Thursday, November 12, 2009

2012



Teringin nak tengok cerita ni. Sebagai seorang Muslim kedatangan Hari Kiamat adalah suatu yang misteri yang menjadi rahsia di mana hanya Allah swt saja yang Maha Mengetahui. Tentu ada sebabnya... mama bayangkan jika kita tahu bila masanya kiamat akan berlaku, tentu kita dah tak nak buat apa-apa lagi melainkan hanya duduk dan berdoa dan menunggu masanya tiba.

Sebagai seorang Muslim, mama rasa tak perlu kita risaukan bilakah kiamat akan berlaku. Hanya yang perlu kita risaukan adalah bagaimana memanfaatkan tempoh hidup kita yang masih ada ni dengan sebanyak mungkin amalan baik dan meninggalkan larangan Allah swt untuk persediaan menghadapi mati atau kiamat. Wallahu'alam...

Jadi keinginan mama untuk menonton filem ini hanyalah sekadar untuk menambah pengetahuan tentang kepercayaan penganut agama lain tentang hari kiamat. Anyway, tengok trailer 2012 ni boleh tahan jugaklah mendatangkan rasa gerun!

2 comments:

hanimmokhtar said...

salam.

ha'ah fiq, aku pun teringin nak tgk..tapi kena tunggu CD. Nak tgk teori non muslim tentang kiamat..

tapi ada sequel TV tajuk 2013 plak tu katanya pasal macamna manusia survive lepas tu..hehehe..kelakar

kalaulah kiamat kita tak de la survive2 nye kan..menunggu dibicarakan la.

Mama Siti said...

teori gila2 aku lagi best, nim. entah-entah kehidupan kita di alam akhirat nanti mungkin di planet Musytari ke, planet Zuhal ke yang setakat kajian sekarang ni memang manusia tak boleh hiduppun kat situ. atau mungkin juga kehidupan akhirat manusia nanti di mana2 galaksi lain selain bima sakti yang manusia tak termampu lagipun setakat ni nak terokai. Allah Maha Berkuasa... Dia berkuasa untuk buat apa saja... kalau dikatakan jadi, maka jadilah ia! kun fayakun... wallahu'alam...