Wednesday, September 9, 2009

Badai rumahtangga

"Kami berpisah kerana masing-masing tidak ada persefahaman dan sering berbeza pendapat sejak awal perkahwinan lagi," luah seorang artis wanita N**a mengenai perceraiannya dengan bekas suaminya yang juga seorang artis F****l.

Sayu melihat wajah anak kecil mereka yang tak mengerti apa-apa. :(

Berbeza pendapat antara suami isteri sememangnya sesuatu yang amat sukar untuk ditangani jika kurang sabar. Percayalah... kerana saya juga pernah mengalaminya... Tak dapat dinafikan memang adakalanya hampir merasa putus asa tapi apabila mengenangkan semula bahawa satu perkahwinan itu lumrahnya adalah penyatuan 2 individu yang TOTALLY berlainan latar belakang makanya sampai bila-bilapun takkan dapat lari dari perselisihan faham walau bercerai, kahwin semula, bercerai, kahwin semula... kita tetap takkan dapat lari dari hakikat itu.

Bagi diri saya sendiri, setiap kali saya juga menghadapi masalah ini... saya cuba mencabar diri saya untuk mencari jalan mengharmonikan setiap perbezaan yang wujud.

Bagaimana caranya? Saya hanya manusia biasa tidak dapat meramal apakah sesuatu tindakan saya itu akan mendatangkan kebaikan atau keburukan jika tiada panduannya. Maka atas sebab itulah, saya mengambil pendirian bahawa tiada petunjuk dan tips yang paling terbaik melainkan yang diturunkan oleh Allah swt sendiri yang mencipta diri-diri kita ini suami dan isteri seperti yang difirmankan-Nya di dalam Al-Quran serta hadis-hadis Rasulullah saw tentang pertimbangan masing-masing jika ingin memastikan keharmonian rumahtangga itu berkekalan.

Sebagai seorang Mukmin marilah kita sama-sama yakin dan mengambil nasihat Allah swt di dalam Al-Quran itu sebagai panduan hidup kita. Saya mendoakan semoga kita semua selamat dalam menerajui institusi kekeluargaan ini kerana kesejahteraan umat bermula dari kebahagiaan dari rumah. Sama-samalah kita...

No comments: