Showing posts with label program pilihan. Show all posts
Showing posts with label program pilihan. Show all posts

Thursday, January 7, 2010

Monday, December 14, 2009

Tuesday, November 17, 2009

Kem Hijrah Remaja 1431

Kem Hijrah Remaja Islam (HIJRI) merupakan sebuah kem percutian yang diadakan khusus untuk musim cuti sekolah dan pasca peperiksaan, bersempena dengan kedatangan Tahun Baru Hijrah 1431. Program ini dibentuk khusus untuk mengisi keperluan remaja semasa yang berdepan dengan pelbagai cabaran, sebahagiannya sulit untuk difahami oleh generasi ibu bapa. Kecelaruan membabitkan persoalan pandangan hidup (worldview), agama, nilai, emosi, cinta, akademik dan kerjaya masa depan. Kepercayaan bahawa remaja perlu difahami sebelum mengharapkan mereka memahami, menjadi asas kepada lahirnya KEM HIJRAH REMAJA ISLAM (HIJRI)



Maklumat lanjut di sini.

Saturday, October 31, 2009

Promosi kempen "Anda Bijak Jauhi Zina"

Salam, kali ni nak berkongsi info tentang satu program proaktif dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada para remaja dan belia tentang akibat zina. Program ini dikendalikan oleh pihak Raudhatus Sakinah.

Ada baiknya juga kita bersama-sama cuba mempromosi program ini kepada pihak2 sekolah di kawasan masing-masing. Moga sedikit sebanyak menjadi bekalan amalan dari usaha kecil kita ni.



PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKSI REMAJA
ANDA BIJAK JAUHI ZINA
(BE WISE AVOID ZINA)

Disediakan untuk
REMAJA SEKOLAH MENENGAH / IPT

TEMA
* ADA APA DENGAN CINTA
* BERAPA HARGA DIRIMU
* TABIAT TAK PE REMAJA BINASA

Kandungan Program:
 Slot 1: Penciptaan Manusia dan Peranan mereka di dunia
o Slide show kejadian manusia
o Memahami tubuh badan dan Fungsi Sistem Reproduksi
o Hak dan Tanggungjawab Reproduktif
o Akibat apabila manusia menyimpang daripada tujuan asal penciptaan mereka

 Slot 2: Apa itu Cinta dan Seks ?
o Pengenalan cinta dan seks
o Akibat perangkap cinta
o Perlukah remaja bercinta di bangku sekolah?

 Slot 3: Akibat zina dan cinta terlarang
o Pengenalan penyakit kelamin STD, HIV dan AIDS
o Kesan dan risiko penyakit
o Kemurungan, bunuh diri
o Hamil luar nikah
o Teknik dan akibat Pengguguran
o Masalah sosial - anak tak sah taraf

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
Puan Munirah Binti Almubarak
Eksekutif Pentadbiran Raudhatus Sakinah
Lot 300.2 Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-41073379 / Fax : 03-41071754
HP: 0132526952
Website : wanita.jim.org.my

Raudhatus Sakinah @ http://rspusat.wordpress.com/

Contoh email promosi saya kepada pihak sekolah di kawasan setempat.

Assalamualaikum w.b.t,

Puan Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK.......,

Sukacita ingin saya mengemukakan satu cadangan kepada pihak sekolah. Atas rasa keprihatinan terhadap pelbagai gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja dan belia masa kini, di sini saya panjangkan satu kertas kerja bertajuk "Program Pendidikan Kesihatan Reproduksi Remaja, Anda Bijak Jauhi Zina" untuk pertimbangan pihak Puan.

Puan bolehlah menghubungi Puan Munirah Bt Almubarak melalui maklumat perhubungan yang telah disertakan di dalam kertas kerja tersebut sekiranya berminat.

Semoga kita sama-sama beroleh kebaikan di atas segala perbuatan 'amar makruf nahi mungkar' ini. Amin... InsyaAllah...

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Firman Allah s.w.t: Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” Mereka menjawab: “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.” (Surah al-A’raf [7]: 164)

Terima kasih.

p/s: Anda boleh mendapatkan softcopy kertas kerja ini yang disediakan oleh pihak Raudhatus Sakinah daripada saya jika berminat membantu mempromosi program ini.

Wednesday, October 21, 2009

Program Anakku Anak Soleh



Daftar kakak (anak sulung) untuk ikuti program ni. Mamanya dah daftar dulu baru tanya anak daranya. Mamanya seperti biasa menggunakan kuasa vetonya. Alhamdulillah kakak eager sangat nak join. Siap nak ajak kawan-kawan lagi tu :)

Friday, October 2, 2009

Monday, August 24, 2009

Program Didik Fitrah

Kalendar Program Didik Fitrah
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 28 Mac 2009
Program Didik Fitrah (REMAJA) 25 April 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 23 Mei 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (REMAJA) 27 Jun 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 25 Julai 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (REMAJA) 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 26 September 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (REMAJA) 24 Oktober 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 21 November 2009 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (REMAJA) 12 Disember 2009 (sabtu)
Program Didik Fitrah (SEKOLAH RENDAH) 23 Januari 2010 (Sabtu)
Program Didik Fitrah (REMAJA) 27 Februari 2010 (Sabtu)

Sumber: http://www.fitrahpower.com/program-didik-fitrah-pdf

Wednesday, August 12, 2009

Boikot Israel! Selamatkan Palestin!

Boikot Israel! Selamatkan Palestin!!
Wan Muhammad Wan Ibrahim

Anda dan seisi keluarga serta rakan-rakan dijemput hadir dan menyertai konvoi untuk memberikan sokongan terhadap program...

BOIKOT ISRAEL!!! SELAMATKAN PALESTIN!!!

Tempat : Lobi Menara DBKL 1, Jalan Raja Laut, Kuala Lumpur
Tarikh : 15 Ogos 2009 (Sabtu)
Masa : 9.00 pagi
Anjuran : COMPLETE MALAYSIA (COALITION OF MALAYSIAN NGOs AGAINST PERSECUTION OF PALESTINIANS)

Siapa dijangka hadir :
1. Adik Muhammad Al Haj Moussa (Seorang remaja Palestine yang kudung kedua-dua kaki angkara kekejaman Israel)
2. George Galloway (Ahli Parlimen dari Britain dan Pejuang Hak Asasi Manusia)
3. Artis-artis : Siti Nurhaliza, Amy Search, Awie, Louisa Chong, Muadz dll

* Jualan Amal T-shirt Boikot Israel RM25 (dewasa) RM20 (kanak-kanak)
* T-shirt PERCUMA untuk pelajar kolej/universiti (sila bawa Kad I.D. Pelajar)
* Aktiviti Konvoi Kereta & Motosikal Berkuasa Tinggi
Route 1 : DBKL - NKVE - Stadium Shah Alam
Route 2 : DBKL - KESAS - Stadium Shah Alam
Route 3 : DBKL - Federal Highway - Stadium Shah Alam

Untuk Pendaftaran Konvoi, hubungi:
En. Ahmad Yusri (019 - 244 5523)
En. Idris Mohamad (016 - 293 6523)
(Bayaran RM20 setiap kenderaan akan dibekalkan pelekat kereta, bendera & minuman)

Atau SMS:
ON KONVOI NAMA NO. K/P EMAIL NO. PLAT KENDERAAN hantar ke 019-2445523 atau 016-2936523

Atau emel ke azrabanu@gmail.com
Alamat email ini dilindungi dari Spambot. Perlukan JavaScript untuk melihatnya

(www.completemalaysia.com)

Sumber: JIM

Tuesday, August 11, 2009

Program 'Gemilang Ramadhan'

Hebahan

Tarikh: 16 Ogos 2009 (Ahad)
Tempat: Masjid Seberang Jaya, SPU, P.Pinang
Waktu: 8.30 pagi - 1.00 tgh
Anjuran: PEMBINA Pulau Pinang

Hubungi: Syikin 0194756447

Projek SMART-STAIL

Jom kita sama-sama tambah saham akhirat...

Bantu Kami Mencapai RM2.5 Juta Bagi Pendidikan Islam

SMART - Sek Men Arab Tahfiz
STAIL - Sek Tahfiz Al Islah


Sumbanglah walau RM1

Bagi merealisasikan pembinaan Kompleks Pendidikan STAIL-SMART, kami memerlukan dana sebanyak RM2.5 juta. Oleh itu kami telah, sedang dan akan melakukan perkara-perkara berikut agar dana tersebut berjaya didapati:

1. Jualan wakaf bangunan
2. Menerima dan menguruskan zakat yang boleh mendapat pelepasan cukai
3. Menganjurkan ibadah korban dan aqiqah di Kemboja
4. Menganjurkan ibadah umrah
5. Menerima sumbangan
6. Menjual buku-buku agama, air zam zam, sos, serta produk HPA
7. Menguruskan buku Yasin khas untuk hadiah majlis perkahwinan
8. Menerima tempahan percetakan
9. Menganjurkan pakej motivasi untuk sekolah dan IPT

Akaun Maybank (Sek Men Arab Tahfiz - SMART) - 557447202508
Akaun Bank Islam (Sek Tahfiz Al Islah - STAIL) - 07043011010032

Kami amat mengharapkan agar orang ramai dapat membantu kami mencari dana pembinaan kompleks ini melalui cara-cara di atas. Bagi mendapatkan maklumat lanjut, anda boleh hubungi individu-individu berikut:

* Ustaz Ahmad Fahmi b Abu Bakar - 013 4881601
* Budiyanto b Unggun - 019 5235592
* Mohd Syarifuddin b Che Li - 013 4476556
* Nurul Huda Ghazali - 04 5732622

Sumber: projektahfiz.blogspot.com

Sunday, August 9, 2009

Kopitiam Ghadir

Pementasan Kopitiam Ghadir (Karya Faisal Tehrani)

Tarikh: 13-16hb Ogos 2009
Tempat: Institut Terjemahan Negara Malaysia, Wisma ITNM, No 2, Jalan 2/27E, Seksyen 10,Wangsa Maju, 53300 Kuala Lumpur.
Waktu: 9 malam
Harga tiket: RM10.

Pengangkutan awam berhampiran ITNM ialah LRT Putra (turun di stesen Wangsa Maju) dan dapatkan teksi atau bas yang banyak beroperasi. Pementasan hanyalah 1 jam 30 minit, justeru masih banyak masa setelah tamat pementasan untuk mengejar tren atau bas akhir.



Sila telefon Luqman Hisyam, selaku pengurus produksi untuk sebarang pertanyaan dan tempahan tiket. Pengurus produksi - saudara Luqman Hisyam di nombor 012 2335263. Sms sahaja nama, tempahan malam pementasan dan jumlah tiket.

Sumber: tehranifaisal.blogspot.com

Program Anak Angkat Palestin (PAPA)

Dimaklumkan YAYASAN WANITA ISLAM (YATI)dengan kerjasama beberapa pihak sedang melaksanakan "Program Anak Angkat Palestin (PAPA)" bagi membela kehidupan kanak-kanak Palestin yang menjadi mangsa kekejaman Israel Zionis.

Program ini mempelawa semua warga Seberang Perai untuk menyertai program tersebut. YAYASAN WANITA ISLAM (YATI) akan melaksanakan program anak angkat di mana seramai mungkin kanak-kanak Palestin akan didaftarkan oleh YATI untuk diambil sebagai anak angkat. Kanak-kanak ini akan dibantu dari segi sara hidup yang meliputi aspek pendidikan, pemakanan, penjagaan kesihatan dan tempat perlindungan.

YATI telah membahagikan penyertaan dalam program ini kepada beberapa kategori penyertaan yang membolehkan orang ramai di Malaysia menyertainya mengikut kemampuan masing-masing.Berikut disenarai beberapa kategori sumbangan :-

A. Sumbangan RM3,500.setahun
B. Sumbangan RM2,625 setahun
C. Sumbangan RM1,750.00 setahun
D. Sumbangan RM850.00 setahun
E. Sumbangan RM350.00 setahun

Pembayaran boleh juga dimasukkan ke akuan : YAYASAN WANITA ISLAM, Bank Islam:14041010033716 dan Bank CIMB :12530011195054.

Maklumat lanjut sila berhubung dengan Sekretariat,

PROGRAM ANAK ANGKAT PALESTIN (PAPA),
D/A YAYASAN WANITA ISLAM,
Blok D5-M, Dataran Palma,
68000 Ampang Selangor.
Tel: 03-4270 7470, 03-4270 5941
Faks:03-4270 6979
Emel: yati_islam@yahoo.com

Sumber: www.mpsp.gov.my