Sunday, August 9, 2009

Salah faham yang menyedihkan...

Jika kalian terlihat rakan-rakan sebangsaku tidakpun berkelakuan seperti akhlak-akhlak seorang Islam yang sepatutnya dimiliki... janganlah hendaknya kalian simpulkan bahawa itulah ciri keperibadian yang diajar oleh petunjuk hidup kami iaitu Al-Quran dan sunnahNya...

Kalian...
Melayu itu Muslim tapi tak semestinya Mukmin... orang Mukmin betul-betul mengimani bahawa "Tiada Tuhan Yang Disembah Melainkan Allah, Nabi Muhammad itu Pesuruh Allah" bukan sekadar melafazkannya di bibir sahaja. Mereka ini sentiasa berusaha melaksanakan perintah Tuhan dan menjauhi larangan Tuhan. Mereka ini memikul amanah dari Tuhan yang mencipta diri untuk saling ingat-mengingati sesama manusia dalam berbuat kebaikan dan menegah manusia berbuat kejahatan... mereka boleh jadi sesiapa saja tak kira bangsa... Melayu... Cina... India... Americans, Africans malah sesiapa saja di serata dunia dan mereka ini bersaudara semuanya.



Kalian...
Sesungguhnya seorang Muslim tidak semestinya Mukmin, seorang yang Mukmin semestinya seorang Muslim.

No comments: