Monday, August 17, 2009

Kejar dunia, kejar akhirat

"Apabila kita kejar dunia, dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita".

Contoh paling ketara...




KEGEMBIRAAN Nik Nur Madihah (kanan) yang dipeluk oleh Mariani di hadapan rumah baru mereka di Taman Kurnia Jaya, Pengkalan Chepa semalam.

KOTA BHARU - Bagi pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2008, Nik Nur Madihah Nik Mohd. Kamal, 18, tiada yang lebih baik untuk dijadikan hadiah kepada keluarga menyambut Aidilfitri selain mendapat rumah baru.

Hajat yang sudah terpendam sejak di bangku sekolah untuk menghadiahkan rumah kepada keluarga yang dahulunya menghuni pondok buruk di Kampung Parang Puting, Pengkalan Chepa kini tertunai apabila dia menerima kunci rumah banglo setingkat berharga RM130,000 semalam.

"Saya telah berjanji nak menghadiahkan rumah kepada keluarga selepas bekerja nanti tetapi tak sangka Tuhan menunaikan hajat saya itu lebih awal.

Sumber: Kosmo, 18 Ogos 2009.

Tumpang gembira melihat ganjaran nikmat yang diterima hasil dari kesabaran mereka. Somehow, sekadar ingin mengingatkan diri sendiri dan semua... jangan pula kita sampai lupa diri setelah menerima nikmat yang diberikan malah sepatutnya lebih mendekatkan diri pada Yang Memberi.

No comments: