Sunday, October 4, 2009

Tanggungjawab bersama

Imam Al-Ghazali pernah berkata... "“Apabila kita hendak melihat wajah negara pada masa hadapan, lihatlah generasi mudanya pada hari ini. Sekiranya golongan muda pada hari ini adalah dari kalangan yang berakhlak dan berhemah tinggi, tentunya negara kita akan datang adalah sebuah negara yang aman makmur – baldatun tayyibatun wa rabbun ghafur. Akan tetapi jika keadaan adalah sebaliknya maka bersedialah untuk berhadapan dengan kemungkinan buruk yang akan berlaku."

Aduh... risau sungguh saya mengenangkan kata-kata ni. Alangkah bagusnya juga jika dapat diselidik-selidik ke mana hala tuju pemuda-pemudi harapan ummah pada masa ini???

Harapnya tidak begini...


Foto: puadede.com

Atau beginikah...?


Ehh... bau apakah itu...?

Saya mengingatkan diri saya sendiri... ibu kepada anak-anak generasi pewaris pada pesanan-pesanan 'empunya diri dan diri-diri'...

“Dan tidak (dinamakan) kehidupan dunia melainkan permainan yang sia-sia dan hiburan yang melalaikan; dan demi sesungguhnya negeri akhirat itu lebih baik bagi orang yang bertakwa. Oleh itu, tidakkah kamu mahu berfikir?” (Surah Al-An’am: 32).

“Sedarlah wahai orang-orang yang lalai. (Sebenarnya kamu tidak ingatkan kesudahan kamu) bahkan kamu sentiasa mencintai (kesenangan dan kemewahan dunia) yang cepat habisnya. Dan kamu tidak menghiraukan (bekalan untuk) hari akhirat (yang kekal abadi kehidupannya).” (Surah Al-Qiamah: 20-21).


Atas kesedaran bahawa...
Dari Abu Hurairah r.a. bahawa Nabi Muhammad s.a.w bersabda: "Apabila seorang anak Adam mati putuslah amalnya kecuali tiga perkara: sedekah jariah atau ilmu yang memberi manfaat kepada orang lain atau anak yang soleh yang berdoa untuknya." (Hadith Sahih - Riwayat Muslim dan lain-lainnya)

Makanya, sukalah saya berkongsi sedikit inspirasi dalam mendidik anak-anak kita yang mungkin boleh dimanfaatkan oleh sahabat-sahabat yang mengunjungi ke blog ini dalam melaksanakan tanggungjawab kita ke atas anak-anak kita yang merupakan amanah Allah s.w.t yang dipinjamkan seketika kepada kita kerana Allah pencipta diri-diri kita ini telahpun berpesan...

”Wahai orang-orang yang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu; penjaganya malaikat-malaikat yang kasar, keras, dan tidak menderhakai Allah terhadap apa yang diperintahkan-Nya kepada mereka dan selalu mengerjakan apa yang diperintahkan.” (Surah At-Tahrim: 6)

Supaya tidaklah kita dan anak-anak kita menjadi manusia-manusia yang dalam kerugian ketika tiba masa kita pulang mengadap Allah s.w.t semula kelak. Ajal tiba sekelip mata dan tanpa disangka... Bukti banyak di depan mata kecuali mata kita tidak digunakan sebaiknya...

TANGGUNGJAWAB PENDIDIKAN IMAN KEPADA DIRI DAN ANAK-ANAK

PELAJARAN 1: DARI MANA NAK KE MANA?

Apakah manusia terjadi dengan sendirinya tanpa ada yang menciptanya?


"Tidakkah manusia itu melihat dan mengetahui, bahawa Kami telah menciptakan dia dari (setitis) air benih? Dalam pada itu setelah Kami sempurnakan kejadiannya dan tenaga kekuatannya) maka dengan tidak semena-mena menjadilah ia seorang pembantah yang terang jelas bantahannya (mengenai kekuasaan Kami menghidupkan semula orang-orang yang mati)." (Surah Yaasin: 77)

Apa tanggungjawab manusia kepada Tuhan yang mencipta dirinya?

"Sesungguhnya aku jadikan manusia sebagai khalifah di bumi." (Surah Al-Baqarah: 30)

“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk pengabdian kepadaKu. Aku tidak mengkehendaki rezeki sedikitpun daripada mereka dan Aku tidak mengkehendaki supaya mereka memberi Aku makan.”(Surah az-Zariyat: 56-57)

“Maka apakah kamu mengira bahawa sesungguhnya Kami menciptakan kamu secara main-main (saja-saja) dan bahawa kamu tidak akan dikembalikan kepada Kami? Maka Maha Tinggi Allah, Raja Yang Sebenarnya, tidak ada Tuhan selain Dia, Tuhan (yang mempunyai) ‘Arasy yang mulia”.(Surah Al-Mukminun: 115-116)

"Dia telah menciptakan kamu dari bumi (tanah) dan menjadikan kamu pemakmurnya." (Surah Hud: 61)


Begitulah...

PELAJARAN 2: TEMAN KEMBARA HIDUP MANUSIA

ANALOGI LAMPU TRAFIK

Apa akan terjadi jika tiada lampu trafik di persimpangan jalan?

Akan berlaku kesesakan atau kemalangan.

Apa sebabnya?
Manusia secara kejadiannya perlukan satu peraturan dalam mengurus kehidupannya.

Lampu trafik – peraturan manusia
Al-Quran – peraturan Allah

Persimpangan jalan = liku-liku kehidupan manusia

Iktibarnya...
Seringnya kita manusia lebih mudah mengikut peraturan manusia kerana sedar akan akibat ’hukuman segera’ jika melanggar sesuatu kesalahan itu seperti hukuman mati, hukuman penjara atau hukuman sebat sedangkan peraturan Allah s.w.t yang mencipta diri-diri kitalah yang sepatutnya diutamakan, dihayati dan diikuti.

Realitinya kita lebih takutkan hukuman manusia berbanding hukuman Tuhan kerana yang mengawasinya kelihatan di mata kasar manusia... polis, cctv... begitulah kita manusia... sukar melihat dengan 'mata hati'.

ANALOGI SANG PENGEMBARA

Seorang pengembara perlu sampai ke destinasi yang tak pernah dilalui. Apakah teman kembara yang perlu dibawa bersama jika tidak mahu tersesat?

Destinasi = alam akhirat
Kompas, peta = panduan Al-Quran

Sambungannya... senarai pengajaran yang perlu diterapkan di dalam setiap diri anak-anak Muslim yang saya rujuk dari sebuah buku bertajuk ”Pedoman Pendidikan Anak-Anak Dalam Islam” karangan Dr Abdullah Nasih Ulwan.

No comments: