Sunday, August 9, 2009

Program Anak Angkat Palestin (PAPA)

Dimaklumkan YAYASAN WANITA ISLAM (YATI)dengan kerjasama beberapa pihak sedang melaksanakan "Program Anak Angkat Palestin (PAPA)" bagi membela kehidupan kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel Zionis.

Program ini mempelawa semua warga Seberang Perai untuk menyertai program tersebut. YAYASAN WANITA ISLAM (YATI) akan melaksanakan program anak angkat di mana seramai mungkin kanak-kanak Palestin akan didaftarkan oleh YATI untuk diambil sebagai anak angkat. Kanak-kanak ini akan dibantu dari segi sara hidup yang meliputi aspek pendidikan, pemakanan, penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan.

YATI telah membahagikan penyertaan dalam program ini kepada beberapa kategori penyertaan yang membolehkan orang ramai di Malaysia menyertainya mengikut kemampuan masing-masing.Berikut disenarai beberapa kategori sumbangan :-

A. Sumbangan RM3,500.setahun
B. Sumbangan RM2,625 setahun
C. Sumbangan RM1,750.00 setahun
D. Sumbangan RM850.00 setahun
E. Sumbangan RM350.00 setahun

Pembayaran boleh juga dimasukkan ke akuan : YAYASAN WANITA ISLAM, Bank Islam:14041010033716 dan Bank CIMB :12530011195054.

Maklumat lanjut sila berhubung dengan Sekretariat,

PROGRAM ANAK ANGKAT PALESTIN (PAPA),
D/A YAYASAN WANITA ISLAM,
Blok D5-M, Dataran Palma,
68000 Ampang Selangor.
Tel: 03-4270 7470, 03-4270 5941
Faks:03-4270 6979
Emel: yati_islam@yahoo.com

Sumber: www.mpsp.gov.my

No comments: