Saturday, October 31, 2009

Promosi kempen "Anda Bijak Jauhi Zina"

Salam, kali ni nak berkongsi info tentang satu program proaktif dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada para remaja dan belia tentang akibat zina. Program ini dikendalikan oleh pihak Raudhatus Sakinah.

Ada baiknya juga kita bersama-sama cuba mempromosi program ini kepada pihak2 sekolah di kawasan masing-masing. Moga sedikit sebanyak menjadi bekalan amalan dari usaha kecil kita ni.



PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKSI REMAJA
ANDA BIJAK JAUHI ZINA
(BE WISE AVOID ZINA)

Disediakan untuk
REMAJA SEKOLAH MENENGAH / IPT

TEMA
* ADA APA DENGAN CINTA
* BERAPA HARGA DIRIMU
* TABIAT TAK PE REMAJA BINASA

Kandungan Program:
 Slot 1: Penciptaan Manusia dan Peranan mereka di dunia
o Slide show kejadian manusia
o Memahami tubuh badan dan Fungsi Sistem Reproduksi
o Hak dan Tanggungjawab Reproduktif
o Akibat apabila manusia menyimpang daripada tujuan asal penciptaan mereka

 Slot 2: Apa itu Cinta dan Seks ?
o Pengenalan cinta dan seks
o Akibat perangkap cinta
o Perlukah remaja bercinta di bangku sekolah?

 Slot 3: Akibat zina dan cinta terlarang
o Pengenalan penyakit kelamin STD, HIV dan AIDS
o Kesan dan risiko penyakit
o Kemurungan, bunuh diri
o Hamil luar nikah
o Teknik dan akibat Pengguguran
o Masalah sosial - anak tak sah taraf

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
Puan Munirah Binti Almubarak
Eksekutif Pentadbiran Raudhatus Sakinah
Lot 300.2 Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-41073379 / Fax : 03-41071754
HP: 0132526952
Website : wanita.jim.org.my

Raudhatus Sakinah @ http://rspusat.wordpress.com/

Contoh email promosi saya kepada pihak sekolah di kawasan setempat.

Assalamualaikum w.b.t,

Puan Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK.......,

Sukacita ingin saya mengemukakan satu cadangan kepada pihak sekolah. Atas rasa keprihatinan terhadap pelbagai gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja dan belia masa kini, di sini saya panjangkan satu kertas kerja bertajuk "Program Pendidikan Kesihatan Reproduksi Remaja, Anda Bijak Jauhi Zina" untuk pertimbangan pihak Puan.

Puan bolehlah menghubungi Puan Munirah Bt Almubarak melalui maklumat perhubungan yang telah disertakan di dalam kertas kerja tersebut sekiranya berminat.

Semoga kita sama-sama beroleh kebaikan di atas segala perbuatan 'amar makruf nahi mungkar' ini. Amin... InsyaAllah...

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Firman Allah s.w.t: Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” Mereka menjawab: “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.” (Surah al-A’raf [7]: 164)

Terima kasih.

p/s: Anda boleh mendapatkan softcopy kertas kerja ini yang disediakan oleh pihak Raudhatus Sakinah daripada saya jika berminat membantu mempromosi program ini.

No comments: