Sunday, May 9, 2010

Ibu...

Berlari kejar mimpi



Ku langkahkan kaki ini
Di hangat mentari pagi
Ku syukuri hari ini, aku masih berdiri

Dan aku tinggalkan masa kelabu
Dan lalu mulakan jalannya kerna-Mu

Semangat optimis diri jalan hari dengan pasti
Selama jantung berdetak, selama itupun

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Terjatuh bangkit aku kembali
Susah payah aku tak peduli
Kerna hidup hanya sekali

Akbar:
Dengarkanlah teman seloka hiburan
Tak perlulah kita asyik nak berlawan
Kita semua kawan tak boleh berlawan
Kalau kita renggang kita ketinggalan

Bebaskan dirimu dari dibelenggu
Teruskan langkahmu ayuh kita maju
Mari bersamaku nyanyi lagu ini
Jangan difikirkan resah yang di hati

Semua itu hanya dimindamu
Tak perlu kau sangsi tak perlu kau ragu
Segala-galanya pastikan berlalu
Mentari kan muncul mendung kan berlalu

Cat Farish:
Suka duka perkara biasa
Kita pasti lalu bezanya pada waktu
Bila berlari kenalah berstrategi
Jangan ikut hati, ikut hati nanti mati
Biarlah terlambat atur jalan cermat
Pelan-pelan kayuh jangan sampai otak penat
Sentiasa bawa diri hati-hati hari-hari beri erti pada diri
Jangan berhenti kejar mimpi senyuman diberi tanpa semua benci menghantui hati
Biarkan saja, takdir semua nyata
Bersyukurlah masih lagi bernyawa

Firdaus:
Dan aku tinggalkan masa kelabu
Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Terus berlari agar hidup ini bererti

Takkan berhenti
Berlari wujudkan mimpi
Terus berlari
Agar hidup ini bererti

Takkan berhenti berlari wujudkan mimpi
Berlari..

Friday, May 7, 2010

Hari itu pastikan tiba...

Jika dilihat pada segala macam peristiwa2 yang tidak enak didengar di sekeliling... buang anak, penindasan, pembunuhan, kekejaman, penganiayaan dan segala macam lagi, diri terasa seperti berputus asa. Namun... apabila teringat semula firman dari Pencipta, terubat semula hati yang gundah-gulana...

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (Surah An-Nur (24) : Ayat 55)

Petikan artikel Millenia Muslim, April 2010.

Pada tahun 2008, seramai 50 juta Muslim berada di Eropah dan menjelang 2050, Eropah bakal bertukar menjadi benua Islam dan boleh menguasai keseluruhan komposisi penduduk dunia. Di Amerika Syarikat pula, dalam tempoh 30 tahun saja, 50 juta umat Islam dijangka menetap di negara itu.

Adakah dengan peningkatan kadar kelahiran sahaja maka tamadun Barat boleh diambil alih oleh blok tamadun Islam? Adakah dengan ramainya manusia beragama Islam boleh menghapus terus ideologi, tamadun dan rangka sosial Barat yang terbina sekian lamanya?

Pengurusan umat Islam yang berpegang teguh pada tiang agama, berilmu tinggi, memiliki kemahiran dari pelbagai aspek, berani dan kompetitif adalah syarat utama jika proses pengambil alihan tamadun mahu menjadi kenyataan.Hari ini juga ternyata antara faktor yang menyebabkan umat Islam mundur dan tidak mampu menawarkan CARA HIDUPNYA sebagai SUMBER IKUTAN ORANG LAIN adalah wujudnya ilmu yang berpecah dua antara ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem.

Jika pihak Israel bersiap sedia dengan peralatan perang semata-mata kerana percayakan hadis Gharghad oleh Rasulullah SAW, mengapa pula umat Islam tidak?

Persiapan perang bukan sekadar untuk melaksanakan aggressive action yang dilarang dalam perjanjian Geneva, sebaliknya persiapan kekuatan angkatan perang yang FAHAM NILAI ISLAM serta jauh dari SIKAP KORUPSI yang menjadi barah dalam ketenteraan negara umat Islam.

-----------------------------------------------

InsyaAllah... pasti akan tiba juga satu hari nanti di mana bumi akan ditadbir dengan penuh sejahtera semula... amin.

Thursday, May 6, 2010

What they see what they follow

Pertama kali menonton video ini adalah ketika ditunjukkan oleh penceramah bagi tajuk yang berkaitan dengan contoh teladan atau Qudwah Hasanah.



Sumber: www.singlebabies.com



Sumber: Google YouTube



Sumber: www.childfriendly.org.au

Antara isi ceramah tadbir urus yang baik...

Menurut Imam Ghazali ada 4 tahap yang membentuk keperibadian seseorang.

1. Seeing
2. Imitate
3) Knowing
4) Attitude @ Akhlak

1) Seeing
Pada ketika bayi, mereka melihat sekeliling mereka dan merakam di dalam memori mereka tanpa memahami kebaikan atau keburukan sesuatu perbuatan yang dilihat itu.

2) Imitate
Apabila memasuki alam kanak-kanak, mereka akan meniru sahaja segala perbuatan yang telah mereka rakam di dalam memori ketika masih bayi dahulu.

3) Knowing
Kalaupun mungkin mereka dapat membezakan perbuatan baik dan buruk pada fasa remaja ini, ada kemungkinannya mereka tetap lebih cenderung ke arah melakukan perbuatan yang sudah sebati dalam kehidupan mereka sejak kecil walaupun mereka sedar perbuatan itu tidak elok.

4) Attitude @ Akhlak
Segala apa yang diamalkan dalam kehidupan itulah yang akhirnya akan membentuk keperibadian mereka...

Iktibar dari Nanny 911...

Suci sekeping hati

Lagu ni banyak memberi semangat pada satu ketika dulu, kini dan selama-lamanya. InsyaAllah ada ganjaran mereka yang berdakwah melalui lagu-lagu ni kerana ada kesannya kepada yang mendengar termasuk saya.



Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Suci Sekeping Hati
Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

Wednesday, May 5, 2010

Inilah lukisan alam...



Hidup tidak selalunya indah
Langit tak selalu cerah
Suram malam tak berbintang
Itulah lukisan alam
Begitulah aturan Tuhan
Jadilah rumput nan lemah lembut
tak luruh dipukul ribut
Bagai karang didasar lautan
Tak terusik dilanda badai
Dalam sukar… hitunglah kesyukuranmu
Dalam senang… awasi kealpaanmu
Setitis derita melanda
Segunung KurniaanNya
Usah mengaharpkan kesenangan
Dalam perjuangan perlu pengorbanan
Usah dendam berpanjangan
Maafkan kesalahan insan
Dalam diam… taburkanlah baktimu
Dalam tenang… buangkanlah amarahmu
Suburkanlah sifat sabar
Dalam jiwamu itu
Di dalam jiwamu itu