Saturday, August 8, 2009

Di mana silapnya?

Mayat bayi depan rumah
Oleh: Yusri Sahat (utusanpahang@utusan.com.my)



MAYAT bayi lelaki masih bertali pusat dijumpai di hadapan rumah sewa Mohd. Hafiz Ismail di Taman Balok Makmur, Kuantan, semalam.

KUANTAN 28 Mei – Kes pembuangan bayi masih terus berlaku meskipun pendedahan demi pendedahan disiarkan oleh media setiap hari.

Terbaru seorang pekerja kilang di sini terkejut apabila menemui mayat seorang bayi lelaki yang masih bertali pusat ditinggalkan di hadapan rumah sewanya di Taman Balok Makmur di sini hari ini.

Sumber: Utusan Online, 29 Mei 2009.

--------------------------------------------------------------------------------

Mayat bayi ditemui dalam tong sampah

KUALA LUMPUR - Mayat seorang bayi masih bertali pusat ditemui di dalam tong sampah di belakang sebuah kedai makan di Jalan Tun Tan Cheng Lock di sini malam kelmarin.

Keadaan mayat bayi yang sudah cukup sifat dan mempunyai uri itu ditemui seorang pekerja kedai makan di situ ketika hendak membuang sampah pukul 11.30 malam.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Zulkarnain Abdul Rahman berkata, mayat bayi yang dibungkus dengan surat khabar itu ditemui dalam keadaan tertonggeng di dalam tong sampah itu dengan kepalanya ke bawah.

Sumber: Kosmo, 18 Mei 2009.

--------------------------------------------------------------------------------



Allah Maha Berkuasa... walau dimasukkan ke dalam beg plastik yang bertutup dan digenangi air... anak kecil tidak berdosa ini masih berupaya bernafas!

Dan lagi...???



Sumber foto: Yanadzul

Dan lagi...???



Sumber foto: Fazdli

-----------------------------------------------------------
Bayi masih hidup ditemui dalam beg plastik sampah

SEREMBAN - Jika haiwan pun tahu erti kasih sayang terhadap anaknya, inikan pula manusia.

Tetapi di Senawang berlainan pula kisahnya. Dalam tempoh tidak sampai sebulan, tiga kejadian melibatkan pembuangan janin dan bayi - satu tindakan melampaui batas manusia.

Kes terbaru kelmarin, seorang bayi perempuan berusia sebulan ditemui masih hidup dan merengek di dalam beg plastik sampah berwarna hitam di Taman Senangin, di sini kira-kira pukul 8 malam.

Ketua Polis Daerah Seremban, Asisten Komisioner Saiful Azly Kamaruddin berkata, seorang wanita India berusia dalam lingkungan 30-an terkejut melihat 'sesuatu' bergerak-gerak dalam beg plastik sampah berwarna hitam dan apabila dibuka, didapati seorang bayi perempuan di dalamnya.


ANGGOTA polis mendukung bayi yang ditemui dalam plastik sampah di Seremban semalam.

Sumber: Kosmo Online, 2 April 2009

Petunjuk hidup yang langsung tidak diendahkan... :(

"Sesungguhnya rugilah orang yang membunuh anak-anak mereka, kerana kebodohan lagi tidak mengetahui, dan mereka mengharamkan apa yang Allah telah rezekikan pada mereka dengan semata-mata mengada-adakan terhadap Allah. Sesungguhnya mereka telah sesat dan tidaklah mereka mendapat petunjuk." (Surah Al-An’aam: Ayat 140)

“Dan janganlah kamu menghampiri zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji. Dan suatu jalan yang buruk. Dan janganlah kamu membunuh jiwa yang diharamkan Allah (membunuhnya), melainkan dengan suatu (alasan) yang benar.” (Surah al-Isra : 32-33).

"Dan barangsiapa yang membunuh seorang mukmin dengan sengaja maka balasannya ialah Jahannam, kekal ia di dalamnya dan Allah murka kepadanya, dan mengutukinya serta menyediakan azab yang besar baginya." (Surah An-Nisaa’: Ayat 93)

No comments: