Saturday, October 31, 2009

Promosi kempen "Anda Bijak Jauhi Zina"

Salam, kali ni nak berkongsi info tentang satu program proaktif dalam usaha untuk memberi kesedaran kepada para remaja dan belia tentang akibat zina. Program ini dikendalikan oleh pihak Raudhatus Sakinah.

Ada baiknya juga kita bersama-sama cuba mempromosi program ini kepada pihak2 sekolah di kawasan masing-masing. Moga sedikit sebanyak menjadi bekalan amalan dari usaha kecil kita ni.



PROGRAM PENDIDIKAN KESIHATAN REPRODUKSI REMAJA
ANDA BIJAK JAUHI ZINA
(BE WISE AVOID ZINA)

Disediakan untuk
REMAJA SEKOLAH MENENGAH / IPT

TEMA
* ADA APA DENGAN CINTA
* BERAPA HARGA DIRIMU
* TABIAT TAK PE REMAJA BINASA

Kandungan Program:
 Slot 1: Penciptaan Manusia dan Peranan mereka di dunia
o Slide show kejadian manusia
o Memahami tubuh badan dan Fungsi Sistem Reproduksi
o Hak dan Tanggungjawab Reproduktif
o Akibat apabila manusia menyimpang daripada tujuan asal penciptaan mereka

 Slot 2: Apa itu Cinta dan Seks ?
o Pengenalan cinta dan seks
o Akibat perangkap cinta
o Perlukah remaja bercinta di bangku sekolah?

 Slot 3: Akibat zina dan cinta terlarang
o Pengenalan penyakit kelamin STD, HIV dan AIDS
o Kesan dan risiko penyakit
o Kemurungan, bunuh diri
o Hamil luar nikah
o Teknik dan akibat Pengguguran
o Masalah sosial - anak tak sah taraf

UNTUK KETERANGAN LANJUT SILA HUBUNGI:
Puan Munirah Binti Almubarak
Eksekutif Pentadbiran Raudhatus Sakinah
Lot 300.2 Lorong Selangor, Pusat Bandar Melawati, 53100 Kuala Lumpur
Tel : 03-41073379 / Fax : 03-41071754
HP: 0132526952
Website : wanita.jim.org.my

Raudhatus Sakinah @ http://rspusat.wordpress.com/

Contoh email promosi saya kepada pihak sekolah di kawasan setempat.

Assalamualaikum w.b.t,

Puan Guru Bimbingan dan Kaunseling SMK.......,

Sukacita ingin saya mengemukakan satu cadangan kepada pihak sekolah. Atas rasa keprihatinan terhadap pelbagai gejala sosial yang berlaku di kalangan remaja dan belia masa kini, di sini saya panjangkan satu kertas kerja bertajuk "Program Pendidikan Kesihatan Reproduksi Remaja, Anda Bijak Jauhi Zina" untuk pertimbangan pihak Puan.

Puan bolehlah menghubungi Puan Munirah Bt Almubarak melalui maklumat perhubungan yang telah disertakan di dalam kertas kerja tersebut sekiranya berminat.

Semoga kita sama-sama beroleh kebaikan di atas segala perbuatan 'amar makruf nahi mungkar' ini. Amin... InsyaAllah...

"Siapa yang melihat kemungkaran hendaklah dia mengubahnya (taghyir) dengan tangan, jika tidak mampu hendaklah mengubahnya dengan lidah, jika tidak mampu hendaklah dia mengubahnya dengan hati, dan yang demikian itu adalah selemah-lemah iman." (Hadis Riwayat Muslim)

Firman Allah s.w.t: Dan (ingatlah) ketika suatu umat di antara mereka berkata: “Mengapa kamu menasihati kaum yang Allah akan membinasakan mereka atau mengazab mereka dengan azab yang amat keras?” Mereka menjawab: “Agar kami mempunyai alasan (pelepas tanggungjawab) kepada Tuhanmu, dan supaya mereka bertakwa.” (Surah al-A’raf [7]: 164)

Terima kasih.

p/s: Anda boleh mendapatkan softcopy kertas kerja ini yang disediakan oleh pihak Raudhatus Sakinah daripada saya jika berminat membantu mempromosi program ini.

Tuesday, October 27, 2009

Do & don't!

Diminta jangan bercium selama lima bulan

ANKARA - Menteri Kesihatan Turki, Recep Akdag meminta rakyat di negara itu untuk mengelak bercium atau berjabat tangan selama lima bulan, lapor sebuah akhbar di sini semalam.

Kenyataan itu dibuat selepas kes kematian pertama akibat virus selesema babi atau Influenza A (H1N1) dilaporkan berlaku di negara itu.

***

Seluar panjang haram di Aceh

GAMBAR fail menunjukkan beberapa wanita berjalan di Masjid Baiturrahman, Aceh.

BANDA ACEH - Wanita Islam di daerah Aceh Barat akan diharamkan memakai seluar panjang ketat dan jean berikutan pelaksanaan undang-undang baru, kata seorang pegawai semalam.

Bermula pada tahun depan, wanita yang memakai seluar panjang atau jean yang dianggap terlalu ketat akan diminta menukar kepada skirt labuh yang diberikan oleh kerajaan.

Sumber: Kosmo, 28 Okt 2009.

Monday, October 26, 2009

Gejala sosial, bagaimana nak atasi?

REMPIT

Dalam kes terbaru, seorang eksekutif lelaki berusia 24 tahun yang bertugas di KLCC menjadi mangsa apabila mangsa dipukul sebelum disamun sekumpulan lima Mat Rempit yang membelasah mangsa beramai-ramai.

Mangsa berkata, dalam kejadian jam 8 pagi Jumaat lalu, dia sedang berjalan ke tempat kerja melalui Stesen Transit Aliran Ringan (LRT) Pasar Seni, di sini.

Dia yang enggan namanya didedahkan berkata, suspek berusia 20-an dan menunggang motosikal menahannya dan bertanyakan sesuatu.

“Seorang daripada kumpulan lelaki terbabit muncul dari belakang sebelum mencekik leher saya,” katanya.

Menurutnya, suspek turut memukul dan menampar mukanya beberapa kali.

“Suspek merampas dompet duit dan telefon bimbit saya yang berjumlah lebih RM1,000 sebelum lari diri,” katanya yang membuat laporan polis selepas kejadian.

Sumber: Harian Metro, 27 Okt 2009.

Hmm... sekarang ni tak berapa ramai yang rajin nak conduct program2 untuk budak2 ni... yang nak buat masalahnya banyak! Mungkin boleh buat aktiviti gotong-royong bersih rumah warga emas ke, rumah anak yatim ke, rumah orang susah ke instead of program-program yang lebih bercorak hiburan dan suka-suka. Ataupun boleh je buat program untuk diorang menguji skill di litar ke... sama-sama kita fikir-fikirkan.

Sedang berlegar di fikiran

Sebentar tadi saya menonton Madrasah Salsilah Rasulullah di Astro Oasis. Kali ni berkisarkan kehidupan adik Fatimah di Mesir yang mempunyai pertalian darah Rasulullah s.a.w. Dapat dilihat masjid-masjid di sana dibuka selain ketika masuk waktu solat untuk aktiviti-aktiviti kerohanian seperti membaca dan menghafal Al-Quran, hadis2 dan sebagainya. Alangkah baiknya jika di Malaysia juga dipraktikkan begitu tapi apakan daya dunia sekarang terlalu menuntut kita untuk mengejar fulus demi survival hidup di dunia hingga adakala terleka untuk kumpul bekalan ke alam Akhirat... peringatan buat diri sendiri...

Sambil minum petang siang tadi, bercerita dengan hubby tentang blog wanita istimewa ini Ummi Roses yang begitu berani menegur anak2 remaja di KL pada satu ketika yang berkelakuan tidak senonoh dengan temannya. Begitu nekadnya beliau. Pada hemat saya, keberanian beliau itu disebabkan pengalaman beliau berhadapan dengan anak-anak remaja perempuan yang berada di bawah penjagaannya di Raudhatus Sakinah. Beliau tentu tidak sanggup melihat lebih ramai anak-anak remaja ini terjerumus dalam masalah yang sama. Tindakan beliau tentunya kerana berpegang pada prinsip "mencegah lebih baik daripada merawat". Dan saya sangat bersetuju.

Alangkah baiknya jika anak-anak remaja ini dapat dipupuk minat mereka ke arah beramal kepada masyarakat seperti menziarahi golongan pesakit2 di hospital, bergotong royong di rumah-rumah anak yatim atau golongan warga tua dan sebagainya.

Alangkah banyak yang boleh dilakukan sebagai bekalan amalan tetapi entah kenapa diri sering saja lebih gemar tidak berbuat apa2 dan membuang masa... :(

Saturday, October 24, 2009

Hari mengenang nostalgia...

Hari ni bukan main giat lagi scan gambar-gambar kenangan kembara ilmu satu ketika dulu. Hubby menyakat... "kira hari ni hari mengenang nostalgia la ni..." sambil tersenyum sinis... mau tak sindir... sibuk scan gambar sampai terlupa nak bancuh kopi tuk dia... ;b

Friday, October 23, 2009

Bajet 2010

netbook dan broadband untuk pelajar universiti dgn bayaran RM50 sebulan selama 2 tahun.

Ayuh techno daie!

Thursday, October 22, 2009

1Ummah!

InsyaAllah... satu hari nanti impian akan tercapai. Perjalanan yang jauh menuju satu destinasi bermula dengan langkah pertama!

Penduduk Islam Sedunia 1.57 bilion

WASHINGTON - Bilangan penduduk Islam dunia kini mencecah 1.57 bilion atau seorang daripada empat penduduk dunia menganut agama Islam, demikian menurut laporan Pew Forum on Religion and Public Life yang dikeluarkan semalam.

Projek yang mengambil masa selama tiga tahun untuk disiapkan itu turut memberi data mengejutkan iaitu bilangan penganut agama Islam di Jerman lebih banyak berbanding di Lebanon dan China mempunyai ramai penganut Islam berbanding Syria.

Data lain yang mengejutkan ialah lebih ramai penduduk Islam di Rusia jika dibandingkan dengan jumlah penduduk Islam di Jordan dan Libya.

Penduduk Islam di Habsyah hampir menyamai penduduk Islam di Afghanistan.

"Secara amnya, laporan ini menghapuskan pendapat menyatakan umat Islam itu ialah penduduk Arab dan Arab ialah Islam," kata penolong profesor Universiti Princeton, Amaney Jamal.

Pew yang merupakan cabang penyelidikan Universiti Princeton menyatakan, penganut Islam berada di belakang penganut Kristian yang dianggarkan 2.2 bilion pengikut.

Tugas sukar bagi menentukan penduduk umat Islam di 232 negara dan wilayah itu membabitkan penilaian sejumlah laporan banci penduduk, kajian demografi, tinjauan populasi dan bancian umum, kata laporan.

Laporan itu cuba untuk memecahkan penduduk Islam mengikut mazhab Sunah dan Syiah tetapi ia sukar dilaksanakan kerana hanya beberapa negara merekodkan pecahan tersebut, kata seorang penyelidik kanan, Brian Grim.

Laporan Pew mendapati sebanyak 13 peratus pengikut Islam berpegang kepada mazhab Syiah.

Sebanyak 80 peratus populasi Syiah tertumpu di Iran, Pakistan, India dan Iraq.

Hampir 60 peratus umat Islam berada di Asia, 20 peratus di Asia Barat dan Afrika Utara, 15 peratus tinggal di Afrika Sub-Sahara, 2.4 peratus di Eropah dan 0.3 peratus di Amerika Syarikat.

Sebanyak 317 juta umat Islam atau seperlima daripada populasi tinggal di negara-negara yang bukan negara majoriti Islam.

Hampir tiga perempat umat Islam tinggal sebagai minoriti di lima negara utama iaitu India (161 juta), Habsyah (28 juta), China (22 juta), Rusia (16 juta) dan Tanzania (13 juta). - AP

Sumber: Kosmo, 9 Okt 2009.