Thursday, September 3, 2009

Kawah bulan di muka kakak

Kakak dah sembuh sepenuhnya dari demam campak. Letih jugaklah memesan kakak supaya jangan disentuh kuping-kuping campak tu. Biarkan saja kuping tu jatuh sendiri lebih-lebih lagi yang di muka tu.

Teringat sewaktu mama moda-moda dulu... ;) Ikut kata mak tok, mama kena campak semasa sekolah menengah. Mama concern betul dengan bekas campak yang ada la dalam 3 lubang kawah di muka ni. Mama begitu concern sebab bimbangkan entah sapa2 je la yang nak berkenan kat mama ni kalau rupanya gitu... ;b Funny... but that was me during those time.

Rupa-rupanya bila dah semakin meningkat usia dan lebih memahami erti dan tujuan hidup, mama dapati itu bukanlah perkara yang patut dibimbangkan sebenarnya.

Jika tujuan hidup kita hanyalah untuk mendapat keredhaan Allah semata-mata selama hidup di dunia yang sementara ni maka tentulah kita akan memperbaiki segala amalan kita sebagai seorang hamba Allah, patuh suruhan-Nya dan tinggalkan larangan-Nya. Maka akan cantiklah budi pekerti kita. Kecantikan budi pekerti lebih kekal sifatnya berbanding wajah yang rupawan yang tak kekal selamanyapun. Lambat-laun berkedut juga!

Apabila budi pekerti kita elok, Allah dah katakan bahawa "perempuan yang baik untuk lelaki yang baik" dan begitulah sebaliknya. Maka lelaki yang baik tentu akan sama tujuan hidupnya dengan kita. Jadi tidaklah timbul masalah bimbang tiada orang yang nak berkenan pada kita disebabkan bekas campak kita tu. OK, kakak...

Jadi kakak, manalah tahu jika mama 'tiada' di sisi kakak di waktu kakak juga mempunyai persoalan yang sama seperti mama dulu... Janganlah kakak risau... Lapangkan hati... yakinlah Allah Maha Mengetahui akan segala yang dirancang dan ditakdirnya. Sesuatu kejadian tu pasti ada kelebihannya yang tak diketahui kita kerana kita tak mampu menjangkau kuasa pengetahuan Allah.

No comments: