Showing posts with label refleksi diri. Show all posts
Showing posts with label refleksi diri. Show all posts

Sunday, September 6, 2009

Ada sesuatu itu...

Suatu ketika dulu, aku menyusuri hari-hari dalam hidup ini menurut gerak hati sendiri. Kata orang, gamble sajalah... baik buruk akibat dari tindakan di penghujungnya... hadap sajalah.

Dalam ketidaktentuan hidup itu, aku bersyukur aku masih berkesedaran untuk punya tujuan hidup (sekadar matlamat keduniaan ketika itu). Aku ingin berjaya dalam pelajaran kerana aku perlu memperbaiki taraf kehidupan kami sekeluarga. Itu aku pasti! Aku usaha dan terus usaha hingga tercapai apa yang aku impikan kini...

Tapi entah kenapa pula... tiba-tiba aku rasa seperti masih ada lagi yang kekurangan dan aku sering pula merasa kebosanan. Aku cuba mencari dan terus mencari apa puncanya aku berperasaan begitu? Apa lagi yang tidak cukup dalam hidup aku? Aku sudah punya keluarga, aku sudah punya kerjaya... jadi apa lagi?

Tiba satu ketika, aku rasa aku sebenarnya masih belum berjaya dan bahagia! Aku cuba mencari apa ertinya berjaya dan bahagia yang sebenarnya? Hati aku tergerak untuk membuka lembaran kitab yang bernama Al-Quran itu. Aku sangat fasih membaca kitab itu tapi maknanya masih misteri bagiku.

Rupa-rupanya jawapan yang aku cari-cari selama ini ada di situ... Setelah usia aku sebegini baru aku temui definisi yang terbaik itu. Better late than nothing, isn't it?

Jika dulu tujuan hidup aku hanyalah untuk berjaya dan bahagia setakat di dunia saja tapi sekarang ini persepsiku tentang tujuan hidup telah berubah. Tujuan hidupku kini adalah untuk meraih redha Ilahi untuk berjaya dan bahagia di dunia dan di akhirat kelak. Dunia ini sebagai tempat untuk mengumpul bekalan amalan untuk dibawa semasa mati. Mati itu pasti! Adik lelakiku telah lama meninggalkan aku di usianya 15 tahun! Ya, mati itu pasti! Aku yang masih tinggal ini ternyata Allah masih memberi peluang kepadaku untuk memperbaiki diri ini. Semoga aku terus diberi kekuatan untuk tidak menyia-nyiakan peluang yang Allah berikan ini DENGAN BERUBAH!

Untuk itu, aku berazam untuk terus memperbaiki makna hidup ini... namun semuanya masih kuserahkan pada kuasa Allah untuk terus memberi semangat padaku. Aku ingin berubah kerana aku inginkan bahagia dan kejayaan yang mutlak!

Kalian jugak tentu ingin bahagia dan berjaya, bukan? Sama-samalah kita...

Wednesday, August 26, 2009

Mencari dan terus mencari

Sejak akhir-akhir ini hati begitu resah melihat segala 'kerosakan' yang berlaku di dalam dan luar negara. Kisah-kisah kezaliman, pembunuhan, rosak akhlak dan segala macam lagi amat menyesakkan dada. Saya rasa saya tahu kenapa saya lebih peka sekarang. Anak-anak saya semakin membesar, bukan bayi lagi... saya perlu memberi kebebasan kepada mereka untuk belajar hidup bermasyarakat tapi hati runsing... terlalu banyak kisah-kisah yang tidak enak didengar. Anak-anak diculik hingga tidak dapat dijumpai sehingga kini, anak-anak remaja yang semakin rosak akhlaknya, zina, buang anak dan segala macam 'kerosakan' lagi... sungguh merungsingkan!

Bagaimana ini semua boleh berlaku sedangkan rata-rata segala 'kerosakan' yang dilakukan oleh mereka yang punya agama! Tidak kira agama Islam, Kristian, Buddha, Hindu, Sikh dan pelbagai lagi. Bukankah masing-masing percaya agama menyeru umatnya berbuat kebaikan dan menjauhi kejahatan? Tapi realiti kehidupan amat berbeza! Kenapa? Apa masalahnya? Sesungguhnya saya hanya ingin hidup dalam keadaan yang aman dan tenang dan diharapkan biarlah berpanjangan hingga ke generasi umat manusia yang seterusnya sehinggalah ke hari Kiamat.

Semakin banyak yang saya kaji semakin jelas rasanya apa yang saya cari-cari selama ini. 'Kerosakan' yang berlaku dan dilakukan oleh seseorang manusia bukanlah disebabkan oleh ajaran agama yang dibawanya itu tetapi disebabkan oleh pengikutnya yang tidak betul-betul mengamalkan sepenuhnya apa yang diajar dalam agamanya. Ada yang Islam tapi tidak yakin dengan apa yang diajar dalam agama itu. Saya baca Al-Quran dengan fasih sekali tapi saya tak ambil hirau untuk memahami makna-maknanya! Pelik kan? Padahal saya seorang Islam!

Al-Quran datangnya dari kalam Allah s.w.t sendiri dan Allah Maha Mengetahui kerana Dialah yang mencipta seluruh isi alam dan hukum-hukum alam serta cause and effect dari sesuatu larangan atau suruhanNya. Jika sesuatu cause itu dilarang tentulah kerana effectnya tidak baik dan begitulah sebaliknya. Cause = Api, jika tidak berhati-hati effect = Kebakaran, cause = larangan meminum minuman memabukkan, jika tidak, effect = berlaku pembunuhan di luar sedar, kemalangan dan sebagainya. Cause = larangan berduaan-duaan bukan sesama muhrim, jika tidak, effect = berlaku zina, mengandung anak luar nikah, malu lantas buang bayi yang tidak berdosa!

Friday, August 14, 2009

Risaunya jika tersalah cakap



Situasinya gini...
Memang ketika tu dibuka ruang untuk semua bercakap tentang satu isu yang perlu diputuskan. Setelah berfikir panjang... nak cakap ke tak nak cakap...? Instinct terasa perlu juga bercakap kerana ruang untuk bercakap ketika tupun ada kaitannya dengan amanah yang dipikul dalam tugas. Cuba relate situasi isu yang dibincangkan tu dengan satu panduan seperti yang dinyatakan dalam Al-Quran. Saya bukanlah pakar agama tapi bolehlah sedikit-sedikit... memahami terjemahan Al-Quran buat panduan hidup sendiri.

Rasanya niat dah ikhlas semasa memberikan pandangan tu tapi kenapa hati masih terasa tak tenang pula... Bukanlah berdebat sampai tak ingat diri cuma masih terasa seperti tersalah cakap je. Apakah fakta yang diberi tak diterangkan dengan baik...?

Apakah panduannya jika kalian sudi membantu... :|

Saturday, August 8, 2009

Benarkah sayang?

Sayang... ibu bapa mana yang tak sayangkan anak-anaknya? Sedangkan haiwanpun tahu sayangkan anaknya inikan pula manusia!

Tapi... apa definisi sayang yang sebenar-benarnya? Bagaimana nak mengukur sayang agaknya?

Cukup ke dengan memberi dorongan kepada anak-anak untuk berjaya dalam pelajaran di sekolah? Cukup ke dengan memberi makan minum yang mencukupi kepada anak-anak? Cukup ke dengan memberi pakaian yang cantik dan hebat kepada anak-anak? Cukup ke agaknya???

Teringat firman Allah s.w.t, “Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka...” (At–Tahriim: 6)

Diri berazam untuk menjadikan ayat ini sebagai panduan dalam membesarkan anak-anak supaya mereka semuanya berjaya bukan saja di dunia malah juga di akhirat. Selagi terdaya... tanda kasih sayang tulus ikhlas buat mereka. Harapnya diberi semangat yang berterusan dan konsisten dalam segala usaha pembaikan. InsyaAllah...

Sesi santai-santai... mana satu menjadi pilihan...?


Undi A!


Undi B!

Mari anak-anak



Pertama kali melihat video ini, dia terfikirkan sesuatu. Dia membayangkan jika salah seorang anak-anak comel yang menangis itu adalah anak-anaknya.

Sejujurnya dia berasa teramat sayu... walau apapun sebab tangisan mereka itu... sebagai ibu tentunya dia amat terharu... namun dia menjadi lebih sayu apabila mengenangkan betapa besarnya kesalahannya sebagai seorang ibu jika tidak dapat membimbing mereka ke jalan menuju Syurga...
“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kamu mengkhianati (amanah) Allah dan RasulNya dan (janganlah) kamu mengkhianati amanah-amanah kamu, sedang kamu mengetahui (salahnya mengkhianati amanah itu).” (Surah Al Anfal: 27)

Betapa dia insaf... Dia merasakan dia masih tidak menjadi seorang ibu yang terbaik untuk mereka... tapi dia memang sayangkan mereka... Sungguh...! Demi mereka dia akan terus berusaha... "Mari anak-anak mama, kita pegang tangan bersama-sama... Kita ikut jalan yang lurus itu!"


"Wahai orang-orang yang beriman! Peliharakanlah dirimu dan keluargamu dari azab api neraka, yang bahan bakarnya adalah terdiri daripada manusia dan batu, penjaga-penjaganya adalah malaikat-malaikat yang kasar, yang keras, yang tidak menderhakai ALLAH terhadap apa yang diperintahkanNya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan." (Surah At-Tahrim: 6)


Wanita jangan kembali hina!



Dalam satu temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab Al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya - kebebasan,hak ekonomi, hak politik, hak sosial, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab Al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, di mana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumahtangga Muslim yang sebenar.

Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.


----------------------------------------------------------------------------------

Sudah cukup bahagia dengan kehidupan saya sebagai seorang wanita Muslim. Syukur Alhamdulillah...



Saudariku,
Dalam jahiliyyah,
Diberi sinar yg indah,
Dari hanya barang murah,
Diangkat martabat tinggi mahar,
Dan itulah kita selepas Islam menjengah.

Saudariku,
Allah berpesan,
Tiada beza antara lelaki dan perempuan,
Melainkan taqwa yg jadi perbezaan,
Ar rasul berpesan,
wanita solehah sebaik hiasan,
Engkau dikurniakan kelebihan,
Dan mereka juga ada kelebihan.
Bukankah itu satu mahar kekuatan?

Saudariku,
Usah berbicara tentang sama rata,
Sememangnya di sisi Dia,
Kita serupa..
Usah berbalah tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kita sudah ada hak kita..

Saudariku,
tak salah jadi aktivis wanita,
tapi, jadilah seperti puteri Abu Bakar.
"Wahai rasul, kami tiada peluang utk berjihad,
Wanita hanya masak, membasuh, menjaga anak,
Memelihara kehormatan suami.
bagaimana hak kami?'
"Sesungguhnya, jihad kamu adalah sama dgn kaum ar rijal"..

Saudariku,
betapa sungguh Allah memuliakan kita..
terlalu mudah teman utk ke syurga,
namun apa lagi yg kita tanya??

Marilah teman,
Kita berebutlah,
Terlalu berjuta manusia wanita..
Dalam berjuta,
Adakah kita tergolong dlm
Yg sedikit?
Yg mendapat kasihNya???

Marilah teman..
Aku tak punya masa,
berbicara tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kuperlu masa utk berusaha..
Utk kasihNya..
Utk syurgaNya...

Andai kau punya masa,
teruskanlah usaha,
Tetapi maafkan saya,
Ku tidak punya masa.....

Sumber: Untuk Seorang Wanita