Sunday, October 18, 2009

Wajah-wajah generasi pewaris ummah

Sedih mengenangkan bahawa beginilah suasana persekitaran yang akan ditempuhi oleh anak-anak. Hanya usaha membekalkan mereka dengan iman sajalah yang mampu mengawasi langkah-langkah mereka. Diri ini akan terus berusaha sedaya-upaya dan kepada Allah sahajalah diri ini berserah.
Sabda Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Setiap kamu adalah pemimpin dan setiap kamu akan ditanya mengenai kepimpinannya. Imam (Ketua Negara) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Suami (bapa) adalah pemimpin dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Wanita pemimpin di rumah suaminya dan akan ditanya mengenai kepimpinannya, Orang Gaji adalah pemimpin kepada harta benda yang diamanahkan kepadanya dan dia akan ditanya mengenai kepimpinannya. Tiap-tiap kamu adalah pemimpin dan kamu akan ditanya mengenai kepimpinan kamu". (Hadis Riwayat al-Bukhari, Muslim, Abu Daud, al-Tirmizi dan Ahmad)

Wahai diri ini! Wahai mereka yang sedang memegang kekuasaan! Kita sama-sama punya amanah!
"Barangsiapa di antara kamu melihat kemungkaran, maka hendaklah ia ubah dengan tangannya, jika tidak sanggup, maka dengan lidahnya, jika tidak sanggup juga dengan hatinya,tetapi itu adalah selemah-lemah iman. (Hadis riwayat Muslim)

Jadikan Al-Quran panduan hidup kerana di dalamnya terkandung segala jawapan kepada setiap persoalan hidup di dunia ini.

Laksanakanlah hukum dari ketetapan Allah agar terhindar dari segala punca kepada kerosakan akhlak yang melanda di mana-mana saja sekarang ini.
“Wahai orang-orang yang beriman! Masuklah kamu ke dalam agama Islam (dengan mematuhi) segala hukum-hakamnya; dan janganlah kamu menurut jejak langkah syaitan; sesungguhnya syaitan itu musuh bagi kamu yang terang nyata”. (Surah Al-Baqarah:208)


Allah SWT berfirman: "(Tetapi kebanyakan kamu tidak melakukan yang demikian), bahkan kamu utamakan kehidupan dunia; padahal kehidupan akhirat lebih baik dan lebih kekal." (Surah al-A'la: 16-17)

TIGA gadis Melayu menari atas meja sebuah pusat hiburan di KL Sentral dalam intipan wartawan Kosmo! baru-baru ini.

KUALA LUMPUR - Pengunjung sebuah pusat hiburan di KL Sentral seolah-olah ingin menunjuk handal apabila tanpa segan silu meneguk arak serta melakukan tarian aksi lucah di atas meja yang dituang arak dan dinyalakan api.

Mereka yang rata-ratanya gadis Melayu, berpakaian seksi berdiri di atas meja penerima pesanan dan mula menari dengan aksi menggiurkan mengikut irama muzik yang rancak.

Melihat akan gerak-geri tarian mereka, perbuatan gadis terbabit seolah-olah meniru budaya Patpong yang terdapat di Thailand.

Apa yang menjadi persoalan ialah bagaimana pusat hiburan terkenal dan beroperasi sejak hampir dua tahun itu boleh menjalankan perniagaannya melebihi masa yang ditetapkan, seolah-olah pengusahanya 'kebal' daripada tindakan undang-undang.

Umum sedia maklum, semua pusat hiburan hanya dibenarkan beroperasi hingga pukul 3 pagi tetapi pemilik premis itu dengan selamba melanjutkan perniagaannya sehingga pukul 5 pagi.

Difahamkan, premis tersebut bukan sahaja dikunjungi oleh golongan remaja yang inginkan kehidupan bebas.

Seorang pengunjung yang jelek dengan gejala itu telah membawa wartawan Kosmo! meninjau premis berkenaan baru-baru ini

Dia yang ingin dikenali sebagai Faris, 30-an memberitahu, kegiatan seperti itu bukan lagi satu keganjilan bagi warga kota kerana pengunjung di kalangan orang Melayu yang datang ke situ dianggap sebagai orang yang dihormati dan mempunyai cita rasa tinggi.
Katakanlah, "Tidaklah sama yang buruk dengan yang baik, meskipun banyaknya yang buruk itu menarik hatimu..." (QS 5:100)

"Adapun orang yang melampaui batas, dan lebih mengutamakan kehidupan dunia, maka sesungguhnya nerakalah tempat tinggalnya. Dan adapun orang yang takut kepada kebesaran Tuhannya dan menahan diri dari keinginan hawa nafsunya maka sesungguhnya syurgalah tempat tinggalnya." (QS 79 : 37-41)

Tak sanggup rasanya menanggung bala bencana dari-Nya. Tak mustahil jika kita asyik terleka!

No comments: