Wednesday, November 4, 2009

Menuju Personaliti Rabbani

Ilmu yang dikutip dari buku bertajuk “Menuju Personaliti Rabbani – Mulakan Daripada Diri Anda” karangan Dr. Majdi Al-Hilali dari penilaian saya sendiri untuk dikongsi bersama.

• Penindasan ke atas umat Islam di serata dunia! Palestin! Uighur! Kemboja!
• Kepincangan akhlak generasi pewaris masa hadapan di serata dunia termasuk di negara sendiri!

Bilakah semua kekalutan ini akan berakhir?!

Firman Allah s.w.t: ”Dan demi sesungguhnya, Kami telah tulis di dalam Kitab-kitab yang Kami turunkan sesudah ada tulisannya pada Luh Mahfuz: ”Bahawasanya bumi itu akan diwarisi oleh hamba-hambaKu yang soleh.” (Surah Al-Anbiya’ : 105)

Lihat pada realitinya... diri sendiri, manusia sekeliling dan sistem-sistem Islam serta kaedah-kaedah yang dipraktikkan, sangat luas jurang daripada apa yang dituntut oleh Allah s.w.t sebagai prasyarat mencapai kemenangan dan kejayaan daripada ayat di atas!

Firman Allah s.w.t: ”...Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah apa yang ada pada sesuatu kaum sehingga mereka mengubah apa yang ada pada diri mereka sendiri...” (Surah Al-Anfal : 53)

Apakah halangan paling besar untuk mencapai kemenangan?

Nafsu sendirilah yang menjadi medan pertempuran yang sebenar! Jika tidak kerananya, manusia sudah menjadi sama seperti malaikat!

Di manakah kedudukan kita di dalam golongan ini?

1) Ada yang menyerahkan ’tali penambat hatinya’ kepada nafsu maka jadilah dia ’pak turut’ yang hanya mengikut sahaja telunjuk hawa nafsunya.

2) Ada yang mengisytiharkan perang dan mengibarkan panji-panji jihad melawan nafsunya sehingga akhirnya dia dapat menawan nafsunya sendiri.

3) Ada yang kadang-kadang berjuang mengalahkan nafsu dan kadang-kadang pula menurut saja semua keinginan nafsunya. Sekejap menang, sekejap kalah.

Semoga kita tergolong dalam golongan yang kedua, InsyaAllah...

Apa itu hati?

Hati adalah ’raja’ yang ditaati tetapi menundukkan seluruh jiwa dan perasaan kepada Allah s.w.t manakala akal, nafsu dan anggota badan adalah ’para pengikut’nya.

Pengurusan 1001 rasa hati...
Cinta manusia hanya kerana-Nya
Marah manusia hanya kerana-Nya
Sedih hanya kerana-Nya
Semuanya hendaklah hanya kerana Allah s.w.t

Apa itu nafsu?

Nafsu lebih cenderung kepada kejahatan dan sering lari daripada kebaikan. Nafsu diciptakan oleh Allah s.w.t untuk menguji sejauh mana benarnya penghambaan diri seseorang kepada Allah s.w.t.

Sabda Rasulullah s.a.w: ”Orang yang berakal ialah yang sentiasa menghisab dirinya sendiri dan beramal untuk hidup selepas mati, manakala orang yang lemah ialah yang menurut hawa nafsunya dan berangan-angan bahawa Allah s.w.t akan mengampuninya.” (HR Tirmizi daripada Syaddad bin Aus: Hasan)

No comments: