggungjawab Pendidikan Iman
* Membuka kehidupan anak dengan kalimat La Ilaha Illallah (m.s 152)
* Mengenalkan hukum halal dan haram kepada anak (m.s 152)
* Menyuruh anak untuk beribadah pada usia 7 tahun (m.s 153)
* Mendidik anak untuk mencintai Rasul, ahli baitnya dan membaca Al-Quran (m.s 153)

2) Tanggungjawab Moral
* Menjauhkan diri dari peniruan dan taklid buta (m.s 190)
* Larangan bepergian, bersolek, bercampur-baur dan memandang hal-hal yang diharamkan (m.s 198)

3) Tanggungjawab Pendidikan Fizik
* Kewajiban memberi nafkah kepada keluarga dan anak (m.s 219)
* Mencegah diri dari penyakit menular (m.s 222)
* Pengubatan terhadap penyakit (m.s 223)
* Menerapkan dasar “Tidak boleh memberi mudharat dan dimudharatkan” (m.s 224)
i) Gejala merokok
ii) Gejala onani
iii) Gejala minum minuman keras dan dadah
iv) Gejala berzina dan liwat
* Membiasakan anak untuk berolah raga (m.s 225)
* Membiasakan anak untuk zuhud dan tidak tenggelam dalam kenikmatan (m.s 228)
* Membiasakan anak untuk sungguh-sungguh, jantan dan menjauhkan diri dari pengangguran dan penyimpangan (m.s 229)

4) Tanggungjawab Pendidikan Intelektual
* Kewajipan memberi pendidikan @ mengajar (m.s 271)
* Kesedaran “Islam is the Way of Life” (m.s 310)
* Kesihatan intelektual (m.s 321)

5) Tanggungjawab Pendidikan Psikis
* Sifat minder (m.s 325)
* Sifat penakut (m.s 333)
* Sifat rasa rendah diri (m.s 342)
i) Hinaan dan celaan
ii) Pemanjaan yang berlebihan
iii) Membezakan anak
iv) Cacat jasmani
v) Keyatiman
vi) Kemiskinan
* Sifat hasad (m.s 374)
Cara atasi:
i) Memberi rasa cinta kepada anak
ii) Mewujudkan keadilan di tengah anak-anak
iii) Menghilangkan rasa hasad dalam diri
* Sifat pemarah (m.s 381)

6) Tanggungjawab Pendidikan Sosial
Penanaman dasar psikis yang mulia
* Takwa (m.s 392)
* Persaudaraan (m.s 395)
* Kasih sayang (m.s 400)
* Mengutamakan orang lain (m.s 403)
* Pemberian maaf (m.s 406)
* Keberanian (m.s 411)

Memelihara hak-hak orang lain
* Hak terhadap kedua orang tua (m.s 419)
i) Redha Allah ada pada redha mereka
ii) Berbuat baik kepada orang tua lebih utama dibanding jihad di jalan Allah
iii) Mendoakan kedua ibubapa semasa hidup dan setelah mati serta menghormati teman mereka
iv) Mengutamakan berbuat baik kepada ibu dibanding ayah
v) Adab berbuat baik kepada kedua orang tua
vi) Waspada terhadap perbuatan durhaka
* Hak terhadap saudara-saudara (m.s 433)
* Hak terhadap tetangga (m.s 439)
i) Tidak menyakiti tetangga
ii) Melindungi tetangga
iii) Berbuat baik kepada tetangga
iv) Menanggung penderitaan tetangga
* Hak terhadap guru (m.s 450)
* Hak terhadap teman (m.s 460)
i) Mengucapkan salam ketika bertemu
ii) Menjenguk teman ketika sakit
iii) Mendoakan ketika bersin
iv) Menziarahi di jalan Allah
v) Menolong ketika kesempitan
vi) Memenuhi undangannya ketika diundang
vii) Memberikan ucapan selamat dalam beberapa kesempatan
viii) Saling memberi hadiah dalam beberapa kesempatan
* Hak terhadap orang lebih tua (m.s 469)
i) Mendudukkan orang yang lebih tua pada layaknya
ii) Mendahulukan orang yang lebih tua dalam segala permasalahan
iii) Melarang anak meremehkan orang yang lebih tua
- Rasa malu
- Berdiri menyambut orang yang datang
- Mencium tangan orang yang lebih tua

Melaksanakan adab-adab sosial
* Adab makan dan minum (m.s 480)
i) Mencuci tangan sebelum dan sesudah makan
ii) Membaca Basmalah sebelum makan dan Hamdalah sesudahnya
iii) Tidak mencela makanan yang disajikan kepadanya
iv) Makan dengan tangan kanan dan ambil makanan yang dekat
v) Jangan makan sambil bersandar
vi) Dianjurkan berbincang ketika makan
vii) Mendoakan tuan rumah sesudah makan
viii) Mengutamakan orang yang lebih tua
ix) Jangan mensia-siakan nikmat
x) Dianjurkan membaca Basmalah dan Hamdalah serta minum dengan tiga kali teguk
xi) Makruh minum dari mulut goci
xii) Makruh bernafas di dalam minuman
xiii) Dianjurkan duduk ketika minum dan makan
xiv) Dilarang minum dari bejana yang diperbuat dari emas dan perak
xv) Dilarang makan dan minum terlalu kenyang

* Adab memberi salam (m.s 487)
i) Syariat tentang salam
ii) Cara-cara memberi salam
iii) Mengajarkan adab salam
iv) Melarang memberi salam dengan ungkapan seperti yang dipergunakan orang lain
v) Pendidik harus mulai memberi salam kepada anak-anak
vi) Mengajar anak untuk memberi salam kepada non-muslim dengan kata-kata ”Wa’ ’alaikum”
vii) Mengajar anak bahawa memulai salam adalah sunat sedangkan menjawabnya adalah wajib

* Adab meminta izin (m.s 492)
i) Memberi salam kemudian meminta izin
ii) Memberitahu nama, sifat atau kedudukan
iii) Meminta izin 3 kali
iv) Jangan mengetuk pintu dengan keras
v) Menjauh dari pintu ketika meminta izin
vi) Jika tuan rumah memerintahkan pulang

* Adab di dalam majlis (m.s 498)
i) Berjabat tangan orang yang ditemui di dalam majlis
ii) Duduk di tempat yang telah dikhususkan tuan rumah untuknya
iii) Duduk terlentang di hadapan khalayak
iv) Dilarang duduk di antara dua orang kecuali dengan izin keduanya
v) Orang yang datang terakhir duduk di tempat terakhir
vi) Dilarang dua orang berbisik di depan orang ketiga dalam satu majlis
vii) Meminta izin sebelum keluar dari majlis
viii) Membaca doa kifarat majlis ”Maha suci Engkau ya Allah, dan aku memuji-Mu. Aku bersaksi bahawa tiada Tuhan selain Engkau. Aku memohon ampun kepada-Mu dan bertaubat kepada-Mu.”

* Adab berbicara (m.s 503)
i) Berbicara dengan bahasa yang fasih
ii) Berbicara perlahan-lahan dan tidak tergesa-gesa
iii) Dilarang memaksakan diri untuk fasih berbicara
iv) Pembicaraan harus dapat difaham
v) Jangan mempersingkat atau memanjangkan pembicaraan
vi) Memerhatikan sepenuhnya kepada pembicara
vii) Pandangan pembicara sepenuhnya kepada para hadirin
viii) Memberi kelonggaran kepada hadirin ketika dan setelah berbicara

* Adab bergurau (m.s 510)
i) Tidak berlebihan
ii) Dilarang menyakiti seseorang dalam bercanda
iii) Menghindarkan kebohongan dan kebatilan

* Adab mengucapkan selamat (m.s 516)
i) Menampakkan kegembiraan dan perhatian ketika mengucapkan selamat
ii) Mengucapkan selamat secara sopan dengan lembut doa-doa
- Ucapan selamat untuk wanita yang melahirkan
- Ucapan selamat untuk orang yang baru datang dan berpergian
- Ucapan selamat untuk orang yang baru pulang berjihad
- Ucapan selamat untuk orang yang baru pulang Haji
- Ucapan selamat untuk orang yang baru melangsungkan akad nikah
- Ucapan selamat pada Hari Raya
- Ucapan selamat untuk orang yang berbuat baik
iii) Mengucapkan selamat dengan saling memberi hadiah

* Adab menjenguk orang sakit (m.s 524)
a) Bersegera menjenguknya
b) Lama menjenguk si sakit
c) Mendoakan orang sakit ketika menjenguk
d) Anjuran bertanya kepada keluarga si sakit tentang keadaannya
e) Anjuran kepada penjenguk untuk duduk dekat di kepada si sakit
f) Anjuran menenangkan jiwa si sakit dengan kesembuhan dan usia panjang
g) Anjuran kepada penjenguk untuk meminta doa dari si sakit
h) Mengingatkannya dengan La Ilaha Illallah jika ajal hampir tiba

* Adab Takziah (m.s 531)
a) Hendaknya mengucapkan Atsar (jika mungkin) ‘Innalillahi Wainna Ilaihiraji’un’
b) Anjuran membuat makanan untuk keluarga si mati
c) Menampakkan dukacita kepada keluarga si mati
d) Memberi nasihat yang makruf ketika melihat yang mungkar

* Adab bersin dan menguap (m.s 536)
a) Mengucapkan Hamdalah, Rahmah dan Hidayah
b) Jangan mendoakan orang bersin apabila dia tidak mengucapkan ’Alhamdulillah’
c) Menutup mulut dengan tangan atau sapu tangan dengan merendahkan suara
d) Mendoakan sampai tiga kali
e) Mendoakan non-muslim dengan ’Semoga Allah memberikan petunjuk kepadamu.’
f) Dilarang mendoakan wanita muda yang bukan muhrim
g) Mencegah menguap seboleh mungkin
h) Menutup mulut dengan tangan jika menguap
i) Makruh mengeraskan suara ketika menguap

Pengawasan dan kritik sosial
* Memelihara pendapat umum adalah satu kewajipan sosial (m.s 544)

* Dasar-dasar yang berlaku dalam pemeliharaan ini (m.s 549)
a) Perbuatan harus sesuai dengan firman Allah dan sabda Rasulullah
b) Kemungkaran yang dicegahnya itu harus telah disepakati keingkarannya oleh para ulama’
c) Tahapan di dalam menentang kemungkaran
d) Harus bersifat lembut dan berakhlak baik
e) Sabar dalam menghadapi penganiayaan

* Selalu mengingat sikap-sikap para salaf

7) Tanggungjawab Pendidikan Seksual
* Adab meminta izin (m.s 573)
* Adab memandang (m.s 575)
a) Adab memandang muhrim
- Wanita-wanita muhrimat kerana pertalian keturunan
- Wanita-wanita muhrimat kerana pertalian perkahwinan
- Wanita-wanita muhrimat kerana penyusuan
b) Adab memandang wanita yang dilamar
c) Adab memandang isteri
d) Adab memandang wanita lain
e) Adab lelaki memandang lelaki
f) Adab wanita memandang wanita
g) Adab wanita kafir memandang wanita muslimah
h) Adab memandang anak muda yang belum tumbuh janggutnya
i) Adab wanita memandang lelaki lain
j) Adab memandang aurat anak kecil
k) Keadaan terpaksa yang membolehkan memandang

Thursday, October 8, 2009

Pesanan mama...

Buat anak-anak andai mama tak sempat menemani kalian meniti hari-hari mendatang...















Terima kasih ya Allah kerana masih memberi peluang untuk mengisi waktu-waktu yang masih ada untuk memberi segala yang sebaik mungkin dalam kemampuan buat putera puteri kesayangan amanah dari-Mu.

Salam sayang mama buat putera puteri kesayangan mama...

Terima kasih kepada semua pemilik imej-imej yang digunakan di sini. (Thanks to all the owner of the images used here.)



Hidayah...
Kerlipan Cipta Cintaku
Harum Rembulan Mawar
Dingin Dihakis Keseorangan ….

Aku masih menghitung diri...
Kesiangan yang panjang
Ingin mengisi hati

Pada-Mu kasih
Satukan aku
Dengan rahmat-Mu
Dengan Kalimah
Malam Siangku
Berliku-liku
Duri Dugaan
Siratan Cinta

Biar di jemala mentari
Biar di bahu gunung berapi
Pasrahku abadi untuk-Mu... untuk-Mu

Ku kembara setia disisi-Nya …
Ku inginkan BAHAGIA ABADI
Ku impikan sentosa di bawah naungan-Nya

Lain-lain bacaan: Peranan Hukum Dalam Mengatur Kepentingan Manusia

Tuesday, October 6, 2009

Mencari Tuhan...

Kisah seorang anak muda dari Pasadena, AS, Micheal David Shapiro dalam mencari Tuhannya. Beliau berjaya membuktikan bahawa agama tidak sekadar mematuhi ajaran dan segala perintah-perintah yang suci.

“Saya mula bertanya pada diri sendiri mengenai jumlah tuhan yang perlu saya percaya. Namun saya tidak mampu untuk mempercayai lebih dari satu tuhan. Tuhan yang dibahagikan kepada dua atau lebih lazimnya lemah berbanding tuhan yang satu. Jika ’seorang’ tuhan tidak setuju dengan tuhan yang lain, tentu akan membangkitkan pergaduhan di antara tuhan-tuhan ini. Jadi saya percaya manusia hanya boleh percaya kepada satu tuhan sahaja,” katanya.

Begitu pun bagi bertindak adil, Michael memberi peluang kepada dirinya untuk mencari kelebihan apabila menjadi seorang yang ateis.

“Tetapi saya menyedari sepenuhnya setiap penciptaan mesti ada yang menciptanya. Jika tuhan itu tidak wujud, mustahil bumi, alam semesta dan segala yang terkandung di dalamnya wujud. Jadi, benarlah tuhan itu mesti wujud. Namun percaya sahaja tidak cukup kerana saya perlu mengenali tuhan tetapi di mana saya harus bermula kerana terdapat ‘beribu-ribu’ tuhan yang wujud seperti yang didakwa oleh pelbagai pengikut,” katanya.

Oleh kerana Michael mempercayai Tuhan Yang Satu, lalu beliau menyenarai pendek kepada agama yang percaya hanya pada satu tuhan atau monotheistic.

“Ini menjadi usaha saya lebih mudah,” katanya.

Micheal tidak perlu untuk mengkaji agama Buddha dan Hindu disebabkan kedua-dua agama ini merupakan kepercayaan polytheistic atau berbilang tuhan yang dinampakkan dalam bentuk berhala. Maka agama yang percaya kepada ketuhanan yang satu yang perlu dikaji oleh Micheal ialah Yahudi, Kristian dan Islam. Lalu beliau bermula dengan agama Yahudi sementelah beliau sendiri dilahirkan sebagai Yahudi, iaitu percaya kepada satu tuhan, beberapa orang nabi dan 10 Rukun (Commandments) , Kitab Taurat dan Jiwa Yahudi.

“Jiwa yang Yahudi? Apabila saya mengkaji frasa ini, saya menemukan ayat yang menyebut; ‘Jika anda dilahirkan sebagai Yahudi maka anda mesti mempunyai jiwa seorang Yahudi dan mesti mematuhi segala keyahudian (Judaism) yang ada’. Kenyataan ini membuatkan saya sangat terkejut, tidakkah ini satu diskriminasi? ! Agama ini tidak bersifat universal. Jadi tuhan ciptakan Jiwa Yahudi, Jiwa Kristian dan Jiwa Islam? Setahu saya tuhan ciptakan manusia sama rata tanpa ada sebarang darjat yang memisahkan antara satu sama lain. Oleh kerana dia dilahirkan dalam sesuatu agama, maka tuhan meletakkan dekri yang dia mesti kekal pada sesuatu agama itu walaupun si penganut itu tahu ada sesuatu yang palsu mengenai agamanya itu, adakah itu maksudnya,” soalnya.

Ini menyebabkan Micheal tidak dapat bersetuju dengan agama itu walaupun telah dilahirkan sebagai Yahudi.

“Seperkara lagi persoalan mengenai neraka juga tidak dibincangkan secara serius dalam agama Yahudi. Jadi apa perlunya melakukan kebaikan, dan apa salahnya melakukan kejahatan? Jika saya tidak ditakutkan dengan hukuman yang tegas jadi apa perlunya saya mempunyai sikap dan moral yang baik,” kata Micheal.

Setelah sanggup meninggalkan Yahudi, Micheal mencari pula mengenai Kristian.

“Pada mulanya, saya tidak bermasalah, tetapi apabila diulang kali membacanya, satu tuhan yang terdiri bapa tuhan, anak tuhan dan Ruhul Kudus, bagaimana ini dapat dijelaskan secara logik. Bagaimana ketiga-tiga unsur ini merupakan Tuhan yang Satu. 1+1+1=3, betul? Saya masih memberi peluang dengan mendapatkan sebanyak mungkin penerangan mengenai konsep Triniti ini, namun setelah banyak melakukan analogi sekali pun, konsep ini tidak dapat saya terima, akal saya tidak mampu untuk menerimanya, ” katanya.

Begitupun Micheal mengharapkan logik pada doktrin Kristian yang lain. Ini termasuklah Nabi Isa a.s mati kerana dosa-dosa kesemua pengikutnya.

“Baginda melakukan ini disebabkan kita semua diselubungi Dosa Warisan (Original Sin). Oleh kerana Nabi Isa merupakan anak tuhan, jadi dia sanggup mati disalib bagi menyelamatkan orang lain dari neraka dan menyelamatkan dari dosa yang ditinggalkan oleh Nabi Adam. Jadi, kita semua ini dilahirkan sebagai seorang yang berdosa termasuklah bayi yang baru berusia setahun sudah menanggung dosa dalam usia semuda itu. Ini pelik, dek kerana perbuatan seorang manusia, seluruh manusia yang lain perlu menanggungnya, ” kata Micheal.

Tetapi Nabi Isa wafat disebabkan baginda ‘menyeru kepada kasih sayang sesama umat’.

“Tetapi mengapa di dalam kitab Injil diceritakan baginda merintih ketika hendak disalib sambil berkata; Bapa, tidakkah Kau mengampuniku? Jadi adakah ini bermakna Nabi Isa tidak memahami mengapa baginda hendak dibunuh dengan kejam tetapi doktrin mengatakan Nabi Isa secara sukarela dirinya dibunuh,” katanya.

Ini membuatkan Kristian juga tidak ada tempat di hati Micheal. Lalu apakah ajaran yang seterusnya untuk anak muda ini percaya dengan segala kebenaran-kebenaran yang kuat atau sekurang-kurangnya dapat diterima oleh akal yang logik?!

“Saya tidak menghadapi masalah untuk memahami Islam. Tidak ada pada agama itu yang boleh menimbulkan konflik pada logik akal saya. Kitab suci al-Quran itu sendiri sangat menakjubkan dan begitu bersesuaian untuk semua zaman dan masa, seolah-olah seperti baru dikarang (diwahyukan) . Banyak bukti saintifik ditemui dari kitab itu sedangkan kitab itu ditemui sejak 1,400 tahun dahulu. Tetapi adakah agama ini bersifat sejagat, agama untuk semua tetapi yang lebih menghairankan Islam dinyatakan untuk semua tanpa memilih kaum, bangsa, warna kulit, bahasa dan asal usul manusia. Namun lebih menghairankan nama agama itu sendiri, iaitu Islam dinyatakan dengan banyak kali dalam al-Quran. Jadi benarlah Islam satu agama,” tambahnya.

Kata Michael, dia tidak menemui sebarang perkataan agama Yahudi ada disebutkan dalam kitab Taurat mahupun agama Kristian dalam kitab Injil, sekalipun dalam Kitab Perjanjian Lama kecuali manusia itu sendiri yang memberikan nama-nama itu, bukan tuhan. Tidak perlu lama bagi Micheal untuk mempercayai agama mana yang layak untuk dianuti. Setelah terjawab segala persoalan maka tanpa ragu anak muda ini memeluk Islam dan selamanya beliau tetap yakin pada Islam setelah “berkenalan” dengan apa juga yang didakwa sebagai agama!

Sumber: http://malay.bismikaallahuma.org/kajian-membawa-michael-david-shapiro-kepada-islam/#more-154

Monday, October 5, 2009

Little Khalifahs kena Chicken Pox

Kesiannya mama dengan budak-budak ni. Lepas satu... satu kena chicken pox. Mula dari Kakak then Angah then now Acik and Tisya... Tisya paling kesian sebab lum faham bila mama cakap jangan garu tapi digarunya jugak. Tak tahanlah tu... Kesiannya... :|

Kakak kena masa nak dekat ujian sekolah... ponteng sekolah 2 minggu. Elok2 baik je terus kena sit ujian...

Angah kena sehari sebelum raya. Raya kali ni tak berapa syok sangat la bagi dia sebab rimas dan gatal.

Acik dan Tisya start hari Jumaat 2 Okt 2009 lepas.

Sabarlah ya anak-anak...

Sunday, October 4, 2009

Entah bila tiba giliran?

Sering saja saya terbayang jika sekejap saja lagi ditakdirkanNya telah tiba ajal saya... Tergelincir di bilik air di rumah sendiri, terjatuh dan koma? Kemalangan semasa hendak ke tempat kerja? Gempa bumi tiba-tiba melanda negara Malaysia? Tiada yang mustahil kerana di dalam pengetahuan saya...

"Allah Pencipta langit dan bumi, dan bila Dia berkehendak sesuatu, maka Dia hanya mengatakan kepadanya: "Jadilah!" Lalu jadilah ia." (Surah Al Baqarah: 117)

"Sesungguhnya perkataan Kami terhadap sesuatu apabila Kami menghendakinya, Kami hanya mengatakan kepadanya: "kun (jadilah)", maka jadilah ia". (Surah An Nahl: 40)

"Sesungguhnya keadaan-Nya apabila Dia menghendaki sesuatu hanyalah berkata kepadanya: "Jadilah!" maka terjadilah ia". (Surah Yaasiin: 82)

"Dan Dialah yang menciptakan langit dan bumi dengan benar. Dan benarlah perkataan-Nya di waktu Dia mengatakan: "Jadilah, lalu terjadilah", dan di tangan-Nyalah segala kekuasaan di waktu sangkakala ditiup. Dia mengetahui yang ghaib dan yang nampak. Dan Dialah Yang Maha Bijaksana lagi Maha Mengetahui." (Al An'aam: 73)

"Dialah yang menghidupkan dan mematikan, maka apabila Dia menetapkan sesuatu urusan, Dia hanya berkata kepadanya: "Jadilah", maka jadilah ia". (Surah Al Mu'min: 68)

Sudah cukup bersediakah saya???

Tanggungjawab bersama

Imam Al-Ghazali pernah berkata... "“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur – baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur. Akan tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku."

Aduh... risau sungguh saya mengenangkan kata-kata ni. Alangkah bagusnya juga jika dapat diselidik-selidik ke mana hala tuju pemuda-pemudi harapan ummah pada masa ini???

Harapnya tidak begini...


Foto: puadede.com

Atau beginikah...?


Ehh... bau apakah itu...?

Saya mengingatkan diri saya sendiri... ibu kepada anak-anak generasi pewaris pada pesanan-pesanan 'empunya diri dan diri-diri'...

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah Al-An’am: 32).

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).” (Surah Al-Qiamah: 20-21).


Atas kesedaran bahawa...
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Makanya, sukalah saya berkongsi sedikit inspirasi dalam mendidik anak-anak kita yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh sahabat-sahabat yang mengunjungi ke blog ini dalam melaksanakan tanggungjawab kita ke atas anak-anak kita yang merupakan amanah Allah s.w.t yang dipinjamkan seketika kepada kita kerana Allah pencipta diri-diri kita ini telahpun berpesan...

”Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim: 6)

Supaya tidaklah kita dan anak-anak kita menjadi manusia-manusia yang dalam kerugian ketika tiba masa kita pulang mengadap Allah s.w.t semula kelak. Ajal tiba sekelip mata dan tanpa disangka... Bukti banyak di depan mata kecuali mata kita tidak digunakan sebaiknya...

TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN IMAN KEPADA DIRI DAN ANAK-ANAK

PELAJARAN 1: DARI MANA NAK KE MANA?

Apakah manusia terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptanya?


"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)." (Surah Yaasin: 77)

Apa tanggungjawab manusia kepada Tuhan yang mencipta dirinya?

"Sesungguhnya aku jadikan manusia sebagai khalifah di bumi." (Surah Al-Baqarah: 30)

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”(Surah az-Zariyat: 56-57)

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja-saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) ‘Arasy yang mulia”.(Surah Al-Mukminun: 115-116)

"Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya." (Surah Hud: 61)


Begitulah...

PELAJARAN 2: TEMAN KEMBARA HIDUP MANUSIA

ANALOGI LAMPU TRAFIK

Apa akan terjadi jika tiada lampu trafik di persimpangan jalan?

Akan berlaku kesesakan atau kemalangan.

Apa sebabnya?
Manusia secara kejadiannya perlukan satu peraturan dalam mengurus kehidupannya.

Lampu trafik – peraturan manusia
Al-Quran – peraturan Allah

Persimpangan jalan = liku-liku kehidupan manusia

Iktibarnya...
Seringnya kita manusia lebih mudah mengikut peraturan manusia kerana sedar akan akibat ’hukuman segera’ jika melanggar sesuatu kesalahan itu seperti hukuman mati, hukuman penjara atau hukuman sebat sedangkan peraturan Allah s.w.t yang mencipta diri-diri kitalah yang sepatutnya diutamakan, dihayati dan diikuti.

Realitinya kita lebih takutkan hukuman manusia berbanding hukuman Tuhan kerana yang mengawasinya kelihatan di mata kasar manusia... polis, cctv... begitulah kita manusia... sukar melihat dengan 'mata hati'.

ANALOGI SANG PENGEMBARA

Seorang pengembara perlu sampai ke destinasi yang tak pernah dilalui. Apakah teman kembara yang perlu dibawa bersama jika tidak mahu tersesat?

Destinasi = alam akhirat
Kompas, peta = panduan Al-Quran

Sambungannya... senarai pengajaran yang perlu diterapkan di dalam setiap diri anak-anak Muslim yang saya rujuk dari sebuah buku bertajuk ”Pedoman Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam” karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan.

Friday, October 2, 2009

Bekalan amal keranaNya

Ada apa dengan matlamat?

ADA APA DENGAN MATLAMAT?

MUSLIM PERLU JELAS HALA TUJU HIDUP
Oleh Wan Esma Wan Ahmad

MENGETAHUI matlamat sesuatu perkara penting dalam melaksanakan tugas, kerja dan ibadat setiap hari. Seorang pelajar yang faham matlamat belajar akan belajar bersungguh-sungguh, manakala seorang pekerja yang faham matlamat kerja, akan berusaha dalam kerjayanya.

Pendek kata, orang yang jelas matlamatnya akan berusaha untuk mencapainya, berasa mudah untuk mencapainya kerana sudah jelas matlamatnya.

Terfikirkah kita sebelum ini apakah matlamat kehidupan manusia itu dijadikan?

Menjadi seorang lelaki mahupun perempuan, kecil, besar, tua, muda, miskin, kaya, remaja, dewasa dan sebagainya. Apakah matlamat hidup mereka? Manusia tidak dijadikan sia-sia, ada matlamatnya walau di mana sekalipun kedudukan, zaman dan masa.
Allah s.w.t berfirman yang bermaksud: "Dan (ingatlah) tidaklah Kami menciptakan langit dan bumi serta segala yang ada di antaranya secara main-main." (Surah al-Anbiya', ayat 16)
Manusia yang diciptakan Allah juga jelas matlamatnya seperti firman-Nya yang bermaksud: "Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat, "Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi? Mereka bertanya (mengenai hikmah ketetapan Tuhan itu dengan berkata) "Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendaklah menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuhan), padahal kami sentiasa bertasbih dan memuji-Mu dan mensucikan-Mu. Tuhan berfirman, "Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."(Surah al-Baqarah, ayat 30)

Manusia wajib taat dan patuh kepada Allah, Rasulullah SAW dengan mengikut ajaran Islam yang terkandung di dalam al-Quran dan sunnah. Mereka hendaklah berusaha meneruskan kehidupan mengikut acuan al-Quran dan sunnah.

Muslim adalah orang yang jelas hala tujunya menjadi hamba Allah yang berjaya mengikut peraturan sebagai khalifah di muka bumi walaupun diuji dengan pelbagai ujian dan halangan kadang-kadang di luar dugaan.

Ini dijelaskan Allah swt dalam firman yang bermaksud...
"Dihiaskan (dijadikan indah) kepada manusia kesukaan kepada benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda daripada emas dan perak, kuda peliharaan, dan binatang ternak serta kebun tanaman. Semua itu ialah kesenangan hidup di dunia dan ingatlah pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaiknya (syurga)." (Surah ali-Imran, ayat 14)


Memahami tuntutan qada' dan qadar serta lumrah kehidupan sama ada susah dan senang atau penyakit adalah ujian daripada Tuhan dalam mencapai kejayaan hidup sebagai seorang Muslim.

Realitinya matlamat itu bermula daripada rumah. Ibu bapa mahupun penjaga yang mendidik anak sebenarnya orang yang menginginkan masa depan anak menjadi orang berjaya di dunia dan di akhirat kelak. Oleh demikian, mereka sepatutnya mempunyai matlamat jelas dalam mendidik generasi mereka.

Lukman al-Hakim berpesan kepada anaknya dengan pesanan yang disebutkan dalam al-Quran bermaksud...
"Wahai anakku, dirikanlah sembahyang dan suruhlah berbuat kebaikan serta melarang daripada melakukan perbuatan mungkar, dan bersabarlah atas segala bala bencana yang menimpamu. Sesungguhnya, demikian itu adalah daripada perkara yang dikehendaki diambil berat melakukannya. Dan janganlah engkau memalingkan mukamu (kerana memandang rendah) kepada manusia, dan jaganlah engkau berjalan di muka bumi dengan berlagak sombong takbur lagi membangga diri. Dan sederhanakanlah langkahmu semasa berjalan, juga rendahkanlah suaramu (semasa berkata-kata), sesungguhnya seburuk-buruk suara ialah suara keldai." (Surah Lukman, ayat 17 hingga 19)

Marilah sentiasa meningkatkan keimanan kita dengan memahami matlamat sebenar kehidupan. Agama bukan sekadar ikutan (taklid) atau hanya untuk digunakan bagi sesuatu perkara seperti semasa perkahwinan, kematian dan sebagainya.

Islam meliputi seluruh kehidupan manusia. Sebagai contohnya sambutan Maulidur Rasul yang disambut setiap tahun bukan saja sambutan yang perlu dibesarkan, tetapi sunnah Nabi SAW itu yang diutamakan.

Muhasabah diri dari masa ke semasa, sejauh mana kita yang dibekalkan dengan al-Quran dan as-sunnah benar-benar mengamalkan Islam sebagai cara hidup. Usah menjadikan watak hiburan dalam mengejar dunia yang sementara ini sedangkan ia tidak diajarkan sunnah Rasulullah SAW.

Telitikan ajaran Islam melalui al-Quran dan hadis kerana segala keperluan kehidupan ada di dalamnya. Manfaatkan kemudahan zaman sains dan teknologi untuk mencapai matlamat hidup Muslim yang sebenarnya.

Usahlah membuang masa dengan perkara tidak berfaedah. Manfaatkan masa dengan sebaiknya selari maksud hadis yang mengajak merebut lima perkara sebelum ia berlalu pergi iaitu, masa muda sebelum datangnya tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk dan masa hidup sebelum sakit.

Penulis ialah Panel Penulis Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Sumber: nurjeehan.hadithuna.com

“Rebutlah 5 perkara sebelum datangnya 5 perkara, masa muda sebelum tua, masa sihat sebelum sakit, masa kaya sebelum miskin, masa lapang sebelum sibuk, masa hidup sebelum mati”. (HR Ahmad)

Masa muda – masa yang berpotensi, mempunyai tenaga yang kuat dan sanggup menghadapi cabaran untuk membina kecemerlangan
Masa sihat-masa yang mudah untuk digunakan bagi melakukan kebaikan dan ibadat
Masa kaya – peluang yang cukup untuk melakukan ibadat atau kebaikan yang memerlukan kebendaan seperti ibadah haji, zakat, wakaf, derma dan sedekah.
Masa lapang – masa yang boleh digunakan untuk mempertingkatkan diri sama ada untuk ibadah, kerjaya dan menambahkan ilmu.
Masa hidup – digunakan untuk mentaati Allah, perkara-perkara yang manfaat, menyampaikan ilmu yang bermanfaat dan memberikan sedekah jariah untuk bekalan selepas mati.
( QS al-Asr : 1-3 )
( QS al-Qasas : 77 )

Thursday, October 1, 2009

Bencana gempa bumi Padang Sumatera



Salam takziah dan simpati saya buat mereka yang menghadapi musibah gempa bumi di Padang, Sumatera. Iktibar buat diri ini... mana milik kita?

Antara tanda-tanda kiamat adalah akan berlakunya banyak gempa bumi. Dulu saya sering tertanya-tanya entah bilalah kiamat akan berlaku? Adakah bila kita dapat tahu masanya kiamat akan berlaku baru kita nak bersedia. Dah terlambat rasanya. Itulah rahsianya barangkali untuk Allah menguji keyakinan manusia yang dicipta-Nya pada perkara2 ghaib ni.

Kini saya rasakan tak perlu lagi saya concernkan tentang tu. Hanya yang perlu saya concernkan apakah persediaan amalan untuk dibawa sebagai bekalan di timbangan neraca nanti. Sesungguhnya mati itu pasti...