Monday, September 7, 2009

Hati terusik lagi...

Kata emak, "Abah beriya ajak kawan dia gi cari siput sungai. Anak cucu nak balik raya..."

La Tahzan... La Tahzan... Kepada-Nya hamba ini memohon semoga pengorbanan hati dan perasaan kali ini akan diterima-Nya sebagai pahala kerana diri sedang belajar untuk jadi isteri solehah.



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitu aturan Tuhan

Jadilah rumput nan lemah lembut
Tak luruh dipukul ribut
Bagai karang di dasar lautan
Tak terusik dilanda badai

Dalam sukar... hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang... awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya

Usah mengharapkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Begitu ajaran Tuhan

Dalam diam... taburkanlah baktimu
Dalam tenang... buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu

No comments: