Saturday, August 8, 2009

Wanita jangan kembali hina!



Dalam satu temuramah di rumahnya di Heliopolis, Mesir pada tahun 1981, Zainab Al-Ghazali berkata:

“Islam telah menyediakan segala-galanya untuk lelaki dan perempuan. Islam memberikan wanita semuanya - kebebasan,hak ekonomi, hak politik, hak sosial, hak awam dan juga hak persendirian. Islam telah memberikan hak-hak wanita di dalam keluarga lebih daripada persatuan dan agama lain. Wanita boleh berkata tentang kebebasan wanita dalam masyarakat Kristian, Yahudi dan juga masyarakat pagan, tetapi dalam masyarakat Islam adalah satu kesilapan besar untuk berkata tentang kebebasan wanita. Wanita Muslim perlu mempelajari Islam supaya mereka tahu Islam telah memberikan mereka semua hak-hak mereka.”

Inilah intipati pemikiran Zainab Al-Ghazali berkenaan dengan status wanita seperti yang selalu diluahkan dan disampaikan beliau dalam ceramah-ceramah beliau dan juga karya-karya beliau di dalam majalah al-Da’wa, di mana beliau merupakan editor sebuah ruangan untuk pembangunan rumahtangga Muslim yang sebenar.

Perkara utama dalam perjuangan beliau adalah pentarbiyahan, iaitu untuk memberi kefahaman Islam di dalam pemikiran wanita, mendidik mereka tentang hak-hak dan tanggungjawab mereka dan mengubah masyarakat untuk membina sebuah daulah Islamiah yang berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.


----------------------------------------------------------------------------------

Sudah cukup bahagia dengan kehidupan saya sebagai seorang wanita Muslim. Syukur Alhamdulillah...



Saudariku,
Dalam jahiliyyah,
Diberi sinar yg indah,
Dari hanya barang murah,
Diangkat martabat tinggi mahar,
Dan itulah kita selepas Islam menjengah.

Saudariku,
Allah berpesan,
Tiada beza antara lelaki dan perempuan,
Melainkan taqwa yg jadi perbezaan,
Ar rasul berpesan,
wanita solehah sebaik hiasan,
Engkau dikurniakan kelebihan,
Dan mereka juga ada kelebihan.
Bukankah itu satu mahar kekuatan?

Saudariku,
Usah berbicara tentang sama rata,
Sememangnya di sisi Dia,
Kita serupa..
Usah berbalah tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kita sudah ada hak kita..

Saudariku,
tak salah jadi aktivis wanita,
tapi, jadilah seperti puteri Abu Bakar.
"Wahai rasul, kami tiada peluang utk berjihad,
Wanita hanya masak, membasuh, menjaga anak,
Memelihara kehormatan suami.
bagaimana hak kami?'
"Sesungguhnya, jihad kamu adalah sama dgn kaum ar rijal"..

Saudariku,
betapa sungguh Allah memuliakan kita..
terlalu mudah teman utk ke syurga,
namun apa lagi yg kita tanya??

Marilah teman,
Kita berebutlah,
Terlalu berjuta manusia wanita..
Dalam berjuta,
Adakah kita tergolong dlm
Yg sedikit?
Yg mendapat kasihNya???

Marilah teman..
Aku tak punya masa,
berbicara tentang kita-kita..
Mereka-mereka..
Kerana kuperlu masa utk berusaha..
Utk kasihNya..
Utk syurgaNya...

Andai kau punya masa,
teruskanlah usaha,
Tetapi maafkan saya,
Ku tidak punya masa.....

Sumber: Untuk Seorang Wanita

No comments: