Monday, October 26, 2009

Sedang berlegar di fikiran

Sebentar tadi saya menonton Madrasah Salsilah Rasulullah di Astro Oasis. Kali ni berkisarkan kehidupan adik Fatimah di Mesir yang mempunyai pertalian darah Rasulullah s.a.w. Dapat dilihat masjid-masjid di sana dibuka selain ketika masuk waktu solat untuk aktiviti-aktiviti kerohanian seperti membaca dan menghafal Al-Quran, hadis2 dan sebagainya. Alangkah baiknya jika di Malaysia juga dipraktikkan begitu tapi apakan daya dunia sekarang terlalu menuntut kita untuk mengejar fulus demi survival hidup di dunia hingga adakala terleka untuk kumpul bekalan ke alam Akhirat... peringatan buat diri sendiri...

Sambil minum petang siang tadi, bercerita dengan hubby tentang blog wanita istimewa ini Ummi Roses yang begitu berani menegur anak2 remaja di KL pada satu ketika yang berkelakuan tidak senonoh dengan temannya. Begitu nekadnya beliau. Pada hemat saya, keberanian beliau itu disebabkan pengalaman beliau berhadapan dengan anak-anak remaja perempuan yang berada di bawah penjagaannya di Raudhatus Sakinah. Beliau tentu tidak sanggup melihat lebih ramai anak-anak remaja ini terjerumus dalam masalah yang sama. Tindakan beliau tentunya kerana berpegang pada prinsip "mencegah lebih baik daripada merawat". Dan saya sangat bersetuju.

Alangkah baiknya jika anak-anak remaja ini dapat dipupuk minat mereka ke arah beramal kepada masyarakat seperti menziarahi golongan pesakit2 di hospital, bergotong royong di rumah-rumah anak yatim atau golongan warga tua dan sebagainya.

Alangkah banyak yang boleh dilakukan sebagai bekalan amalan tetapi entah kenapa diri sering saja lebih gemar tidak berbuat apa2 dan membuang masa... :(

No comments: