Monday, August 10, 2009

Siapalah punya kerja ni?

Last Sunday 9 Aug 09, pegi shopping barang keperluan rumah yang dah habis sorang-sorang je coz hubby nampaknya letih sangat selepas balik outstation to Singapore. Dah sorang-sorang tu, malas nak tolak je trolley ke sana ke mari so I left it at one point yang berdekatan dengan kawasan barang yang nak dibeli tu...



Ambik barang, gi ke trolley semula nak terus ke kaunter bayaran... Alangkah terkezutnya... entah siapalah makhluk Allah yang tak begitu ok otaknya I guess... Ada ke patut si polan ni dah masukkan rantai kunci trolley dari trolley yang lain ke trolley I... satu hal pulak I kena masukkan coin yang lain semata-mata si polan yang misteri ni nakkan coin 20 sen tu... Sempat pulak dia menjalankan aktivitinya yang sangat menyusahkan orang tu... :|

Kasihan sungguh manusia di bumi bertuah Malaysia ni... Begitu sekali tahap kedaifannya... Nasiblah ada lagi duit 20 sen dalam dompet... kalau tak satu hal pulak buang masa dan tenaga yang berharga ni gi jumpa cashier nak tukar coin 20 sen...

Kalau diikutkan hati ni, memang geram dibuatnya!!! Fikir-fikir balik... malaslah nak layan... Bukannya tahupun siapa orangnya... Kalau tahu nak jugalah ditanya apa masalahnya tu... tapi rasanya kena tengok keadaan jugak kot... Bimbang jugak si polan tu memang kurang waras ke... kes naya tu... Apabila diceritakan pada suami, katanya "Budak kot..." Entahlah... sabar sajalah... :|

No comments: