Thursday, May 6, 2010

Suci sekeping hati

Lagu ni banyak memberi semangat pada satu ketika dulu, kini dan selama-lamanya. InsyaAllah ada ganjaran mereka yang berdakwah melalui lagu-lagu ni kerana ada kesannya kepada yang mendengar termasuk saya.



Sekeping hati dibawa berlari
Jauh melalui jalanan sepi
Jalan kebenaran indah terbentang
Di depan matamu para pejuang

Tapi jalan kebenaran
Tak akan selamanya sunyi
Ada ujian yang datang melanda
Ada perangkap menunggu mangsa

Akan kuatkah kaki yang melangkah
Bila disapa duri yang menanti
Akan kaburkah mata yang meratap
Pada debu yang pastikan hinggap

Mengharap senang dalam berjuang
Bagai merindu rembulan di tengah siang
Jalannya tak seindah sentuhan mata
Pangkalnya jauh hujungnya belum tiba

Suci Sekeping Hati
Album : Kembara Cinta
Munsyid : Saujana
http://liriknasyid.com

No comments: