Wednesday, August 19, 2009

Kartika yang terasing!

Lega hukuman semakin hampir
Oleh: AZLI ADLAN (azli.adlan@kosmo.com.my)


Kartika dengan ditemani bapanya ketika mengulas hukuman sebat yang bakal dilaluinya di Kuala Kangsar semalam.

KUALA KANGSAR - "Saya lega kerana semakin hampir untuk dijatuhi hukuman sebat yang sekurang-kurangnya dapat mengurangkan rasa berdosa saya."

Namun kata wanita itu, dia dan keluarga keliru kenapa hukuman sebat itu perlu dilakukan di Penjara Kajang.

"Selepas ditahan adakah saya akan ditempatkan di Penjara Kajang bersama tahanan lain kerana saya bukan banduan," kata Kartika.

Bagi Kartika Sari Dewi Shukarnor, dia juga berpendirian seperti bapanya, Shukarnor Abdul Mutalib untuk menjalani hukuman secara terbuka.

"Saya tidak akan berasa aib dan bersedia untuk disebat di khalayak ramai agar matlamat hukuman tersebut untuk memberi teladan kepada orang ramai tercapai," kata ibu kepada dua orang anak itu.

Sumber: Kosmo, 20 Ogos 2009.

Buat Kartika... semoga dirahmati Allah s.w.t dalam kehidupan ini dan kehidupan seterusnya. Orang yang tak mengerti mungkin akan melabelkan anda sebagai seorang yang pelik tapi bukankah yang pelik itu lebih beruntung?

Sekurang-kurangnya beliau mengakui kesilapannya... Peringatan buat diri sendiri...
"Mereka menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada manusia, dalam pada itu mereka tidak menyembunyikan (kejahatan mereka) daripada Allah. Padahal Allah ada bersama-sama mereka..." (An-Nisa:108)

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud, "Islam muncul pertama kali dalam keadaan terasing dan akan kembali terasing sebagaimana mulainya, maka berbahagialah orang-orang yang terasing tersebut. Para sahabat berkata, “Wahai Rasulullah, siapa al-ghuraba (orang terasing) ini?” Rasulullah SAW bersabda, “Mereka adalah orang-orang yang melakukan perbaikan ketika manusia sudah rosak.”" [HR at-Thabrani dalam al –Kabir]



Islam yang muncul pertama kali dalam keadaan terasing... betapa bilangan mereka yang sedikit tetap berusaha melindungi Rasulullah dari disakiti kaum musyrikin. Semoga diri ini dapat meneladani mereka...

No comments: