Nampaknya sekarang ini sedang heboh masing-masing memperkatakan tentang hukuman sebat yang dikenakan ke atas Kartika.
Bagi diri saya sendiri, larangan meminum arak kerana hukumnya haram ini diketahui sayapun bak kata orang... secara diwarisi dari cerita orang dulu-dulu saja dan saya kurang peka bahawa bahawa larangan itu datangnya dari perintah Allah sendiri yang memberi nyawa kepada kita semua ini melalui sumber Al-Quran.
Syukurlah walau di dalam ketidakpekaan itu, saya memang tidak berminat dengan minuman arak. Saya tidak pasti apakah faktor yang mendorong mereka untuk meminum arak ini. Adakah kerana mereka merasakan tidak modenlah seseorang itu jika tidak meminumnya atau adakah kerana arak mampu menghilangkan kekusutan masalah yang dihadapi ketika itu... Atau... memang enak sangat rasanya? Entahlah...
Tertanya juga saya... apakah dengan mengikut aliran kemodenan mengikut definisi mereka itu maka seseorang itu dikira sudah canggih benar manakala untuk alasan keduanya, apakah lepas dah hilang mabuk masalahnya telah selesai sepenuhnya??? Maaflah kerana dari pemerhatian saya sepanjang hayat saya ini memang telah terbukti arak memang mendatangkan keburukan kepada manusia.
Makanya, pengajaran buat diri saya dalam suasana heboh orang berdebat tentang kisah Kartika ini adalah... saya perlu mainkan peranan saya sebagai seorang ibu yang menjadi guru pertama buat anak-anak saya untuk menerangkan hukum meminum arak ini dan keburukannya. Dengan harapan tidaklah saya dipersoalkan di akhirat kelak akan tanggungjawab yang diamanahkanNya terhadap anak-anak.
Dan... bukankah perjalanan hidup manusia itu sungguh misteri...? Kita tidak dapat meramal apa yang bakal dihadapi di masa hadapan. Jadi bukankah lebih baik saya mengambil pedoman yang telah diberikan direct dari Pencipta diri ini kerana tentunya Dia Maha Mengetahui akan segala kejadian dan cause and effectnya agar saya tidak terjerumus dalam kesulitan semasa menempuh kehidupan di dunia dan seterusnya di Akhirat kelak. Prinsip saya nampaknya seperti mudah tapi terbukti memberi ketenangan dalam hidup saya kini berbanding satu ketika dulu. Setiap orang punya zaman dark agesnya rasa saya dan tentunya saya tidak terkecuali!
Rasa saya juga, setiap manusia amat mementingkan keselamatan bagi diri mereka dan orang-orang yang disayangi... semoga saya dan keluarga serta kalian semua selamat menjalani kehidupan di dunia dan juga di Akhirat.
Sesungguhnya mencegah lebih baik dari merawat.
Antara blog lain dan komen2 yang dilayan...
* Tun Hisyamuddin
* CheDet
* Saiful Islam
* Lagi artikel
No comments:
Post a Comment