Friday, May 7, 2010

Hari itu pastikan tiba...

Jika dilihat pada segala macam peristiwa2 yang tidak enak didengar di sekeliling... buang anak, penindasan, pembunuhan, kekejaman, penganiayaan dan segala macam lagi, diri terasa seperti berputus asa. Namun... apabila teringat semula firman dari Pencipta, terubat semula hati yang gundah-gulana...

"Allah menjanjikan orang-orang yang beriman dan beramal soleh dari kalangan kamu (wahai umat Muhammad) bahawa Ia akan menjadikan mereka khalifah-khalifah yang memegang kuasa pemerintahan di bumi, sebagaimana Ia telah menjadikan orang-orang yang sebelum mereka: khalifah-khalifah yang berkuasa; dan Ia akan menguatkan dan mengembangkan ugama mereka (ugama Islam) yang telah diredhaiNya untuk mereka; dan Ia juga akan menggantikan bagi mereka keamanan setelah mereka mengalami ketakutan (dari ancaman musuh). Mereka terus beribadat kepadaKu dengan tidak mempersekutukan sesuatu yang lain denganKu. Dan (ingatlah) sesiapa yang kufur ingkar sesudah itu, maka mereka itulah orang-orang yang derhaka." (Surah An-Nur (24) : Ayat 55)

Petikan artikel Millenia Muslim, April 2010.

Pada tahun 2008, seramai 50 juta Muslim berada di Eropah dan menjelang 2050, Eropah bakal bertukar menjadi benua Islam dan boleh menguasai keseluruhan komposisi penduduk dunia. Di Amerika Syarikat pula, dalam tempoh 30 tahun saja, 50 juta umat Islam dijangka menetap di negara itu.

Adakah dengan peningkatan kadar kelahiran sahaja maka tamadun Barat boleh diambil alih oleh blok tamadun Islam? Adakah dengan ramainya manusia beragama Islam boleh menghapus terus ideologi, tamadun dan rangka sosial Barat yang terbina sekian lamanya?

Pengurusan umat Islam yang berpegang teguh pada tiang agama, berilmu tinggi, memiliki kemahiran dari pelbagai aspek, berani dan kompetitif adalah syarat utama jika proses pengambil alihan tamadun mahu menjadi kenyataan.Hari ini juga ternyata antara faktor yang menyebabkan umat Islam mundur dan tidak mampu menawarkan CARA HIDUPNYA sebagai SUMBER IKUTAN ORANG LAIN adalah wujudnya ilmu yang berpecah dua antara ilmu mengurus diri dan ilmu mengurus sistem.

Jika pihak Israel bersiap sedia dengan peralatan perang semata-mata kerana percayakan hadis Gharghad oleh Rasulullah SAW, mengapa pula umat Islam tidak?

Persiapan perang bukan sekadar untuk melaksanakan aggressive action yang dilarang dalam perjanjian Geneva, sebaliknya persiapan kekuatan angkatan perang yang FAHAM NILAI ISLAM serta jauh dari SIKAP KORUPSI yang menjadi barah dalam ketenteraan negara umat Islam.

-----------------------------------------------

InsyaAllah... pasti akan tiba juga satu hari nanti di mana bumi akan ditadbir dengan penuh sejahtera semula... amin.

No comments: