Monday, February 22, 2010

Alahai remaja...

Melihat pada senarai Orang Hilang di laman web PDRM, nampaknya hampir kebanyakan mereka yang hilang adalah terdiri dari anak-anak di dalam lingkungan umur belasan tahun...

Ada banyak kemungkinannya... sama ada mereka diculik atau mungkin juga atas kerelaan mereka sendiri kerana sudah kemaruk dengan cinta.



Betapalah kritikalnya kesan pada remaja berumur belasan tahun ini jika tidak dididik berpandukan pada agama dengan sempurna. Sesempurnanya...! Bukan tidak banyak kisah-kisah mereka yang beragama Islam tetapi cara hidupnya menunjukkan sebaliknya... Kata orang, lebih keBARATan dari orang BARAT! Salah agamakah...??? Sesungguhnya yang baik itu datangnya dari Allah, segala kekurangan adalah kerana kelemahan diri sendiri. Ada yang berusaha untuk berubah, tak kurang juga yang hidup berpoya-poya, mati tak ingat! Wahai diri ini... muhasabah...

Betapa saya bersyukur kerana termasuk dalam golongan remaja yang berjaya melepasi segala tipu daya dan rengekan manja nafsu pada ketika itu... Syukur... syukur... syukur... manakan tidak... kerana saya juga pernah menempuh usia seperti anak-anak remaja itu dan memang bukan mudah untuk mengelakkan sesuatu yang menyeronokkan dan mengasyikkan... keseronokan dunia! :|

Firman Allah swt...
"Katakanlah keseronokan dunia ini hanya sebentar sahaja, manakala akhirat itu lebih baik bagi orang-orang yang bertaqwa." (Surah An Nisa:77)

Firman Allah swt lagi...
"Apa yang ada pada kamu itu akan berakhir manakala yang di sisi Allah akan tetap kekal." (Surah An Nahl:96)

Rasulullah pernah bersabda...
Barang siapa hidup sebok memikirkan (laba) dunia maka nescaya Allah menyimpang perenangkan hidupnya Allah memporak-perandakan hartanya. Ia sentiasa akan merasa miskin (tidak puas-puas). Akan tetapi dunia tidak diperolehinya melainkan kadar yang telah ditentukan (oleh Allah). Barang siapa hidup mencari akhirat nescaya Allah bulatkan hatinya, Allah melindungi hartanya dan Allah jadikan hatinya sentiasa kaya manakala dunia pula akan diperolehinya dengan bersahaja.

Atau mungkin juga disebabkan suasana tegang di rumah mereka sendiri??? Wahai diri ini, teruslah bermuhasabah...

No comments: