Wednesday, August 12, 2009

Macam-macam ada...!

Bagaimana ya nak mengurangkan atau menghapuskan sama sekali gejala sosial yang macam-macam ada di sekeliling hidup kita ni? Ada sahabat berseloroh... "Kalau semuanya baik-baik belaka, kosong pulak NERAKA tu nanti!" Jawab saya... "Apa salahnya NERAKA tu kosong. Ehh... mana boleh kosong pulak NERAKA tu... kan SYAITAN penghuni tetapnya... so biarlah regu-regu dia je dalam NERAKA tu... manusia kalau tak join lagi ok pe..." Tambah saya berloyar buruk. ;)

So, back to the issues... antara punca-punca yang dikenalpasti dari pemerhatian sendiri...

Rogol, zina dan buang anak...
Wanita-wanita yang kebanyakannya cenderung ke arah menyeksikan diri mereka termasuklah yang bertudung.


Foto: Awek Tudung

Lelaki yang tak kuat imannya memang mudah naik nafsu jahatnya jika melihat wanita-wanita seksi seperti ni. Mulalah mereka nak buat hal. Satu situasi... wanita yang merelakannya... termengandung dan seterusnya 'terbuang' anak. Hahh?! Satu situasi lainnya... secara paksaan. Mungkin keadaan masa tu tidak sesuai untuk melampiaskan nafsu jahatnya so nafsu jahat tu dipendam dulu hingga satu masa yang sesuai... mungkin kerana inilah juga tidak kira kanak-kanak atau wanita bertudung tetap dikerjakannya!

Ragut, rompak...
Berpunca dari masalah ketagihan dadah. Si penagih perlukan wang untuk membeli dadah bagi melepaskan gian. Makanya, mereka sanggup berbuat apa saja walaupun terpaksa membunuh! Pengangguran juga boleh tahan menjadi penyebabnya.

Rempit...
Bosan tak tahu apa nak buat, mudah terpengaruh dengan rakan-rakan, konon-kononnya sukakan cabaran, tertarik pula dengan ganjaran yang dipertaruhkan. Kalau bernasib baik menang, dapatlah ganjaran wang atau gadis cantik atau kedua-duanya sekali! Tapi malang kalau... dapatlah mereka ganjaran lubang kubur!


Foto: Janelabu

Penyelesaiannya...?
Rogol, zina dan buang anak? CCTV?
Ragut, rompak? CCTV?
Rempit? CCTV

Setakat ni, telah terbukti tidak berkesan sangatpun... dah dirogol, dah dibunuh, bayi dah dibuang, dah kena ragut dan rompak barulah bergegas pak polisinya datang... Malangnya, dah terlewat... Tak salahkan pak polisi ya sebab memang tak terkejarpun! Teringat komen seorang pendengar di radio IKIM.fm... Britain merupakan negara yang terbanyak pemasangan CCTVnya tapi didapati masih jugak tinggi kadar jenayah yang berlaku di sana. Wallahu'alam...

Kata orang... mencegah lebih baik dari merawat...

Rogol, zina dan buang anak?
SEMUA WANITA janganlah suka benar menyeksikan diri... nanti siapa jugak yang susah... kita kaum wanita dan anak-anak perempuan kita jugak yang susah... :\ Apa tujuan ditayang-tayangkan tu agaknya hanya empunya diri yang tahu tapi yang pastinya...
"Allah tidak melihat kepada tubuh kalian dan tidak pula kepada bentuk kalian. Allah hanya melihat kepada hati dan perbuatan kalian." (Hadis riwayat Muslim)



Ragut, rompak?
Perangi dadah habis-habisan! Yang mana yang sudah terjerat dan dalam proses pemulihan... boleh juga sediakan aktiviti yang menjana ekonomi untuk mereka dan pusat pemulihan yang dihuni mereka. Yang pandai bertukang, melukis... bantu mereka promosi dan jual hasil kreativiti mereka di luar...

Rempit?
Banyakkan aktiviti-aktiviti sihat dan berfaedah... ada yang menganjurkan aktiviti sihat tapi dalam masa yang sama menggalakkan pula percampuran lelaki dan perempuan... mahunya silap-silap balik pula ke masalah pertama tadi! Sia-sia... :(

Pencegahan paling mujarab...
Sabda Rasulullah saw, "Tidak berIMAN seorang pencuri ketika dia mencuri dan tidak berIMAN seorang penzina ketika dia berzina."

Sabda Nabi saw, "Sesungguhnya di dalam tubuh (manusia) ada seketul daging, jika dia baik maka baiklah seluruh tubuhnya, dan jika dia rosak maka akan rosaklah seluruh tubuhnya, ketahuilah bahawa dialah HATI". (HR. Bukhari dan Muslim)

"Hai orang-orang yanq berIMAN, janganlah kamu mengikuti langkah-langkah syaitan. Barangsiapa yang mengikuti langkah-langkah syaitan, maka sesungguhnya syaitan itu menyuruh mengerjakan perbuatan yang keji dan yang mungkar". (Surah An Nuur: 21)

Semoga para pemerintah negara pemikul amanah agama mengambil langkah-langkah penting menyediakan persekitaran yang baik supaya IMAN kita terus terpelihara... Al-maklumlah... IMAN kita ni macam juga The Eyes of Malaysia... kejapnya naik, kejapnya turun. :|

No comments: