Thursday, October 15, 2009

Bagaimana masa depan anak-anakku

Sekejap tadi aku cuba mencari2 berita tentang Palestin. Entah bagaimanalah keadaan mereka di sana. Lemahnya imanku yang sekadar berupaya membenci dalam hati. Sekali-sekala timbul persoalan, kenapa aku rasa seperti aku terlalu banyak membuang masa dalam hidup ini. Aku hanya sibuk di lingkungan keluarga dan kerjaya. Hati terasa ingin sekali berbuat sesuatu demi ummah tapi ada sesuatu yang membelenggu langkah kakiku. Malas? Berada di comfort zone? Aku hanya mampu berdoa Allah menerima usaha kecilku dalam cuba mendidik diri sendiri dan anak-anak-anak agar sentiasa mengemudi hidup demi mendapat redhaNya jua. Entah di manalah aku jika Allah tak sudi meminjamkan nafas ini kepadaku.

Melihat perbahasan di PWTC tadi, hati berasa teramatlah kecewanya. Tidak ada aku mendengar mereka itu membawa usul melaksanakan kaedah mencegah segala penyakit-penyakit sosial di sekeliling. Yang ada, merawat! merawat! merawat! Jika H1N1 bersemangat benar dengan laungan "Mencegah lebih baik dari merawatnya"!

Ya Allah, ya Tuhanku, sayu aku melihat wajah anak-anakku di kala nyenyaknya tidur mereka. Sebagai ibu, akan kucuba sedaya upayaku untuk menerapkan iman ke dalam jiwa mereka dan juga aku. Harapanku agar iman itulah yang menjadi CCTV dalam mengawasi setiap langkah mereka dalam kehidupan dengan persekitaran yang tak begitu kondusif ini. Bimbangnya aku...

Aku sedar jika bala menimpa seperti di Padang Sumatera itu, semuanya akan menerima akibatnya. Cuma yang sekadar aku mampu terbuat, cuba mempersiapkan diri sendiri dan insan-insan tersayang pada sebarang kemungkinan jika suatu hari Allah mendatangkan balasanNya kerana sebahagian yang tidak ingin kembali kepada ajaranNya di dalam Al-Quran. Ya Allah, aku mohon ampun padaMu. Kasihanilah kami semua, ya Allah. Bukakanlah hati-hati kami untuk sentiasa mengingatiMu dan mentaati perintahMu. Moga biarlah di saat-saat menghadapi sakaratul maut, tiada lagi sesalan kerana tidak sempat mengumpul bekalan amalan. Amin ya Allah...

No comments: